Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Wednesday 25 September 2013

Cuti-cuti Terengganu

Assalamualaikum....

Lagi kisah KLA di Terengganu...


Cuti,Terengganu,Homestay,Kuala Ibai

Pemergian KLA ke Terengganu untuk kali ini,KLA menginap di homestay di Kuala Ibai...Kemas dan teratur sahaja rumahnya.KLA memang galakkan pada sesiapa yang berkunjung ke Terengganu,boleh lah menemppah untuk menginap di sini...

Cuti,Terengganu,Kuala Ibai,Homestay,Rumah Penginapan

Hubungi no di atas untuk tempahan.Homestay ini terletak di bawah jambatan Kuala Ibai dan berdekatan dengan restoran ikan bakar yang sememang popular di Kuala Ibai dan juga berhampiran dengan Masjid Terapung

Cuti,Terengganu,Nasi Dagang,Makanan

Ini lah rupa nasi dagang.Menu sarapan wajib kalau KLA berada di Terengganu.Nasi ni KLA beli kat kedai "Makngah Nasi Dagang".Sorry,KLA lupa nak snap gambar kedai.Kedai ni terletak selepas jambatan Kuala Ibai,dan sebelum sampai Masjid Sultan Ismail.Sebelah kiri.Kalau nak lebih pasti,tengok sahaja,kedai yang ada banyak kereta parking.

Cuti,Terengganu,Nasi dagang,Kuah,Makanan

Pekat kan kuah nasi dagang ni...Uummmpphhh..memang best nasi dan kuahnya.Terbaik di Terengganu ler.Sebungkus nasi harganya RM3 sahaja.KLA siap makan 2 bungkus lagih....;)

Cuti,Terengganu,Ikan,Udang,Celup tepung,makanan

Ini pula ikan dan udang celup tepung.Ini juga antara aktiviti yang KLA akan buat bila berada di Terengganu.Di Terengganu,orangnya makan 'ratah' aje lauk-lauk nih...tanpa nasi.Teringat pula waktu KLA di Uitm Dungun dulu,bila member-member dari luar Terengganu,diaorang terkejut bila di ajak 'ratah' ikan celup tepung...;)
Ikan dan udang celup tepung ni,KLA makan di Pantai Teluk Ketapang.Setengah orang memanggil Pantai Airport kerana kedudukannya yang bersebelahan dengan lapangan terbang. 

Cuti,Terengganu,Masjid Terapung

Gambar Masjid Terapung a.k.a Masjid Tengku Tengah Zaharah pada waktu Maghrib.

Cuti,Terengganu,Kerepok Lekor,Setiu,Merang

Antara fav kedai KLA beli kerepok lekor...first kedai mestilah kedai yang ambil no tuh.Nak tahu kisah kedai tu boleh klik Di Sini.Bagi KLA,kedai Keropok Mengabang Tapah ni adalah yang kedua best.Kedai ni terletak di pantai Merang,Setiu. 

Nak tahu lebih banyak kisah-kisah KLA di Terengganu,klik




4 comments:

  1. seronok dapat pi bercuti kat Terengganu...sape kata malaysia tak cantik..sila keluar dari Malaysia..hehehehe

    ReplyDelete
  2. nasi dagang ganu mmg xleh celen.
    tgk kuah dia mmg umph..
    teliur dh nie.

    ReplyDelete
  3. Seronok kan, terengganu....Jemputlah ke Besut juga...http://nolizawatimohdsaad.blogspot.com/
    Kedai Keropok Mengabang Tapah tempat kami singgah selalu dari besut ke KT.

    tqvm...

    ReplyDelete
  4. selamat datang ke terengganu ye. seronok x?

    Jemput Singgah: wow #Terrernya Tin Coke

    ReplyDelete