Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Saturday 6 September 2014

Apa itu Backlink SEO

Assalamualaikum....

Entri hari ini masih lagi berkait dengan SEO iaitu mengenai backlink SEO.Backlink sangat penting pada sesebuah blog untuk menaikkan trafik ke blog.Backlink bermaksud link blog anda  yang berada di web orang lain dan link tersebut mengarah ke arah blog anda.Jumlah backlink yang banyak akan menunjukkan blog anda amat penting dan popular kepada pembaca.

Penting kah backlink?

Dalam memberi keputusan enjin carian,Google akan memberi lebih perhatian atau kredit kepada web yang mempunyai jumlah backlink yang banyak.Ini kerana,ianya akan memudahkan enjin carian mencari blog anda dengan keyword yang sepadan  dan secara tidak langsung ianya akan membantu ranking Google anda.

Backlink,SEO,Kasihlestariabadi,

Backlink pula terbahagi kepada dua iaitu:
Internal backlink –Link yang datang dari web yang sama.Contoh seperti,anda menulis entri A,di dalam kandungan entri itu,anda masukkan juga link ke entri B.Maksudnya,dalam web sama tetapi ke page yang berbeza.
External backlink- Link yang datang dari web atau blog yang berlainan.Antara contohnya seperti blog Anis menyalin entri anda dan di akhir entri dia ada menulis kredit to blog anda.Ataupun di dalam blog Faris,Faris menulis entri berkisar tentang blog anda dan memasukkan sekali link ke blog anda.

Strategi dan cara membuat backlink
Setiap kali menulis entri,anda boleh lah meletakkan beberapa backlink di entri tersebut.Jangan letak terlalu banyak kerana ianya akan di anggap spam oleh pihak Google.Backlink yang sesuai dan membantu ialah diletak seperti :  
1)      Backlink ke blog rakan-rakan blogger yang meletakkan URL blog anda di blog mereka sebagai tanda penghargaan dan motivasi untuk mereka terus berkunjung ke blog anda.
2)      Membuat backlink ke blog yang mempunyai pagerank tinggi supaya blog kita juga terkena tempias pagerank yang tinggi.

Anda juga digalakkan meninggalkan komen pada blog-blog rakan yang lain.Dengan bahasa mudah,tinggalkan jejak kaki anda di blog orang lain supaya ada orang yang menjumpai jejak itu.Ingat,silent readers tidak akan dapat membantu usaha membanyakkan backlink.So,rajin-rajin lah yer ....

Cara Periksa jumlah backlink?
Anda boleh juga memeriksa jumlah URL backlink blog anda dengan melihat di backlinkwatch.




P/S: Ibarat kanak-kanak memakai kasut bunyi ...jejak dapat diketahui dengan mudah...SMILE




Friday 5 September 2014

Hadiah Giveaway

Assalamualaikum...

Hari tu,KLA ada sertai giveaway Merdeka Penang anjuran Siti Yang Menaip.

Alhamdulillah KLA terpilih untuk memenangi hadiah giveaway tersebut.Dapat pula hadiah yang sememangnya koleksi KLA...

Giveaway,kasihlestariabadi

KLA memang suka kumpul fridge magnet....Thanks a lot Siti Yang Menaip.

KLA doakan Siti dapat apa yang Siti tuliskan kat hadiah tu yer...Thanks

Wednesday 3 September 2014

The Versatile Blogger Award

Assalamualaikum....

Pada mulanya,hairan juga kenapa ramai pula yang tinggalkan komen menyatakan dah tag KLA.Ingatkan giveaway apa,rupanya The Versatile Blogger Award.Terima kasih sangat-sangat pada yang dah tag KLA mengenai award ini iaitu Insan Kecil, Dianeeya, Cahaya Alam Maya, Kasut Kusut . Thanks again dengan The Versatile Blogger Award.

Versatile ke?

Versatile,Blogger,Award,Kasihlestariabadi,Giveaway

Syarat untukThe Versatile Blogger Award ialah : 

1) Thanks to the person who give you this award
2) Include a link to their blog
3) Select 15 blogs you've discovered/followed regularly
4) Nominate these 15 bloggers to this Versatile Blogger Award
5)Tell the person 7 things about yourself 

Perlu tag 15 blog...boleh tahan banyak jugak tuh...


Fuh...bab 7 fakta mengenai KLA...

#1 - Perahsia dan pemalu
       KLA seorang yang perahsia dan pemalu.Tak tahu ler kenapa,memang susah nak cerita apa-apa kat orang lain,terutamanya kalau ada masalah.Ini menyebabkan KLA akan memendam sahaja masalah yang ada.Pemalu?yup...pemalu menyebabkan orang akan cakap KLA sombong sebab tak bertegur.Ini dalam proses untuk menjadi seorang yang tak pemalu...

