Jom Follow!!
CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu
Thursday 24 September 2015
Wednesday 23 September 2015
Come Back!!
Assalamualaikum....
Fuh...kali ini KLA betul-betul lama tinggalkan blog...Banyak perkara yang terjadi ketika kesenyapan KLA ini...
InsyaAllah,lepas ini KLA akan kembali berblogging...Harap dapat kekal dengan blog ini...
Monday 1 June 2015
Stay The Same
Don't you ever wish
You were someone else
You were meant to be
The way you are exactly
Don't you ever say
You don't like the way you are
When you learn to love yourself
You're better off by far
And I hope you always stay the same
'Cause there's nothing 'bout you I would change
I think that you could be
Whatever you wanted to be
If you could realize
All the dreams you have inside
Don't be afraid
If you've got something to say
Just open up your heart
And let it show you the way
Don't you ever wish
You were someone else
You were meant to be
The way you are exactly
Don't you ever say
You don't like the way you are
When you learn to love yourself
You're better off by far
And I hope you always stay the same
'Cause there's nothing 'bout you I would change
Believe in yourself
Reach down inside
The love you find will set you free
Believe in yourself
You will come alive
Have faith in what you do
You'll make it through
Don't you ever wish
You were someone else
You were meant to be
The way you are exactly
Don't you ever say
You don't like the way you are
When you learn to love yourself
You're better off by far
And I hope you always stay the same
'Cause there's nothing 'bout you I would change
'Cause there's nothing 'bout you I would change
Don't change
Apa Itu Vendor Butik
Assalamualaikum…dan Hai….
Kewujudan butik pada masa kini sememangnya tidak boleh
disangkal kan lagi.Ianya tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.Berbeza
pada masa dahulu dimana andaian butik akan menjual barangan yang mahal dan hanya
untuk golongan atasan.Tetapi kini tidak lagi,semua orang mampu berbelanja di
butik.
Pada masa kini,banyak vendor butik yang wujud dan menjadi
kegilaan ramai.Apa itu vendor butik?Vendor butik ialah satu perniagaan butik yang menjual pelbagai barangan daripada
peniaga-peniaga online di dalam satu butik.Peniaga ini hanya membayar sewa yang
telah ditetapkan dan semua urusan penjualan diuruskan oleh pemilik butik.Tetapi
pemasaran akan dilakukan secara bersama.
Tujuan utama vendor butik ialah membantu para peniaga online
meluaskan lagi jualan mereka.Pembeli diberi peluang untuk menyentuh dan memilih
sendiri produk yang ingin dibeli di mana perkara ini tidak dapat dilakukan
secara online.Terdapat juga vendor butik yang menyediakan perkhidmatan café.Ini untuk memberi
peluang kepada para pembeli membeli
secara santai dan melepaskan penat membeli belah dengan berehat di café.
Terdapat pelbagai manfaat daripada kewujudan butik
vendor.Manfaat yang boleh dirasai oleh pemilik butik,vendor dan juga pembeli.
-- Pemilik butik tidak memerlukan kos yang terlalu besar
untuk membuka butik dan juga tidak perlu memiliki banyak produk.Kos seperti bil
elektrik,air,sewa,gaji pekerja dan pemasaran akan ditanggung bersama dengan
peniaga iaitu hasil bayaran sewaan tapak.Kepelbagaian produk pula akan disediakan
oleh pelbagai vendor yang terpilih.
-- Butik vendor akan menjual pelbagai produk seperti
baju,seluar,skirt,tudung,makanan,aksesori dalam satu tempat.Ini secara tidak
langsung ianya menjimatkan masa para pelanggan.Hanya perlu berada satu tempat
sahaja,pembeli terus dapat membeli dengan lengkap iaitu dari atas kepala hingga
ke bawah. Pembeli juga boleh terus membuat padanan seperti menyesuaikan warna
baju dengan tudung atau pun skirt.
--Pembeli boleh menyentuh produk.Terdapat sesetengah pembeli
yang suka menyentuh barang yang ingin dibeli untuk memastikan produk yang
dibeli memenuhi keinginan dan sepadan.Ini boleh mengelak daripada terjadi
masalah tersilap saiz,warna berbeza,produk rosak dan sebagainya.
--Pemasaran yang meluas di mana pemilik butik dan vendor
akan sama-sama membuat pemasaran sama ada secara online mahupun offline.Perkongsian
pemasaran secara meluas mampu menarik lebih ramai pembeli datang untuk membeli
produk.
