Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Tuesday 17 March 2015

Cuti-cuti Ho Chi Minh 3

Assalamualaikum dan hai

Baca Cuti-cuti Ho Chi Minh 1Cuti-cuti Ho Chi Minh 2

Di pulau kedua,kami dibawa ke tempat menghasilkan madu.Di sini,KLA berpeluang menyentuh sarang lebah itu dan mencuit madunya.Original jilat di tangan sendiri.Kami dihidangkan dengan air tea,madu,asam limau kasturi.
Ho Chi Minh,Sungai Mekong,Kasih Lestari Abadi

Yang paling KLA suka aktiviti di pulau ini ialah menyentuh ular sawa.Besar dan berat.KLA siap minta memegang nya sebanyak dua kali.Suka…suka…Selepas itu,kami di bawa menaiki sampan untuk ke pulau seterusnya.Kuat betul penduduk di sini mendayung sampan.Mereka juga cekap dan yang kagum ialah sampan diaorang langsung tidak berlanggar antara satu sama lain walaupun menyusur di sungai yang sempit itu.
Ho Chi Minh,Sungai Mekong,Kasih lestari Abadi

Sampai di pulau ketiga,kami dihidangkan dengan buah-buahan seperti  betik,nanas,ciku,naga dan tembikai sambil dihiburkan oleh nyanyian pelbagai lagu.Ada yang KLA tahu dan ada juga lagu yang tidak tahu.Oleh kerana keletihan dan kelaparan,habis buah-buah itu kami makan.

Ho Chi Minh,Sungai Mekong,Kasih Lestari Abadi

Ho Chi Minh,Sungai Mekong,Kasih Lestari Abadi

Tamat sudah perjalanan kami menjelajah pulau-pulau yang ada dan perjalanan pulang ke Bandar Ho Chi Minh,kami singgah makan tengah hari di sebuah restoran.Makan tengah hari ini termasuk dalam pakej kami.
Ho Chi Minh,Sungai Mekong,Kasih Lestari Abadi

 Kemudian guide membawa kami ke gedung kain cotton.Fuh,memang mabuk di sini,Sempatlah KLA beli kain cotton dan kain sembahyang.Kami tiba di Bandar Ho Chi Minh pada waktu sudah hamper malam,tidak sempat hari ini untuk ke Pasar Ben Than.

Selesai bersiap di hotel,kami memulakan aktiviti malam dengan makan di Restoran Serai.Di sini baru KLA berpeluang merasa popiah Vietnam.Dibuat daripada bahan-bahan mentah ala sushi gitu.Selepas makan,sesi menghabiskan duit di pasar malam.Memandangkan ini malam terakhir KLA di Ho Chi Minh,proses membeli dibuat habis habisan.

Ho Chi Minh,Kasih Lestari Abadi,Restoran Serai

Ho Chi Minh,Popia Vietnam,Kasih Lestari Abadi


Bersambung...

Monday 16 March 2015

Cuti-cuti Ho Chi Minh 2

Assalamualaikum dan hai


Masuk hari kedua,KLA bersarapan di hotel kerana termasuk dalam pakej.So,kalau nak cari hotel,cari lah yang sediakan sarapan juga.Tapi ingat,pastikan ianya HALAL.

Untuk hari kedua,KLA akan ke Sungai Mekong.Tapi sebelum itu,guide kami bawa makan Mee Pho dan minum Nescafe ais.Sebutan untuk ‘pho’ ialah fer.Nescafe ais memang tidak dinafikan,teramat sedap.Boleh ketagih tu.Mee Pho dan Nescafe ais sememangnya makanan popular di sini.Ingat,tidak lengkap datang ke Ho Chi Minh kalau tidak makan mee pho dan Nescafe.

Ho Chi Minh,Mee Pho,Mee Fer

Ho Chi Minh,Nescafe Ais

Selepas dua kali sarapan,kami terus bertolak ke Sungai Mekong.Perjalanan mengambil masa satu jam dari Bandar Ho Chi Minh untuk ke Sungai Mekong.