#2 - Tepati waktu
       KLA seorang yang tepati waktu.Kalau janji nak keluar jam 9 pagi,8.45 pagi KLA dah bersedia.KLA tak suka orang menunggu KLA.Kesian.Sebab KLA tahu,seksanya bila kita menunggu orang.Selain itu,bagi KLA,pengurusan waktu itu penting dalam mencapai kejayaan dalam hidup.

#3 - Tak makan sayur hijau
        KLA tak makan sayur hijau seperti sawi,kangkung itu.KLA memang tak makan sayur,then lepas tuh member cabar untuk makan.Sekali nak makan semasa sahut cabaran tuh,terkena pula dengan rasa sawi yang pahit.Terus fobia dengan sayur hijau.KLA hanya makan sayur kobis,lobak merah,petola

#4 - Gadis Capricon
       KLA dilahirkan pada 8 Januari tahun dot..dot..dot...Tahun rahsia coz nanti kantoi lak umur KLA yang semakin meningkat...tapi kalau tengok orangnya,macam awal 20-an....hahhaha..puji diri sendiri.

#5 - Internet...internet...internet
       Kenali internet sejak tahun 1998 dan memang tak boleh hidup tanpa internet.Sememangnya gila internet.Kadang-kadang sampai tak tahu nak buat apa depan internet...tapi masih tetap nak internet.
Syukur sekarang kat handphone pun dah ada internet jika nak badingkan dengan zaman 1998 dulu,online kat cybercafe.

#6 - Gila Buku
       KLA sangat suka membaca buku.Buku yang dibaca biasanya berkisar perniagaan,motivasi,kisah kejayaan.Novel tak minat lak.KLA akan pantang jumpa kedai buku,mesti nak masuk terutamanya MPH dan POULAR

#7 - Minat Amy Mastura
       KLA memang minat sangat dengan Amy Mastura.Pernah berjumpa dengan beliau beberapa kali di beberapa majlis.Minat dengan kecantikkan nya,kebolehannya,bebas gosip.I Love Amy Mastura..

Alhamdulillah...siap juga syarat-syarat nya....


2nd Giveaway by Miminadam

Giveaway,Kasihlestariabadi,2014

(Klik banner untuk join)

Buat Duit Dengan SPSHOPS

Assalamualaikum...

Dalam meniti kos kehidupan yang sentiasa meningkat,anda perlu pandai mencari peluang yang ada disekeliling anda untuk menambah wang pendapatan.Anda tidak boleh mengharapkan satu sumber pendapatan sahaja.Sebaiknya di pelbagaikan.Oleh itu,KLA nak cadangkan buat duit dengan SPSHOPS.

Apa itu SPSHOPS?

SPSHOPS ialah satu tempat menjalankan perniagaan jualan secara online.Ianya berkonsepkan beli,jimat dan dapat duit dimana ianya berteraskan konsep affiliate marketing.Web ini tak ubah seperti ebay.com,majalah.com,mudah.com.my,Cuma yang membezakannya ialah anda boleh menjana pendapatan melaluinya.

Buat duit,SPSHOPS,RM10,Modal Rendah

Modalnya hanyalah serendah RM10.Apalah sangat dengan melabur RM10.Dengan menyertai modal sebanyak RM10,anda sudah layak memperolehi 1 tapak lot iklan.Iklan ini amat sesuai untuk peniaga-peniaga online mempromosikan produk mereka.Kalau anda tidak memiliki produk,anda jangan risau kerana anda berpeluang untuk membuat affiliate produk orang lain.

Bukan itu sahaja,jika kita berjaya mengajak kawan-kawan untuk sama-sama menyertai SPSHOPS,anda layak menerima RM5 per  seorang.Kalau anda berjaya mengajak dua orang kawan,anda sudah dikira balik modal.Senang dan berbaloi kan?

Ayuh apa lagi,Jom kita meriahkan SPSHOPS dengan menyertainya.Berminat boleh hubungi/sms 0135834344.



Tuesday 2 September 2014

Waktu Sesuai Publish Entri Blog

Assalamualaikum....Hi blogger...

Dalam membuat publish entri,kita tidak boleh membuat publish sesuka hati.Kita perlu tahu waktu sesuai publish entri blog.Boleh tu memang lah boleh buat sesuka hati cuma bila kita post bukan di waktu yang sesuai membuatkan pembaca entri kita berkurang.Apabila berkurang,trafik juga akan berkurang.Trafik kurang akan memberi kesan pada iklan nuffnang.Kalau dah libatkan nuffnang,faham sahaja lah,duit pun perlahan masuk.Panjang betul kaitan dan kesannya.Fikir-fikir kan lah.


