Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Showing posts with label ReSePi. Show all posts
Showing posts with label ReSePi. Show all posts

Wednesday 2 October 2013

Sambal Telur Hancur dan Bubur Nasi

Assalamualaikum....

Dapur....dapur...dapur....
Untuk kali ini,KLA nak kongsi resepi yang amat simple.
Kebetulan KLA tak berapa sihat,so rasa nak makan yang lembut-lembut sahaja.
KLA pun masak lah......


Untuk bubur nasi,KLA masak biasa sahaja iaitu nasi + air + garam

Manakala untuk Sambal telur hancur,resepinya ialah

Bahan: 
1 Biji Telur
1 Biji Bawang Merah - ditumbuk
5 tangkai cili kering - di blend
Garam

Cara :
1. Tumis bawang dan cili kering hingga pecah minyak
2. Masukkan sedikit garam dan gaul.
3.Pecahkan telur di atas tumisan tadi dan gaul supaya dia menjadi hancur seperti dalam gambar.
4.Tutup api dapur bila telur tersebut sudah masak atau menjadi kering.
5.Okeh...siap...

Buat lauk untuk nasi putih okey juga....Selamat mencuba...




Tuesday 1 October 2013

Ikan Pari Air Asam

Assalamualaikum....

KLA masak lagi!!!
Jom terjah tengok apa yang KLA masak....

KLA masak simple sahaja...yang penting mudah,cepat dan sedap.

Ikan Pari Air Asam


Bahan :
Ikan Pari
1 Biji bawang merah-dimayang
1 Biji tomato-potong dadu
4 cili padi-potong kecil2
Air asam jawa
Asam keping
Garam
Gula

Cara:
1.Rebus ikan pari bersama asam keping dan garam
2. Untuk air asam,campurkan bawang,tomato,cili padi,gula,air asam jawa di dalam satu bekas.Gaul biar sebati
3.Masukkan ikan pari yang sudah direbus ke dalam bekas air asam.Gaul dan siap untuk di makan...

Nyummmmm.....


Monday 30 September 2013

Sambal Belacan

Assalamualaikum....

Hahahaa...apa lah KLA ni....sambal belacan pun post kat blog...

Peduli apa....KLA nak letak jugak...

Bukan apa,KLA tahu,ada yang nak buat sambal belacan tapi tak tahu nak buat macam mana,nak tanya keluarga atau kawan-kawan malu...akhirnya pakcik google juga tempat dia mengadu.Bila dah mengadu kat pakcik google,mana tahu,pakcik google baik hati,bagi link blog KLA....dapat trafik...hahahhaaaa...


Bahan : 
6 Biji cili padi
4 Biji cili merah
Sedikit belacan
Air limau nipis
Gula

Cara:
1. Tumbuk cili padi,cili merah,belacan hingga lumat
2. Masukkan gula dan kacau.
3.Kemudian masukkan air asam limau dan gaul hingga sebati...
4.Siap.....

Bestnya dapat makan nasi+ulam+sambal......;)

Sunday 11 August 2013

Ayam Masak Halia

Assalamualaikum....

KLA nak tambah koleksi resepi KLA...
Simple dan senang....Ayam Masak Halia


Bahan-bahan :

Ayam dipotong kecil-kecil
2 Ulas bawang putih - dimayang
2 Ulas bawang merah - dimayang
2 Inci halia - dimayang
4 Cili padi - dipotong halus
1 Cili besar
1 Sudu sos blackpaper
2 Sudu sos tiram
Lobak Merah - dipotong bulat
Tepung jagung - dibancuh dengan air

Cara-cara :
1.Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dimayang dan cili padi sehingga layu/wangi
2. Masukkan sos tiram,sos blackpaper,ayam dan sedikit air...masak sehingga ayam empuk
3.Masukkan lobak merah dan cili besar
4.Masukkan juga 1 sudu bancuhan tepung jagung untuk mendapatkan kepekatan kuah
5. Tutup api bila mendidih....Siap....

