Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Showing posts with label JaLaN-JaLaN. Show all posts
Showing posts with label JaLaN-JaLaN. Show all posts

Tuesday 29 January 2013

Kota Kinabalu-Sabah Day 1

Pada 24 Jan - 28 Jan 2013,aku ada pergi bercuti ke Kota Kinabalu,Sabah...
Cuti-cuti Malaysia aje...but enjoy...Jom layan kisah percutianku yang tak seberapa nih...;)

Aku ke Sabah dengan flight Air Asia.Biasa ler,kalau Air Asia,kena plan awal-awal.Aku beli tiket pada May 2012 untuk penerbangan Jan 2013...8 bulan tuh...huhuuhh...

Flight sepatutnya jam 7.40 malam ditunda pada jam 7.55 malam...Fuh,nasib tunda 15 minit aje..Dah ler tengah excited nak travel...nak hilangkan stress kerja katakan....;).Sampai airport Kota Kinabalu jam 10.30 malam...sampai aje di sana,orang yang aku sewa van sudah menunggu...

Oh ya,buat pengetahuan semuan,aku sewa van daripada En Kamil.No fon : 016-8259139.So siapa-siapa yang ingin mencari kenderaan untuk disewa di Kota Kinabalu boleh ler hubungi beliau.Servisnya tersangat bagus.10/10 aku bagi pada servisnya...

Sampai aje malam tu,terus aku pergi check in kat Marina Court.Fuh...lawa rumahnya dan terletak di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu...Yang bestnya,boleh kaki aje nak pergi Pasar Filipina. 


Maaf ler,aku tak ambil lak pic dalam rumah coz sampai dalam keletihan hinggakan terlupa nak ambil gambar...;)

Okler....esok aku sambung cerita percutian hari kedua lak..chow....

Sunday 23 December 2012

Cool Blog di hari minggu....

Antara hari sabtu atau ahad mesti aku akan keluar jalan-jalan...
Tu aje cara aku nak lepaskan tension kerja aku....

Hobi aku sememangnya window shopping...
Beli-beli nih aku kurang sikit...
Aku lebih suka jalan-jalan dari satu kedai ke kedai lain...
Tengok satu-satu barang yang dijual....
Bukan apa,mana tahu tiba-tiba aku rasa nak beli sesuatu,
aku dah tahu kat kedai mana aku nak cari barang tersebut....
Itu ler perangai aku sejak dulu kala....;)

Tadi,bila dah penat jalan-jalan...aku ber "cool blog"...
Ala...air Cool Blog tu...
Fav ais blended aku...huhuuhhhh....

Dah banyak minggu nak beli tetapi asyik tertangguh aje...
Tertangguh tak sempat nak beli....
Kalian yang biasa beli cool blog mesti tahu maksud tak sempat....
Beratur kalau nak beli cool blog...

Nak tahu fav yang aku akan selalu beli....


Chocolate + Pearl.....;)

Enjoy weekend!

Tuesday 18 December 2012

Absolute Chocolate....Secret Recipe

Wekend lepas aku jejak kaki lagi ke ......


Yeyah!...makan kek!yummy...yummy...

Kebetulan lak time aku sampai SR tu jam 4 petang...
So aku pilih Free tea break.


Free tea break nih boleh dapat jam 3pm hingga 6pm untuk mana-mana potong kek yang dipilih...
Air yang ditawarkan pula ialah coffee atau tea...

Nak tengok aku pilih kek apa?


Absolute Chocolate

Buat pengemar kek coklat atau yang memang hantu dengan coklat pasti akan suka dengan kek ni...
100% boleh rasa kepekatan coklatnya yang melazatkan...emmm....yummy!!

Pada yang belum rasa kek nih baik cepat-cepat rasa...best!!

Pada pengemar SR....kalian share ler kek apa yang best-best di SR...meh kongsi ramai-ramai.

Sunday 9 December 2012

Kellie's Castle,Perak

Kellie's Castle terletak di Batu Gajah,Perak okeh!

Aik...macam marah aje...
Marah ler...semalam aku tengok rancangan Moneydrop...peserta tu tak boleh jawab soalan yang jawapannya Kellie's Castle...