Sungai Mekong adalah sungai ke-12 terpanjang di dunia, ke-10 terbesar dari segi isipadu dan mengeluarkan 475 km padu air setiap tahun. Panjangnya 4880 km dan lembangan Sungai Mekong seluas 812,000 km persegi.

Ho Chi Minh,Sungai Mekong

Di Sungai Mekong yang airnya bagaikan air Nescafe ini,kami dibawa oleh bot untuk ke pulau-pulau.Di pulau pertama (Lupa nama pulau-pulau),kami di bawa ke tempat membuat coklat berasaskan kelapa.Guide juga menunjukkan cara memproses santan daripada sebiji kelapa.Untuk kita orang Malaysia ini memang sudah biasa melihat proses ini.

Ho Chi Minh,Sungai Mekong

Ho Chi Minh,Sungai Mekong

Ho Chi Minh,Sungai Mekong,Kelapa

Ho Chi Minh,Sungai Mekong

Kemudian,kami di bawa bersiar-siar di kampong diaorang dengan menaiki kereta kuda.

Ho Chi Ming,Sungai Mekong,Kereta Kuda


Bersambung....

                               


Sunday 15 March 2015

Cuti-cuti Ho Chi Minh 1

Assalamualaikum dan hai

Sebenarnya sudah lebih sebulan KLA balik dari bercuti di Ho Chi Minh,Vietnam.Tapi baru berkesempatan nak berkongsi kisah-kisah KLA di sana.KLA tak pergi lama,hanya 3 hari 2 malam.Tak boleh nak tinggalkan kerja.

 KLA bertolak dari KLIA2 pada pagi jumaat jam 8.00 pagi dan sampai di lapangan terbang Ho Chi Minh pada jam 8.55 waktu Ho Chi Minh.Untuk menjimatkan masa KLA yang tak sempat nak sarapan,KLA awal-awal sudah menempah secara online Nasi Lemak Pak Nasser.Alhamdulillah,nasi lemak itu mampu mengenyangkan perut KLA.Tak seronok juga kalau nak jalan-jalan dengan perut kosong.


Ho Chi Minh,Airasia,Nasi Lemak

Tiba di Lapangan Terbang Ho Chi Minh,rombangan KLA di sambut oleh agen yang akan membawa kami menaiki van untuk ke Cu Chi Tunnel.Cu Chi Tunnel merupakan sebuah terowong yang di bina oleh komunis Vietnam dalam menentang tentera Amerika Syarikat.


Panduan peta di Cu Chi Tunnel

Di sini,KLA didedahkan taktik-taktik yang digunakan oleh komunis Vietnam ketika perang.Para pengunjung juga boleh merasa sendiri pengalaman berada di bawah tanah dengan memasukinya.KLA juga tidak berlepas peluang mencuba berjalan di bawah tanah.Berjalan sambil menundukkan badan sememangnya mencabar dan tidak dapat dibayangkan bagaimana kehidupan para komunis Vietnam ketika itu.


Ho Chi Minh,Cu Chi Tunnel

Ho Chi Minh,Cu Chi Tunnel

Ho Chi Minh,Cu Chi Tunnel

Perjalanan yang panjang di kawasan Cu Chi Tunnel,KLA telah dihidangkan ubi kayu rebus dicicah dengan kacang hancur beserta air teh.Ini merupakan makanan utama ketika perang.Memang sedap rasanya apabila KLA sendiri sudah lama tidak makan ubi kayu.


Ho Chi Minh,Ubi Kayu,Cu Chi Tunnel

Setelah selesai berjalan di Cu Chi Tunnel,KLA dihidangkan makanan oleh agen.Ini termasuk dengan pakej yang KLA minta.Dan apa yang tak disangka oleh KLA ialah,dapat jumpa nasi dengan lauk seperti di Malaysia.Al maklum,dah penat berjalan,mestilah rindu dengan masakan Malaysia.Bagus dapat agen yang memahami keinginan rombangan KLA.Kami makan secara santai di luar pintu masuk Cu Chi Tunnel itu.Selesai sahaja makan tengah hari,rombangan KLA terus bertolak ke Hotel.