Simple dan senang kan......




Saturday 27 July 2013

Sotong Sambal


Assalamualaikum......

KLA nak kongsi resepi sotong sambal lak....
Simple resepi tetapi KLA nak kongsi jugak...

Bahan-bahan : 

4-5 Sotong (size sederhana)
3 Ulas bawang merah - ditumbuk
1 Ulas bawang putih - ditumbuk
3 Biji cili padi - ditumbuk
1 Ulas bawang besar - dipotong bulat
Cili Kisar
Air Asam Jawa
Garam/gula

Cara - cara : 
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
2.Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak
3.Masukkan pula sotong dan biarkan seketika.
4.Kemudian masukkan pula air asam jawa,garam dan gula secukupnya.
5.Masukkan pula bawang besar yang dipotong bulat.
6.Biarkan mendidih dan tutup api..
7.Taraaaa.......siap untuk dihidangkan.

Senangkan....simple masakan untuk orang yang nak siap cepat...;)


Friday 26 July 2013

Petola Goreng Telur

Assalamualaikum....

Memandangkan masih ada petola kat dalam peti,KLA pun masak ler petola goreng telur...simple dan best!!


Nak tahu resepinya...jom layannn...

Bahan-bahan : 
1 Biji petola
2 Biji bawang merah - dimayang
1 Biji bawang putih - dimayang
1 Cili Merah
1 Biji telur
Garam/gula

Cara-cara : 
1.Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dimayang hingga wangi
2.Ketepikan sedikit bawang tadi dan pecahkan telur disebelahnya...Kacau telur sehinggan menjadi seperti scramble egg.
3.Masukkan petola,cili merah dan sedikit air.
4.Jangan lupa masukkan juga garam dan gula secukupnya....
5.Biarkan mendidih/petola masak...apa lagi...siap untuk dihidang...

Enjoy!!

Thursday 25 July 2013

Sotong Masak Kicap Special

 Assalamualaikum dan hi semua....
Musim puasa nih ramai yang duk bertanya kat pakcik google resepi untuk masak...
Almaklum ingat cari perubahan katakan... 


Kali ni KLA nak kongsi resepi biasa aje...
Aik...kata biasa tapi tajuk entry kata special...huhuhuhuu

Bahan-bahan : 
2 ekor sotong besar (bapak sotong kot)
1 Sudu sos Tiram
1 Sudu sos cili
2 Sudu kicap
1 Sudu serbuk kari
1/2 Sudu serbuk kunyit
2 Biji bawang merah-ditumbuk
1 Biji bawang putih - ditumbuk
Sedikit halia-ditumbuk
3 Helai daun limau purut
Garam/gula

Cara-cara : 
1.Gaulkan sotong,sos tiram,sos cili,serbuk kari,kunyit dan perapkan selama 15 minit.
2.Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
3.Masukkan sotong yang telah diperap,kicap,daun limau purut dan sedikit air.
4.Masukkan garam dan gula secukupnya....
5.Taraaaa....Siap untuk dihidangkan...



Monday 22 July 2013

Udang Goreng Sos Tiram

Selamat Menjalani Ibadah puasa...
Nak kongsi salah satu resepi yang aku buat untuk berbuka puasa...


Bahan-bahan:
1/2 kg Udang
2 Sudu Sos Tiram
2 Biji Bawang Merah-Ditumbuk
1 Biji Bawang Putih-Ditumbuk
5 Biji Cili Padi-Ditumbuk
1 Biji Bawang Besar-Dipotong Bulat
1 Cili Merah
Kunyit
Garam

Cara-cara :
1. Udang dibuang sedikit kulit,digaul bersama kunyit dan garam.Sedia untuk digoreng dan ketepikan
2. Tumis bahan-bahan ditumbuk hingga naik bau.
3.Masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati
4.Masukkan udang yang sudah digoreng,bawang,cili merah,garam dan kacau sekata
5.Siap masak dan sedia dihidangkan

Yummy....yummy....yummy....