Semoga vendor butik akan terus berkembang dan memberi manfaat
kepada semua orang samada pemilik butik,vendor dan pembeli.
Sila dapatkan blouse cotton yang cun melecun keluaran IRIS
LESTARI di butik MS Emerald yang beralamat di 1-2-3 University Place,Halaman
Bukit Gambir,11700 Gelugor,Penang
Wednesday 27 May 2015
Produk Secara Dropship
Assalamualaikum...Hai
Dropship bermaksud satu urus niaga perniagaan yang melibatkan penjualan
sesuatu produk atau pun servis dan seterusnya,penjual membayar harga yang telah
ditetapkan oleh pembekal.Pembekal yang akan menguruskan urusan penghantaran
produk kepada pelanggan.Keuntungan sesuatu produk biasanya ditentukan sendiri
oleh penjual.Untuk mengetahui lebih lanjut boleh baca cara buat duit secaradropship.
Sebenarnya KLA suka sangat dengan sistem dropship kerana ianya
tidak memerlukan KLA memiliki produk,tidak perlu membuat penghantaran dan yang
penting keuntungan ditentukan oleh KLA sendiri.
Kerana jatuh cinta dengan dropship ini,KLA mencari pembekal atau
pengedar produk yang menawarkan sistem dropship untuk KLA sertai mereka.Tapi
ada syaratnya.KLA mahukan produk itu merupakan produk sendiri.Tidak mahu lah
produk mempunyai banyak tangan supaya harga produk itu setanding dengan harga
pasaran.KLA boleh dihubungi melalui facebook KasihLestariAbadi.
Moh kita sama-sama berniaga...SMILE
Tuesday 26 May 2015
Group Whatsapp Lestari Mall
Assalamualaikum….
Sempena bulan Ramadan yang akan menjelma,persiapan untuk
sambutan hari raya lagi,semua orang berlumba-lumba membuat persiapan awal untuk
mengelakkan kesesakkan pada saat akhir.Namun masih ada juga yang mencari-cari
masa untuk membuat persiapan.
Tetapi jangan risau,KLA membuka peluang kepada semua untuk
menyertai group whatsapp KLA iaitu ‘Lestari Mall’ untuk shopping pelbagai
barangan dengan mudah dan jimat.Sesiapa yang mahu join group whatsapp boleh whatsapp ke 017-4900253 dengan menulis Lestari Mall.KLA akan masukkan nombor anda ke dalam group whatsapp tersebut.
Selain itu,KLA tahu,mesti ramai yang ingin kan duit
sampingan untuk menampung kehidupan yang semakin tinggi kini.Untuk itu,anda
juga berpeluang menjadi agen dropship.Kalau nak tahu caranya mestilah join
group whatsapp Lestari Mall terlebih dahulu.Moh kita sama-sama menjana
pendapatan. Jangan bimbang,KLA tidak akan membawa anda ke MLM.KLA pun tak minat
MLM…
Magik Microsoft Word
Assalamualaikum…dan hai hai….
Moh KLA nk cerita aktiviti pagi KLA.KLA suka tengok
rancangan Malaysia Hari Ini jam tujuh pagi.Sementara KLA menunggu kerja KLA
bermula,KLA akan layan Malaysia Hari Ini terlebih dahulu.Sampai kan dah tahu
dan kenal semua pengacara nya.KLA lebih suka tengok rancangan ini pada
permulaan jam tujuh kerana pada peringkat permulaan,pengacara akan bersembang
secara santai.
Pagi semalam,macam biasa KLA akan tengok rancangan Malaysia
Hari Ini.Kebetulan pada hari itu pengacara yang bertugas ialah Ally Iskandar
dan Zaim Helmi Zaini.Entah macam mana,Ally menceritakan tentang magik Microsoft
word.Tak pasti lah kalian sudah tahu ke belum tentang ini.
1)
Buka Microsoft word dan taip :
Tak kisah guna form
apa pun.
2)
Tekan ENTER dan tengok hasilnya.