Sejarah Kellie's Castle

Bangunan Kellies Castle ini dibina pada thun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British yang bernama William Kellie Smith.Bangunan tiga tingkat ini dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra,India.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik,sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia.Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.Apa yang istimewa Kellie's Castle ialah ianya dilengkapkan dengan lif dan akan menjadi bangunan pertama di Tanah Melayu mempunyai lif jika ianya siap dibina.

Tapi,bangunan ini tidak sempat disiapkan kerana Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhuan Lisbon,Portugal pada tahun 1926.Bangunan yang kekal dalam keadaan sedang dibina ini telah menjadi tarikan kepada sesiapa yang berkunjung ke Batu Gajah,Perak kerana keunikkannya.

Jalan-jalan di Kellie's Castle:





Sesiapa yang berminat nak dapatkan fridge magnet Kellie's Castle leh sms 019-5791303.Sila order....;)




Monday 3 December 2012

Mee Tarik Warisan Asli,Sungai Besi

Wah...jalan-jalan cari makan lagi....
MEE TARIK WARISAN ASLI...pernah dengar tak?


Restoran Mee Tarik Warisan Asli nih terletak di Sungai Besi,KL.Ianya merupakan sebuah restoran china muslim dan mee tarik ini sememangnya berasal dari China.Mee ini dibuat daripada adunan dough yang besar dan ditarik-tarik sehingga membentuk.Mee tu akan dibuat bila order diterima...fresh tu beb!

Nak tengok aku order apa?


Aku order air sirap limau aje...nak order air teh apa ntah..lupa lak namanya...tapi teh tu takde stok...Stok barang diaorang order dari China.


Mustard Breef Noodle...Sedap sangat-sangat...10/10 aku bagi markah.Nak tahu harganya?


RM7.00 ...Bagi aku berbaloi harga dengan kesedapan mee tarik nih...terbaik!

Member aku lak order


~Dry Noodles~
~RM7.00~
~kod:113~


~Beef Noodles~
~RM8.00~
~kod:114~

Semuanya best-best!!

Sesiapa yang nak merasa mee tarik nih boleh ler menuju ke:

Restoran Mee Tarik Warisan Asli
51A Jalan Tasik Utama 3,
Medan Niaga Tasik Damai,
Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur

Sunday 2 December 2012

Mee Udang Mak Jah,Kuala Sepetang

Mee Udang Mak Jah,Kuala Sepetang...Femes tu...Menjadi bualan orang ramai dengan kesedapan rasa kuah nya serta udang-udang segar yang banyak....;)
Kebetulan ari tu,balik dari Kedah,aku pun singgah ler kat Kuala Sepetang.Sampai pun dah Maghrib,
tapi orang tetap ramai.Buat pengetahuan semua,Kedai Mee Udang Mak Jah nih dibuka daripada jam 11 pagi hingga 11 malam.Tutup hari Rabu sahaja.
Nak tengok apa yang aku order?...zappppsss


Aku order KueTeow Udang Special....Nama kedai mee udang,tapi aku order keuteow..hahhaha.....
Tak perlu risau,mee ada jugak dijual,tapi aku lebih suka makan kueteow.

RM11.00.mahal ke?tapi korang tengok ler udangnya!


Udang dalam kueteow aku tu,hasil aku ketepikan udang.Banyakkan...6 ekor..besar-besar lak tuh.
Aku makan ler udang nih...ketepikan dulu untuk makan kueteow dulu....

Bagi aku berbaloi RM11.00 semangkuk coz udang-udang nya yang fresh dan besar.

Servis kat sini lak,bab amik order tu slow skit...macam tak cukup staff amik order pun yer.But bila dah order,makanan cepat sampai...bagus...

Aku cadangkan kalau korang pergi Taiping atau berdekatan dengannya...singgah ler Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang...Terbaik!!!

Saturday 1 December 2012

MiNaT Aku.....JaLaN-JaLaN

Uish...banyak nya minat si lestari ni kan....
Jalan-jalan memang dah minat...best dapat kenal tempat orang...
Walaupun dah minat,setakat nih aku tak banyak lagi ke luar negara..Halangan duit dan masa...hahhaha...Takpe,dalam Malaysia pun banyak juga tempat-tempat yang boleh dilawati

Next next entry aku akan berkongsi tempat-tempat yang dah aku pergi....smile!