Sunday 21 July 2013

Tumis Air Petola Dengan Telur Puyuh


Hi...Meh nak kongsi resepi Tumis Air Petola Dengan Telur Puyuh

Bahan-bahan : 

1 Biji Petola
15 Biji Telur Puyuh
Suu hun
2 Biji Bawang Merah-Ditumbuk
1 Biji Bawang Putih-Ditumbuk
1 Sudu Lada Hitam-Ditumbuk
1 Kiub Pati Ayam Maggie
1 Cili Merah
Garam
Air

Cara-caranya : 

1.Rebus Telur Puyuh dan ketepikan
2. Panaskan minyak,tumis bahan-bahan yang ditumbuk.Tuang air secukupnya untuk dijjadikan kuah beserta kiub ayam.Biarkan mendidih
3. Masukkan petola,telur puyuh,cili merah dan suu hun.
4.Jangan lupa letakkan sedikit garam...Mendidih...
5.Sedia dihidangkan....;)

Monday 3 June 2013

Murtabak Maggi

Tetiba rasa nak makan murtabak maggi...
Tengok kat dapur ada stok maggi...So apa lagi...layan....

Bahan:
1 bungkus maggi
1 biji bawang (dimayang)
2 biji cili
1 biji telur
sedikit lobak merah

Cara: 
1. Rendam maggi dalam air panas hingga separa lembut dan toskan
2. Selepas tos,masukkan perencah maggi,bawang,cili,lobak merah dan telur ke dalam maggi tersebut dan gaul hingga sebati
3.Panaskan minyak dan goreng.Terpulang pada korang nak masukkan semua sekali gus atau nak buat satu senduk satu senduk....

Nyummy...nyummy....



Saturday 25 May 2013

Petola Tumis Air


Dengan keadaan aku yang mood kurang ok,biasanya untuk meng'ok' kan aku,
aku akan cari makanan yang berkuah seperti tomyam atau sup atau kuah air....

Fikir punya fikir...decide nak masak petola tumis air...

Bahan:
Petola (buang kulit dan potong bulat)
1 biji bawang merah(dihiris)
1 biji bawang putih(dihiris)
1 biji telur
2-3 biji cili
Soohun
garam
air

Cara :
1.Panaskan minyak dan masukkan bawang merah dan bawang putih.
2.Bila dah naik bau,masukkan air.
3.Kemudian masukkan cili,petola,soohun,dan petola
4.Masukkan garam secukupnya
5. Masukkan telur.
6.Masak sehingga mendidih...
7.Siap untuk dihidangkan.

Yummy....makan




Monday 15 April 2013

Nasi Goreng Simple



Bahan-Bahan:

Nasi
2 ulas bawang merah(ditumbuk)
1 ulas bawah putih(ditumbuk)
1/2 inci halia(ditumbuk)
5 biji cili padi(ditumbuk)
1 sudu sos tiram
1 sudu sos lada hitam
1 biji telur
fishcakes
lobak merah
garam

Cara-cara:
1-Goreng telur dan kacau (buat mcm scramble egg).Angkat dan ketepikan
2-Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
3- Kemudian masukkan sos tiram,sos lada hitam,fishcakes,lobak merah
4.Masukkan pula nasi,telur dan sedikit garam.
5- Siap dan sedia untuk dihidangkan

Sunday 14 April 2013

Sambal Kerang

Kerang...kerang....
Dulu aku tak suka kerang,tapi lepas aku perlu 'tambah darah'(darah rendah),
terpaksa ler aku belajar makan kerang...
Bila dah belajar,jadi jatuh cinta lak dengan kerang nih...
Biasa kalau beli nasi lemak,aku akan minta lauk sambal kerang....huhuhuuu

Okey!kali ini aku nak kongsi resepi sambal kerang lak...
simple resepi but yummy...