Cuba anda perhatikan ayat yang terhasil :
THE QUICK BROWN FOX JUMPS OVER THE LAZY DOG
Semua huruf A hingga Z ada dalam ayat tersebut…
Selamat Mencuba
Monday 25 May 2015
Lirik Lagu Satu Hari Nanti Najwa Latiff
Lagu : Satu hari nanti
Nyanyian : Najwa Latiff
Aku inginkan hidup senang
Aku inginkan hati tenang
Setiap doa ku untuk ku
Setiap doa ku untuk mu
Bawa ku bawa, semua ku sayang ku bawa
Bawa ku bawa, semua ku sayang ku bawa
Tadi pagi ku patah hati
Dia tak mungkin kan kembali
Kau tak perlu faham apa yang ku rasa
Tak perlu bersedih jangan membuang masa
Bawa ku bawa, semua ku sayang ku bawa
Bawa ku bawa, semua ku sayang ku bawa
Satu hari nanti aku kan bebas aya yaa yaa
Ku harap oh hari itu dengar aku nyanyikan ayaa yaaa yaa
Ada orang yang gilakan harta
Ada yang hidup mewah tanpanya
Jika tak guna apa yang disediakan
Seandainya gagal jangan beri alasan
Bawa ku bawa, semua ku sayang ku bawa
Bawa ku bawa, semua ku sayang ku bawa
Satu hari nanti aku kan bebas aya yaa yaa
Ku harap oh hari itu dengar aku nyanyikan ayaa yaaa yaa
Satu hari nanti aku kan bebas aya yaa yaa
Ku harap oh hari itu dengar aku nyanyikan ayaa yaaa yaa
Siapa yang halang dan siapa yang menunggu
Aku tak perlu kau ikut hantar aku ke hujung
Lambai selagi ku wujud
Senyum selagi ku berdiri
Senyum selagi ku berjanji
Satu hari nanti aku kan bebas aya yaa yaa
Ku harap oh hari itu dengar aku nyanyikan ayaa yaaa yaa
Satu hari nanti aku kan bebas aya yaa yaa
Ku harap oh hari itu dengar aku nyanyikan ayaa yaaa yaa
Mangga Harumanis
Assalamualaikum….
Sebut sahaja mangga harumanis,mesti semua orang akan
terbayang keenakkan buahnya.Itu belum lagi membayangkan harganya yang boleh
buat anda pengsan terkejut.Tahun ini merupakan tahun pertama KLA cuba makan
mangga harumanis.Itu pun kerana tertarik dengan hebohan keenakkan buahnya. Apabila
KLA mendapat tahu harumanis muncul di Medan MARA KL, KLA terus mengambil peluang
untuk membelinya.Tidak perlulah KLA ke Perlis.Apa yang KLA boleh
katakan,Alhamdulillah
teramat sedap dan enak.Sangat berbaloi dengan harga yang dibeli iaitu RM30
untuk sekilo.
Moh KLA kongsikan serba sedikit sejarah mangga harumanis
ini.
Mangga harumanis ini berasal dari Negeri Perlis dan hanya
terdapat di sana sahaja.Ramai yang telah mencuba untuk menanam pokok harumanis
di luar dari Negeri Perlis tetapi tidak berhasil seperti tidak berbuah, rasa
tidak manis,tidak tumbuh subur dan sebagainya.Ini disebabkan faktor cuaca di
Negeri Perlis yang sangat berbeza dengan negeri lain di Malaysia.
Kerajaan Negeri Perlis telah pun mendaftarkan mangga
harumanis ini sebagai harta intelek untuk Negeri Perlis.Ini bermakna hanya
Negeri Perlis sahaja yang boleh menamakan mangga mereka sebagai mangga
harumanis.
Musim harumanis pula adalah sekitar akhir bulan April hingga
awal Jun.Mangga harumanis ini berbau harum,isinya tebal kekuningan dan rasanya
juga enak yang boleh membuat semua orang ketagih.Sesuai dengan ayat sekali cuba
pasti mahu lagi.
Cara Menyediakan Air Detox
Assalamualaikum…Hai…
Sekarang,ramai
ingin kan kulit yang cantik dan badan yang kurus.Ini membuatkan banyak
pengeluar pelbagai produk berlumba-lumba mengeluarkan produk masing-masing
bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Tetapi,dalam
berdepan dengan pelbagai produk,terdapat cara mudah,jimat dan dijamin iaitu
dengan membuat air detox.Apa tu???...Relax-relax…moh KLA terangkan.
Air detox
ialah campuran air kosong dengan pelbagai buah-buahan ,daun herba dan dibiarkan
beberapa jam sebelum ia diminum.Semudah ABC untuk membuatkannya.Untuk
mengetahui apa bahan yang sesuai untuk keinginan anda,boleh baca ini.