Ho Chi Minh,Cu Chi Tunnel

Pada mulanya,KLA sudah menempah Thant Lien Hotel secara online,tetapi bila sampai di sana,pihak hotel menukarkan kami ke Cat Hotel.Terkejut juga kami,tapi nasiblah KLA sudah membaca di blog tentang kejadian ini yang biasa akan berlaku iaitu pertukaran hotel oleh pihak mereka.Terpaksa lah terima.Pihak hotel akan memegang passport kita sepanjang kita menginap di hotel ini.


Ho Chi Minh,Cat Hotel

Ho Chi Minh,Cat Hotel

Ho Chi Minh,Cat Hotel,

Bila pergi melancong,masa sangat berharga.Supaya masa tidak membazir begitu sahaja,setelah hantar beg ke bilik hotel,KLA berjalan pergi ke Pasar Ben Than.Ianya mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja jarak antara hotel ke pasar.Pad malamnya pula,KLA keluar membeli belah di pasar malam mereka yang sangat awesome!KLA tidak mengambil gambar di Pasar Ben Than dan pasar malam kerana faktor keselamatan. Bahaya menunjukkan harta kita di khalayak umum.Untuk makan malam,KLA makan di Restoran Kampung Melayu.Harganya boleh tahan juga mahalnya..


Oklah,bersambung pada part 2.

Sunday 8 March 2015

Lestari Giveaway dan Lestari Mall

Assalamualaikum...Hi...

KLA nak perkenalkan dua blog baru KLA selain blog sedia ada iaitu blog Kasih Lestari Abadi

Lestari Giveaway dan Lestari Mall,Giveaway,Mall,Lestari,Smile,Shopping

Lestari Giveaway
Lestari Giveaway akan digunakan untuk penyertaan pelbagai giveaway atau contest yang di anjurkan oleh para blogger lain.Senang bila semua giveaway yang disertai diletakkan di ‘rumah’ nya sendiri.Ini untuk memberi ruang kepada blog Kasih Lestari Abadi berkongsi maklumat atau ilmu kepada para blogger lain tanpa diganggu oleh giveaway.Kadang kala tengok post bulanan ada banyak tetapi yang banyak itu adalah giveaway. Maklumatnya sedikit sahaja.Oleh demikian,LestariGiveaway adalah jalan penyelesaian nya.

Lestari Mall
Memandangkan kos hidup yang semakin meningkat ningkat ningkat ningkat (nak cakap banyak guna duit…hhahaa) , KLA berhasrat mencari duit sampingan untuk menampung perbelanjaan.KLA jual pelbagai barang yang akan diketengahkan dari semasa ke semasa.Sesuai dengan target KLA iaitu ‘ shopping in one page’ di mana pelanggan boleh dapatkan pelbagai barang yang dikehendaki hanya pada satu blog sahaja.Jom lah ramai-ramai shopping di Lestari Mall.

Kenapa Lestari?
Apa yang KLA lakukan mesti ada lestarikan?Ianya macam trademark KLA juga lah.KLA sememangnya suka dengan perkataan ‘lestari’.Itu yang membuatkan KLA selesa menggunakannya untuk semua urusan KLA ketika online.


Jangan lupa untuk berbelanja di Lestari Mall dan juga sudi-sudi lah sertai giveaway yang disertai oleh KLA okey!....SMILE


Resepi Sos Cili Atkins

Assalamualaikum....

KLA sudah pandai buat sos sendiri...Ahak,padahal orang lain dah lama pandai...Apa pun suka sangat bila sudah pandai buat sos sendiri kerana kita akan tahu prosesnya yang bersih dan halal serta memenuhi citarasa kita sendiri.