Untuk anda menulis post itu tidak kisah pada bila-bila masa.Cuma yang penting ialah waktu publish entri.Antara waktu yang sesuai publish entri ialah:

10.00 pagi – 3 .00 petang
Eh,ini bukan waktu pejabat ke?

Sekarang ramai sahaja orang yang online waktu bekerja.Kalau internet di pejabat block untuk melayari facebook,blog,mereka akan online menggunakan handphone.Zaman teknologi,internet hanya di hujung jari.Kebiasaannya,para pekerja yang melayari internet ketika ini untuk mencari info kerja atau idea dalam membuat laporan.Dan mana tahu kalau entri blog kita dapat membantu mereka menyiapkan kerja pejabat.

9.oo malam – 12.00 malam
Waktu ini ialah waktu santai buat orang ramai dan waktu inilah yang di ambil peluang oleh mereka untuk berehat sambil melayari internet.Mencari dan membaca info-info yang ada atau mencari jawapan untuk persoalan yang ada.Oleh itu,publish post sebanyak yang boleh pada waktu ini.Jangan terlebih maklumat sudahlah.

Untuk Post Urgent
Jika ada post yang urgent,tidak perlu lah menunggu waktu-waktu di atas untuk publish.Sudah namanya urgent,boleh lah terus publish.Tiada bahayanya pun,cuma mungkin kebanjiran trafik itu kurang sahaja.
Jika anda tidak berada di hadapan laptop atau komputer pada waktu sesuai publish post entri di atas,anda jangan risau kerana anda boleh membuat publish automatik mengikut masa yang dikehendaki.Kalau yang belum tahu cara nak buat entri autopublish boleh belajar dengan blog coretan hati Kathy.


Untuk post yang akan datang,sila lah untuk membuat publish entri mengikut waktu yang dicadangkan.Semoga anda berjaya menarik trafik yang tinggi datang ke blog anda disamping menambah pendapatan Nuffnang anda itu. Good Luck.


SILA BACA ENTRI :


Senarai Pemenang Giveaway Merdeka Lestari

Assalamualaikum....

Syukur alhamdulillah,Giveaway Merdeka Lestari telah TAMAT dan boleh tahan juga penyertaannya walaupun tidak mencapai sasaran KLA.Terima kasih banyak-banyak buat yang sudi menyertai.Anda boleh melihat senarai nama peserta di sini

Top referral : Buku Duit Pantas ( Penulis Ammar Zahar ) + Topup RM10

Senarai Pemenang,Giveaway Merdeka Lestari


Pemenang Topup RM10







TAHNIAH buat semua pemenang.Sila pm ke facebook KLA nama,nombor telefon anda sebelum  6 September.Hadiah akan terbatal jika tiada tuntutan sehingga tarikh tersebut.

Tunggu giveaway akan datang dari KLA



Monday 1 September 2014

Kisah Ranking Alexa yang bagus

Assalamualaikum....

Morning...Apa rancangan aktiviti hari ini?

KLA nak cerita tentang ranking Alexa untuk blog KasihLestariAbadi.Maaf ler asyik entri pasal Alexa aje...Terlalu gembira.Entah macam mana semalam, gatal sahaja tangan KLA nak periksa ranking  blog yang terkini.Sebelum ini KLA ada buat entri cerita tentang ranking Alexa yang sentiasa meningkat dan ianya peningkatan di luar perancangan KLA.

Hasilnya....


Alhamdulillah syukur,syukur...kalau ikut rancangan KLA,ranking ini sepatutnya di capai antara bulan Oktober dan November.Ini satu pencapaian yang bagus.Harap target ranking yang KLA inginkan dapat dicapai dengan secepatnya.Mood suka sangat-sangat.

Cara meningkatkan ranking Alexa

Sebagai pencerahan,Ranking Alexa ialah mengenai kedudukan ranking  blog kita dalam enjin carian berdasarkan jumlah pengunjung yang datang ke blog. Anda boleh memeriksa ranking alexa blog anda di Alexa.com.Dua hasil yang akan ditunjukkan iaitu rangking global dan juga ranking Malaysia. Semakin kecil nombor  kedudukan blog,semakin bagus kedudukan blog tersebut. Jangan fikir,bila blog berada di kedudukan bagus,blog kita tak akan merundum.Ingat,kalau kita tak maintain,tak mustahil blog ranking blog akan jatuh.

Doakan KLA berjaya dapat apa yang di impikan....


ENTRI LAIN TENTANG ALEXA : 

~~ Alhamdulillah...Ranking Alexa Meningkat
~~ Cara Tingkatkan Ranking Alexa
~~ Cara Daftar Alexa Rank Dalam Blog
~~ Cara Pasang Widget Alexa Pada Blog