Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Thursday 5 February 2015

Pemenang Giveaway Lestari 2015

Assalamualaikum...

KLA nak umumkan senarai pemenang Giveaway Lestari 2015.Sebelum tu,untuk semak senarai no link anda boleh tengok senarai peserta....

Tanpa berlengah lagi KLA umumkan senarai pemenang....Tahniah buat pemenang yer...

Top Referral - 1 Magnet Vietnam + Topup RM10


Hadiah Magnet Vietnam
Pemenang Pertama

Pemenang Kedua 

Pemenang Ketiga 

Pemenang Keempat 

Pemenang Kelima 

Pemenang Keenam 

Pemenang Ketujuh 

Pemenang Kelapan 


Setiap pemenang sila pm kat FB KLA : Nama.Alamat,Link Penyertaan,No pemenang,No Telefon.
Sila tuntut hadiah sebelum 15 Februari 2015

TAHNIAH PEMENANG



Tuesday 3 February 2015

Senarai Nama Giveaway Lestari 2015

Assalamualaikum...

Maaf semua coz KLA terlewat keluarkan senarai nama peserta Giveaway Lestari 2015.Al maklum,KLA sibuk sikit akhir-akhir ini.Biasalah,hidup banyak dugaannya...

Kat bawah KLA senaraikan senarai nama link peserta yang join Giveaway Lestari 2015.Jika ada sebarang kemuskilan boleh pm KLA okey...




Keputusan akan keluar pada 5 Feb 2015

Terima kasih buat yang sudi menyertai.......PEACE


Saturday 31 January 2015

Giveaway Lestari 2015

Assalamualaikum...

                                       TAMAT
Sudah lama KLA tak anjurkan giveaway.Ini membuatkan hati KLA terpanggil-panggil untuk mengadakan giveaway sendiri.Memandangkan KLA baru nak kembali serius dengan blog,amat sesuai lah untuk KLA adakan giveaway ini.Dengan ini KLA lancarkan " Giveaway Lestari 2015''

Giveaway Lestari 2015,

Syarat-syarat : 
1) Follow Blog KasihLestariAbadi dan LestariMall
2) Follow IG KasihLestariAbadi dan LestariMall
3) Klik Satu dan Dua 
3) Buat tajuk " Giveaway Lestari 2015"
4 ) Buat entri dengan copy banner di atas dan link kan ke entri ini.
5) Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen di bawah.

Tarikh Tamat : 31 Jan 2015
Senarai Peserta : 1 Feb 2015
Senarai Pemenang : 5 Feb 2015

Hadiah : 
1 top referral x 1 Magnet Vietnam + RM10 Topup
8 x Magnet Vietnam

Pemenang dipilih secara random.org




Sunday 25 January 2015

Diet Atkins

Assalamualaikum....

Sejak akhir ini,berat KLA semakin naik.Jika tidak di ambil berat,boleh membahayakan.Pada mulanya,KLA tak perasan sangat yang berat badan naik,tapi bila asyik mahu beli baju,sudah tidak boleh pilih saiz M..Sungguh mendukacitakan.


Sebelum ini,KLA pernah ler dengan orang duk bercerita tentang diet atkins.Apa lagi,KLA pun tengok lah dengan facebook diet atkins,Diet Atkins ialah membantu seseorang untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan.Dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat,badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api.Ini bererti berat badan akan menurun.

Sungguh mencabar juga proses permulaan di mana KLA tak boleh makan nasi...Banyak juga senarai apa yang tidak boleh makan...huhuhuuuTapi bila KLA tengok resepi diet atkins...eh,itu juga makanan kegemaran KLA.Masak ala-ala western.So,mungkin boleh untuk KLA ikut larangan diet atkins.KLA akan cuba ikut arahan diet atkins seboleh yang mungkin.Lagipun,berat KLA bukannya paras membimbangkan.Cuma kalau tak jaga,ianya boleh mencapai berat yang membimbangkan....Kan mencegah lebih baik daripada berubat.Baik beringat sebelum terlambat....peace...