Bahan-bahan:
1 Kg Kerang (rebus dan dibuang kulitnya)
3 Sudu Cili -kisar
5 Ulas Bawang Merah-kisar
3 Ulas Bawang Putih - kisar
1 Inci Halia-kisar
Air asam jawa
1 Bawang besar-potong bulat
Garam
Gula

Cara-cara:

~~Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak.Guna api sederhana dan selalulah kacau.
~~Masukkan air asam jawa dan masak lagi sehingga kuah menjadi pekat.
~~Masukkan bawang besar,kerang,garam dan gula secukup rasa.
~~Didihkan dan kacau sehingga sebati.
~~Sedia dihidangkan....

**Sedap makan bersama nasi lemak...


Monday 8 April 2013

Puding Triffle

Asyik kongsi resepi goreng-goreng aje kan...
Ahak...hari ni nak kongsi resepi puding triffle lak...yummy...yummy

Bahan-bahan:
1 Gulung kek swissroll
250g campuran buah cocktail
250ml Susu Cair
250ml Air
4 Sudu tepung kastard(bancuh dengan 125ml air-bukan yg 250ml air seperti di atas ye)
7 Sudu Gula
90g Serbuk Jely + 400ml air

Cara-cara:
~~Potong kek swissroll dan susun di dalam bekas acuan.Tuangkan sedikit air buah cocktail sehingga kek menjadi lembab.Ketepikan.
~~Masak susu cair,gula,dan 250ml air di atas api sederhana
~~Masukkan bancuhan kastard tadi dan kacau sehingga menjadi likat dan berkilat.
~~Tuang adunan kastard tadi di atas kek dan ratakan.
~~Taburkan buah cocktail ke  atas kastard.
~~Tunggu kastard sejuk dan kemudian masak jelly sehingga larut.
~~Masukkan jelly ke atas taburan buah cocktail tadi.
~~Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sebelum dihidangkan.



(Guna jelly putih (laici),itu tak kan perasan ada jelly atas sekali) 



Sunday 7 April 2013

Mee Goreng

Mee hoon goreng dah kongsi...kuey teow goreng dah kongsi...
So kali ini nak kongsi mee goreng lak....huhuhuuu...masak simple-simple aje..


Bahan-bahan:

1 bungkus mee
potongan kecil ayam
3 pokok sawi
2 sudu cili kisar
1 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
2 sudu kicap pekat
3 ulas bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
1cm halia-ditumbuk
3-4 cili lada-ditumbuk
air
garam
minyak

Cara-cara:
~~Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang sudah ditumbuk sehingga naik bau
~~Masukkan cili kisar dan gaul sehingga pecah minyak.
~~Kemudian masukkan ayam dan biarkan sebentar.
~~Masukkan pula sos tiram,sos tomato,kicap pekat,garam dan kacau sehingga sekata.
~~Masukkan air dan biarkan ianya mengelegak.
~~Apabila dah mengelegak,masukkan mee dan kacau hingga sebati.Masukkan pula sawi...
~~Kacau mee tersebut dan pastikan semuanya sekata...bila dah sekata boleh ler tutup api.
~~Sedia untuk dihidangkan...yummy...yummy...

Saturday 30 March 2013

Rendang Ayam

Sebelum nih resepi simple aje...kali nih resepi berat skit...huhuhuh
First time cuba masak rendang....kebetulan my staff kata lama dah tak makan rendang...so aku pun cuba ler masak....takde ler susah sangat pun...Alhamdulillah menjadi gak....;)


Bahan-bahan:

1 Ekor ayam
2 ulas bawang merah (size sederhana besar)*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
4 batang serai*
6 helai daun kunyit-dihiris halus2
1 sudu kunyit serbuk
3 keping asam keping
7-8 tangkai cili kering*
2 sudu kerisik
1 kotak santan
garam

Cara-cara:
~~Kisar bahan-bahan yang bertanda *
~~Masukkan ayam,santan,bahan-bahan kisar,asam keping,daun kunyit,kunyit,kerisik ke dalam kuali dan kacau di atas api sederhana sehingga sedikit basah...
~~Jangan lupa juga masukkan garam.

