Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Sunday 7 April 2013

Topup Giveaway #3


(Klik banner untuk sama-sama join)

Saya pengguna celcom...

Closing date: Pertengahan April 2013

Mee Goreng

Mee hoon goreng dah kongsi...kuey teow goreng dah kongsi...
So kali ini nak kongsi mee goreng lak....huhuhuuu...masak simple-simple aje..


Bahan-bahan:

1 bungkus mee
potongan kecil ayam
3 pokok sawi
2 sudu cili kisar
1 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
2 sudu kicap pekat
3 ulas bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
1cm halia-ditumbuk
3-4 cili lada-ditumbuk
air
garam
minyak

Cara-cara:
~~Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang sudah ditumbuk sehingga naik bau
~~Masukkan cili kisar dan gaul sehingga pecah minyak.
~~Kemudian masukkan ayam dan biarkan sebentar.
~~Masukkan pula sos tiram,sos tomato,kicap pekat,garam dan kacau sehingga sekata.
~~Masukkan air dan biarkan ianya mengelegak.
~~Apabila dah mengelegak,masukkan mee dan kacau hingga sebati.Masukkan pula sawi...
~~Kacau mee tersebut dan pastikan semuanya sekata...bila dah sekata boleh ler tutup api.
~~Sedia untuk dihidangkan...yummy...yummy...

Friday 5 April 2013

Ebook Cara Membuat Handmade Coklat



Anda berminat belajar mengenai coklat?
Ingin mencari duit sampingan?

Dapatkan Ebook Cara Membuat Handmade Coklat


Dalam mempelajari asas membuat coklat buatan tangan,ada beberapa perkara yang perlu dikuasai seperti:

~~Mengetahui coklat yang sesuai digunakan untuk membuat coklat buatan tangan
~~Teknik mencairkan coklat yang betul.
~~6 teknik membuat coklat yang asas iaitu Hollow Figures,Praline,Truffle,Enrobed,Splitter dan Bar





Dapatkan 3 ebook ini dalam 1 harga


Cara Membuat Handmade Coklat
Klik DI SINI untuk membeli....




Thursday 4 April 2013

"Saya Mahu Review Blog Korang"


(Klik banner untuk join!)

Tarikh Tutup : 15 April 2013



Ebook Rahsia Mudah Hamil

Anda mengalami masalah hamil dan sukar mendapat zuriat?

Kenalpasti segala punca sukar hamil dan atasi masalah kesuburan dengan strategi mudah untuk dapatkan zuriat...

Dapatkan DI SINI

Antara kandungan isi dalam e-book 'Rahsia Mudah Hamil' ialah:

~~Strategi 1-Bagaimana mengenalpasti dengan tepat hari-hari subur anda untuk meningkatkan peluang kehamilan
~~Strategi 2-Kaedah pemakanan
~~Strategi 3-Faktor-faktor berkaitan hubungan kelamin
~~Faktor-faktor lain yang biasanya kita ambil ringan
~~Penyakit-penyakit ketidaksuburan
~~Ketidaksuburan lelaki
~~Ketidaksuburan sekunder
~~Tanda-tanda mengandung
~~Koleksi petua-petua terpilih
~~Kembali pada Yang Maha Pencipta.Himpunan doa dan amalan khusus untuk dapatkan zuriat


Ayuh dapatkan sekarang!!

Klik DI SINI






Wednesday 3 April 2013

Hadiah GA dah sampai...


Alhamduillah...hari ni hadiah yang aku menang GA dah sampai...

GA yang aku menang ialah 


Sepatutnya aku dapat losyen badan...
rujuk entry ini
tapi penaja tukar hadiah kepada:


Tak apa,aku tak kisah apa hadiah nya.... dan i like this present....;)

Penaja hadiah ini ialah :


Thanks penaja!!


Tuesday 2 April 2013

Suka duka 2.4.2013

2 April 2013

Sebenarnya tarikh 2 April nih adalah kenangan dalam hidup aku...Tarikh nih pada 14 tahun yang lalu,aku kehilangan seorang sahabat.Aku rasa tanpa dia,mungkin aku tiada hala tuju hari ini...dan minat dan kerjaya aku sekarang ni pun adalah hasil keinginan dia...Kata-kata dan nasihat sebelum dia pergi menjadi kekuatan aku untuk mengharungi dugaan-dugaan yang mendatang....Awak,saya betul-betul rindukan awak sebagai sahabat saya....Al-Fatihah.

Dalam aku duk teringat tarikh 2 April nih,aku dapat berita (baca kat twitter) ke atas pemergian Puan Fauziah.Mungkin ada yang tahu atau ikut perkembangan beliau di blog :


Kisah pengorbanan seorang suami yang sanggup meninggalkan kerjaya demi menjaga isteri yang sakit.Berkorban segala-galanya demi orang yang disayangi.Tak boleh ku bayangkan perasaan En Abil sekarang bila kehilangan orang yang tersayang...Apa pun Al-Fatihah buat arwah Puan Fauziah.Semoga roh nya dicucuri rahmat dan semoga En Abil akan terus tabah dalam menghadapi dugaan ini...Dari Dia kita datang...Kepada Dia juga kita kembali...Al-Fatihah...

Hari ini aku betul-betul rasa murah rezeki...Pagi-pagi lagi dapat tajaan breakfast...ada orang bagi nasi lemak+meehoon....Tengah hari lak dapat bubur...petang lak dapat cheesecake...Syukur pada-Mu Ya Allah atas kurniaan rezeki ini....Alhamdulillah dan terima kasih atas semuanya....

Malam lak online dapat tahu menang dalam GA 'Qaseh Farra Giveaway'...Ingat kan satu hadiah...tapi rupanya menang dua lak tuh...Syukur...syukur..Alhamdulillah...




1 . Blog review by Qaseh Farra
2.Blog review by Sherlyanna Martin

Thanks a lot!



Monday 1 April 2013

Apa itu kemahiran motor kasar?


Sebelum nih aku dah citer pasal kemahiran motor halus...
so kali nih aku nak cerita pasal motor kasar lak....


Kemahiran motor kasar adalah amat penting untuk pertumbuhan kanak-kanak.Kemahiran motor kasar ini melibatkan otot besar badan seperti anggota tangan,lengan,kaki atau keseluruhan badan yang membolehkan fungsi seperti berjalan,menendang,duduk tegak,mengangkat, dan membaling bola.Kemahiran motor kasar seseorang kanak-kanak bergantung kepada kedua-dua nada otot dan kekuatan.Nada otot yang rendah adalah ciri-ciri keadaan melumpuhkan seperti sindrom down,gangguan genetik atau otot atau gangguan sistem saraf pusat.

Pergerakkan motor kasar boleh ditingkatkan dengan melakukan pelbagai aktiviti.Aktiviti yang dirancang tersebut perlu melibatkan kanak-kanak melakukannya dalam keadaan yang berbeza keadaan kedudukan badan mereka.Kanak-kanak akan berasa seronok sekiranya aktiviti yang dirancang tersebut mencabar.

Aktiviti motor kasar haruslah melibatkan pergerakkan kaki dan tangan sepenuhnya.Antara aktiviti fizikal yang boleh meningkatkan kemahiran kanak-kanak ialah seperti berjalan,berlari,skipping,mengimbang badan,membaling dan meyambut bola.

Cerdas dan ceria bersama kanak-kanak.....