Assalamualaikum....
Di sini KLA nak kongsi cara solat jamak dan qasar.Nampak macam mudah dah semua orang sudah tahu,tapi tidak dinafikan juga,masih ada yang belum tahu.Nak bertanya orang malu,nak beli buku segan,alih-alih cari di internet sahaja....
Solat Qasar ialah memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang
awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada
waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan
solat jamak taqdim.
Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang
akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada
waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat
jamak takhir.
Syarat-syarat solat qasar
1. Hendaklah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi 4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan
balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna)
rakaatnya.
4. Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.
Syarat-syarat Jamak Taqdim
1. Niat jamak dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika
takbiratulihram. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada
mana-mana bahagian) solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam.
(Bukannya selepas memberi salam sebab solat sudah habis/selesai).
2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama
(Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu
solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang
kedua (Asar/Isya), adalah pengikut bagi
solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama). Alasannya
yang kedua ialah solat yang pertama (Zohor/Maghrib) telah masuk waktu,
sementara solat yang kedua (Asar/Isya) belum lagi masuk waktu... Jadi amat
wajarlah kita dahulukan solat (Zohor/Maghrib) kerana telah masuk waktu,
sementara solat yang kedua hanya penumpang... belum masuk waktu.
Jika dilakukan solat kedua-duanya dengan didahului oleh solat
yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna
syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun,
solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.
3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku
pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan
kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara
kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.
Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang
walaupun kerana keuzuran spt terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka
wajiblah ditunda solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi
syarat jamak. Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya untuk tempoh
sekejap seperti oleh azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.
Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat kerana mendapatkan sedikit air utk berwudhuk
kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah
lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan
syarat.
4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua.
(sekurang-kurangnya Takbiratul Ihram solat yang kedua). Sekalipun, selesai
musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika
selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana
hilang sebab yang membolehkannya.
5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga
mendirikan solat yang kedua.
6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu
sah.
Syarat-syarat Solat Jamak Takhir
1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama
(Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan sebelum habis waktu solat yang
pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.
2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai
didirikan.
* Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang
kedua (Asar/Isya’), telah masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib).
Oleh itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat
kedua.
Niat Solat Jamak dan Qasar
1) Jamak Taqdim dan Qasar
- Solat Zuhur dan Asar -
أصلي فرض الظهر ركعتين
قصرا مجموعا إليه العصر
أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan
dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض العصر ركعتين
قصرا مجموعا إلي الظهر
أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan
dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.
- Solat Maghrib dan Isyak -
أصلي فرض المغرب ثلاث
ركعات مجموعا إليه العشاء
أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan
kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض العشاء ركعتين
قصرا مجموعا إلي المغرب
أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan
dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.
1) Jamak Takhir dan Qasar
- Solat Asar dan Zuhur -
أصلي فرض العصر ركعتين
قصرا مجموعا إليه الظهر
أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan
dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض الظهر ركعتين
قصرا مجموعا إلي العصر
أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan
dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.
- Solat Isyak dan Maghrib -
أصلي فرض العشاء ركعتين
قصرا مجموعا إليه المغرب
أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan
dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض المغرب ثلاث
ركعات مجموعا إلي العشاء
أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan
kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.
Cara mengerjakan solat jamak dan qasar:
1) Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu
zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
2) Berdiri lurus mengadap kiblat.
3) Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim
dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
4) Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga
selesai memberi salam.
5) Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua
iaitu asar.
6) Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.
7) Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
8) Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat
maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim
atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.
Harap apa yang dikongsi ini dapat memberi manfaat bersama...SMILE...