Aku masak cara senang dan simple...;)


Friday 29 March 2013

Kuey Teow Goreng

Antara mee,mee hoon,kuey teow aku lebih suka makan kuey teow....
Ntah ah tak tahu nape...kalau dapat kuey teow sup lagi yummy.....

Ahak!entry kali ini aku bukannya nak share resepi kuey teow sup...but kuey teow goreng...


Layan......

Bahan-bahan:

1 Bungkus kuey teow
1 cekak daun kucai
3 ulas bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
3-4 cili padi-ditumbuk
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cili kisar
Kerang
air

Cara-cara:
~~Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau
~~Masukkan cili kisar dan kacau hingga pecah minyak.Masukkan kerang
~~Kemudian masukkan kicap manis,kicap pekat,sos tiram.Tambahkan sedikit air.
~~Masukkan kuey teow  dan gaul sehingga rata.Masukkan juga kucai dan sedikit garam.
~~Siap dan sedia dihidang....

...........;)

Wednesday 27 March 2013

Sotong Goreng Kunyit


Kebetulan ada sotong dalam peti ais...So masak ler sotong goreng kunyit.

Bahan-bahan:
~3-4 ekor sotong saiz sederhana (Dilumur dengan serbuk kunyit)
~2 biji bawang merah-ditumbuk
~1 biji bawang putih-ditumbuk
~1 biji bawang besar-potong bulat
~1 inci halia-dihiris
~3-4 cili padi
~1 sudu sos tiram
~Garam
~Air

Cara-cara:
~~Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau
~~Masukkan sotong
~~Kemudian masukkan air dan sos tiram
~~Masukkan juga halia,cili,bawang besar,garam
~~Siap dan sedia dihidangkan...

Yummy...;)


Tuesday 26 March 2013

Telur masak kicap lada hitam


Simple resepi...tapi tetap nak kongsi .....

Bahan-bahan:
2 Biji Telur 
2 Ulas Bawang Merah -ditumbuk
1 Ulas Bawang Putih -ditumbuk
2 cm Halia-ditumbuk
1/4 Sudu Kecil Lada Hitam-ditumbuk
3 Sudu Kicap Pekat
2 Sudu Sos Tiram
1 Sudu Sos Lada Hitam
1 Sudu Sos Cili
2 Sudu Kicap Manis
Garam
Air
Minyak

Cara-cara:
~~Goreng telur satu persatu dan ketepikan
~~Panaskan minyak,tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau
~~Masukkan kicap pekat,sos tiram,kicap manis,sos cili,sos lada hitam.Masukkan sedikit air dan garam secukup rasa.
~~Masak sehingga mendidih dan masukkan telur yang digoreng tadi.
~~Tutup api dan sedia dihidang....

;)




Sunday 24 March 2013

Muffin Coklat

Muffin Coklat...first time aku cuba buat muffin...

Ok aku kongsi resepinya


Bahan-bahannya:

125 g Mentega
120 g Gula Pasir
3 Biji Telur
250g Tepung Naik Sendiri
3 Sudu Besar Serbuk Koko
100ml Air

Cara-caranya:

1-Masukkan mentega dan gula ke dalam mesin pengadun kek dan pukul sehingga kembang.
2-Kemudian masukkan telur satu persatu sebanyak 3 biji dan pukul lagi.
3-Dan masukkan juga tepung naik sendiri,serbuk koko dan air.Pukul sehingga kesemua adunan sebati
4-Sesudah itu,sudukan acuan dan masukkan dalam cup muffin.Masukkan sehingga 3/4 cup sahaja
5-Masukkan dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.
6-Siap dan sedia dihidang...

Yummy...muffin...yummy....