Harap sukses ler yer....InsyaAllah...


Sunday 18 January 2015

CPUV Nuffnang : Digi Year End Sale

Assalamualaikum...

Alhamdulillah KLA dapat Nuffnang pertama pada tahun 2015 iaitu Digi Year End Sale.Eh...tak habis lagi year end sale...Tak kisah lah kan...Asalkan masyukkk....;)

Nuffnang,Digi Year End Sale,Digi

Iklan ni dah masuk sejak 14 Januari lagi cuma KLA tak perasan.Sibuk sangat sampai tak sempat nak tengok Nuffnang.

Pelbagai jualan yang kaw-kaw murah harganya..Jom tengok di Digi1,Digi2,Digi3

Harap lepas ni,banyak lagi iklan-iklan lain yang akan masuk lagi...PEACE..

GiveAway Ole-ole dari Japan by Ayue Idris


Assalamualaikum~

(Klik banner di atas untuk join)


facebook link :
instagram id : 


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 




GA Simple 2015 by Shad

Greetings and Assalamualaikum.

Jemput join GA Simple 2015 by Shad


Klik Banner untuk Join

Hadiah:

Powerbank Pineng (PN-983) x1 Pemenang
Top-up RM5 x10 Pemenang
Hadiah Misteri x10 Pemenang

Pemilihan pemenang adalah berdasarkan random.org

Tarikh Giveaway ini berlangsung : 15.1.2015 - 15.2.2015 (11.59pm)
Tarikh Semakan : 16 dan 17 Feb 2015
Tarikh Pengumuman Pemenang : Selewat-lewatnya 20 Feb 2015


=======================
Ads

Program Mykad Smart Shopper 
Jom Aktifkan Mykad


Jika sudi, G+1 Entry/ Like atau Share Entry Jom Aktifkan Mykad Shad ya. 
Terima kasih semua. Jasa anda dikenang.

Terima kasih sudi join Ga Simple 2015 by Shad. Good Luck

Saturday 10 January 2015

Sesi Persekolahan 41 Sekolah Ditunda Lagi

Assalamualaikum....

Dah lama pula KLA tak fokus pada blog.Labah-labah pun dah datang bertenggek agaknya...Tapi sebagai permulaan (baru nak mula ke?),KLA dah tukar langsir rumah..Tengok ler header KLA yang baru...KLA beli waktu sale...apa ingat baju aje ada sale,header blog pun ada jugak!!...100% diskaun lagi..Jangan terkejut ye....Kalau nak tahu macam mana KLA boleh dapat 100% diskaun boleh rujuk entri Header Blog Percuma

Ok kita berbalik pada tajuk entri.Semua orang sudah maklum yang negara kita Malaysia telah dilanda bencana banjir yang dasyat sehinggakan ada yang kehilangan tempat tinggal.Amat sedih ler bila melihat gambar-gambar kesan daripada bencana banjir.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...

Sehubungan dengan bencana banjir ini,pihak Kementerian Pendidikan telah menunda tarikh permulaan sesi persekolahan 2015 yang pada mulanya jatuh pada 4 dan 5 Januari kepada 11 dan 12 Januari.Ini membagi ruang untuk semua pihak benar-benar bersedia untuk kembali ke sekolah.

Namun demikian,masih terdapat beberapa sekolah yang masih belum bersedia untuk memulakan sesi persekolah pada Ahad/Isnin nanti disebabkan masih terdapat sekolah yang dinaiki air dan juga sekolah dijadikan tempat pemindahan mangsa banjir.Pihak Kementerian Pendidikan mengizinkan sebanyak 41 buah sekolah ditunda lagi semula sebelum kembali memulakan sesi persekolahan pada 18 dan 19 Januari nanti.Tetapi sesi persekolahan yang ditunda ini perlu diganti.

Berikut ialah senarai sekolah yang terlibat dengan penundaan sesi persekolahan.

P/S: sumber daripada BH Online.

Semoga semua mangsa-mangsa banjir tabah dalam menghadapi dugaan ini.