·
Lemon – membantu proses pencernaan dan
menyegarkan nafas
·
Rasberi – anti radang
·
Anggur – melawan kanser
·
Oren – membantu peredaran darah
·
Strawberi – anti oksiden
·
Halia – imun booster
·
Timun – membantu penghidratan dan penyingkiran
toksin
·
Epal – mengekalkan kesihatan tulang dan tisu
·
Kulit kayu manis – menggalakkan metabolism
·
Limau – anti penuaan
·
Pudina – menyokong system penghadaman
·
Nenas – membantu melegakan sakit sendi
Cara menyediakan air detox
a) Anda
dikehendaki potong buah-buahan yang berkenaan mengikut citarasa sendiri.
b) Masukkan
potongan buah ke dalam jar dan masukkan 1 liter air
c) Tutup
jar dan simpan di dalam peti ais selama 8 jam.
d) Boleh
diminum
Senang kan untuk buat air detox ini.Apa lagi,jom buat air
detox sendiri.Jimat sangat.Terbaik
Tempahan Header Blog Murah
Assalamualaikum dan Hai….
Sejak ingin kembali berblogging ini,KLA ada buat beberapa
blog lain juga untuk lebih focus pada niche.KLA cuba elak daripada campur aduk
kan blog KLA.Oleh itu,bila ada blog baru,mesti nak make up kan blog
tersebut.Biasanya KLA akan upah orang lain untuk buat header blog.
Setiap kali mahu buat header,KLA akan tempah dengan orang
yang berlainan untuk mencari sentuhan yang berlainan.Untuk header kali ini,KLA
cari di google dan terjumpa dengan pemilik Mynameisyesty.
KLA berhubung dengan beliau hanya melalui
email.Alhamdulillah sangat senang bekerjasama dengan beliau.Beliau pantas
membalas email dan boleh siapkan tempahan dengan cepat dan memuaskan hati.Bukan
itu sahaja,beliau akan buat dan bantu anda sehingga anda berasa puas hati
dengan hasil header blog.
Harga?Tentulah murah…Murah sangat-sangat lah.Hanya RM5 untuk
satu header.Berbaloi sangat harga ini berbanding dengan harga yang diberikan.Bayaran
boleh dibuat secara topup atau pun bank in ke akaun maybank.
# 10 Resepi Cinta Yang Patut Anda Tahu
# 10 Resepi Cinta Yang Patut Anda Tahu
Kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan header blog yang
murah boleh lah hubungi beliau di email yesty_kaenex@yahoo.com
atau 0146954931.Beliau juga mempunyai blog
tetapi blog beliau jarang update.Blog nya Mynameisyesty .
Saturday 23 May 2015
Tepung Segera Lestari
Assalamualaikum...dan Hai....
KLA nak cerita tentang perniagaan yang KLA jalankan iaitu menjual tepung segera.Antara tepung segera yang KLA jual ialah tepung kek red velvet,chocolate moist,kek pelangi,biskut raya,dan banyak lagi lah...boleh buat anda terliur tau.
Kalau nak tengok lagi detail tepung apa yang KLA jual boleh tengok di blog Tepung Segera Lestari .
KLA nak cerita tentang perniagaan yang KLA jalankan iaitu menjual tepung segera.Antara tepung segera yang KLA jual ialah tepung kek red velvet,chocolate moist,kek pelangi,biskut raya,dan banyak lagi lah...boleh buat anda terliur tau.
Kalau nak tengok lagi detail tepung apa yang KLA jual boleh tengok di blog Tepung Segera Lestari .
Jangan lupa juga LIKE fan page Tepung Kek Segera
Tepung segera ini sesuai untuk semua orang yang ingin :
* Nak jimat duit dengan buat kek sendiri
* Belajar buat kek dan mampu jadi pandai setaraf chef
* Buat duit dengan jual kuih raya ( kos beli bahan mahal,lagi jimat dengan beli tepung
segera)
* Buat stok dirumah
* Meraikan majlis hari lahir,hari raya dan sebarang majlis (bangga dengan
menghasilkan kek sendiri)
Tepung segera ini SEDAP,MUDAH dan HALAL
Berminat sila sms/whatsap 017-4900253
Final Piala FA 2015
Assalamualaikum dan hye....
KLA tahu,hari ini semua sudah dilanda demam bola kan.Ada yang sudah berpusu-pusu ke Stadium Bukit Jalil untuk menonton secara dekat perlawanan antara KELANTAN FA dan LIONS XII.
KLA tahu,hari ini semua sudah dilanda demam bola kan.Ada yang sudah berpusu-pusu ke Stadium Bukit Jalil untuk menonton secara dekat perlawanan antara KELANTAN FA dan LIONS XII.