Ini gambar sos cili yang pertama kali KLA buat:


Resepi : 

Bahan

6 Batang Cili Merah
2 Biji Tomato
3 Ulas Bawang Putih
1 Inci Halia
4 Sudu Cuka
2 Titik Stevia
Garam
Sedikit Bancuhan Tepung Jagung

Cara

~Kisar Cili Merah,Tomato,Bawang Putih,Halia dan sedikit air dengan menggunakan blender.
~Masak di atas api perlahan bahan-bahan yang dikisar tadi.
~Masukkan garam,stevia,cuka dan tepung jagung
~Masak sehingga mendidih dan siap.

Gambar sos cili yang KLA buat untuk kali kedua.




Di atas gambar makanan diet atkins KLA iaitu scramble egg yang dicampur cheese dan serbuk lada hitam serta di makan dengan sos cili atkins....HAPPY...



Mengenang MH370

Mengenang MH370,Setahun,MH370

Setahun berlalu tragedi MH370 yang hilang dengan penuh misteri...
Tak dapat bayangkan perasaan ahli keluarga mereka.

Harap semua tabah dalam menghadapi dugaan besar ini.
Takziah...Al-Fatihah

Saturday 7 March 2015

Teman Lelaki Upahan

Assalamualaikum dan Hai…

Siapa tengok dan ikuti cerita slot Akasia di TV3 masa kini iaitu cerita teman lelaki upahan sila angkat tangan?Ahak…KLA tak boleh nampak pun anda angkat tangan.Apalah KLA ni kan..kan..


Sinopsis:
Hanya kerana satu insiden kecil, EL( Ezwan Lufti) terjebak dengan syarat gila Kyra Lydia. Bagi Lydia, EL lelaki yang sederhana, tapi bagi EL, Kyra Lydia adalah gadis yang sombong, berhati batu dan penuh dendam.
Tanpa pengetahuan keluarga EL, EL dan Lydia bersetuju yang mereka disatukan. Dalam tidak sedar,cinta berbunga mekar antara mereka. EL berjaya mengubah perangai buruk Lydia. Pada saat EL ingin meluahkan rasa hati, ujian datang dan menjadikan dia seorang pendendam.
Kyra Lydia berdendam pada ayahnya kerana baginya ayahnya punca ibu meninggalkannya. EL pula kecewa bila kekasih hatinya Zara berkahwin dengan abang longnya sendiri. Hubungan Lydia dan keluarga tirinya semakin baik,namun sebaliknya bagi EL. Kemalangan yang menimpa ayah dan abang longnya membuatkan dia berjanji menjaga Zara yang mengandung. Lydia tahu,dia terpaksa melupakan EL kerana Zara cinta pertama pada EL.Apabila rahsia tentang ibu kandungnya curang dan penyakit ayahnya diketahui, Lydia mengambil keputusan memutuskan perkahwinannya dengan EL. Perkahwinan dibatalkan. Masihkah ada ruang dalam hati EL untuk Lydia?

Sebenarnya KLA nak bagitahu yang KLA sukakan watak EL…bukan pelakon tapi watak nya okey!Ayat percakapannya yang menghiburkan,sikapnya yang sanggup berkorban,kenakalannya…memang sempoi lah…I like!!

Kredit buat pelakon dan penulis skrip.Ye lah,kalau pelakon bagus,skrip tak ok tak best juga.dan kalau skrip bagus,tapi pelakon tak pandai bawa watak pun tetap tak best juga.


Harap cerita ni nanti akan jadi happy ending okey!


Rindu blogging

Assalamualaikum....

Rindunya nak kembali berblogging....
Kerana terlalu hal+urusan yang perlu diselesaikan membuatkan KLA terpaksa melupakan blog sebentar.


Tapi,sekarang KLA dah bersedia untuk kembali berblogging....PEACE