Perlawanan : Kelantan FA vs Lions XII
Tempat : Stadium Bukit Jalil
Tarikh : 23 Mei 2015
Masa : 8.45 malam
Agak-agak siapa yang akan menang ye?Jom tinggalkan komen di ruangan komen di bawah jangkaan gol untuk perlawanan malam ini.
KLA jangka : 3-1 .....Sudah tentu Kelantan yang akan menang...
Siapa yang tidak memiliki tiket tu,boleh lah lihat di televisyen...tidak pun,tengok secara ramai-ramai di kedai mamak.Lagi meriah.
Ranking Alexa Yang Menyedihkan
Assalamualaikum
Memandangkan sudah lama KLA tak berblogging,ranking alexa KLA sudah jatuh bergolek-golek.Sedih....sedih...tapi salah sendiri juga sebab abaikan blog dan biarkan blog bersawang.
Tengok ranking KLA yang terkini.Uish teramat banyak nombor nya.Memalukan sahaja.
Sebelum ini,KLA pernah juga menulis post mengenai ranking alexa iaitu :
Cara daftar alexa rank dalam blog
Cara tingkatkan ranking alexa
Cara pasang widget alexa pada blog
Memandangkan sudah lama KLA tak berblogging,ranking alexa KLA sudah jatuh bergolek-golek.Sedih....sedih...tapi salah sendiri juga sebab abaikan blog dan biarkan blog bersawang.
Tengok ranking KLA yang terkini.Uish teramat banyak nombor nya.Memalukan sahaja.
Tapi,KLA cuba berfikir secara positif,nombor itu memberi semangat untuk KLA untuk fokus dan terus fokus supaya nombor itu akan semakin mengecil.
Sebelum ini,KLA pernah juga menulis post mengenai ranking alexa iaitu :
Cara daftar alexa rank dalam blog
Cara tingkatkan ranking alexa
Cara pasang widget alexa pada blog
Chayok...chayok....
Wednesday 20 May 2015
Kata Mutiara
Assalamualaikum....
Hari ini KLA akan post mutiara kata ini buat semangat untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan blogger...
Hari ini KLA akan post mutiara kata ini buat semangat untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan blogger...
Kadang-kadang terasa diri begitu kuat hinggakan mampu untuk menasihati orang lain,tapi bila ombak besar datang,baru tahu yang diri ini belum cukup kuat untuk melawan semua dugaan...
SMILE
Tuesday 19 May 2015
Sinopsis Dia...Isteri Luar Biasa
Assalamualaikum dan hi....
Mulai 18 Mei,slot Akasia ada cerita baru iaitu Dia...Isteri Luar Biasa...
Jom kita terjah sinopsis nya...
Dia Isteri
Luar Biasa mengisahkan Dewi Yusra yang berpegang teguh dengan prinsipnya. Tidak
memerlukan lelaki dalam kehidupannya. Namun, Dewi Yusra menginginkan zuriatnya
sendiri. Ayah kepada bakal anaknya nanti tidak mahu orang sembarangan. Mesti
mempunyai gen yang hebat!
SINGLE is
simple, double is trouble.
Itu moto
hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak
serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan! Perempuan tak kahwin
pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari
rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi
ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…
Dewi serius!
Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya.
Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.
“Aku akan
kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu aku chaw.
No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah
dahulu” - DEWI YUSRA
Maka
bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara’ dari lelaki
baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang.
“Saya
Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow
hari tu...” - RADEN AMZAR
Bagai nak
tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak
percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi
peluang ke ni? Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin
Amzar, lelaki terpilih sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat?
Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya? Temui jawapannya
dalam Dia Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari
peristiwa kelam hidupnya.
Mengikut pada sinopsis nya,cerita sangat menarik dan buat kita tertunggu-tunggu untuk tahu yang selanjutnya....Apatah lagi heronya...hahhaa...Shukri Yahaya yang sememangnya memegang gelaran Jericho Malaysia ini...
Harap cerita ini tidak akan menghampakan peminat drama slot akasia...
Come Back Again
Assalamualaikum....
Setelah hampir dua bulan KLA menyepi dari blog,kini KLA kembali...
Harap KLA masih di ingati...TQ
Monday 23 March 2015
Persamaan Asam Pedas Untuk Dia,Teman Lelaki Upahan,Suami Sebelah Rumah
Assalamualaikum....
Sekarang ni,KLA tengah melayan drama Asam Pedas Untuk Dia,Teman Lelaki Upahan,Suami Sebelah Rumah. Teruk juga KLA melayan drama-drama ini.KLA tengok drama Teman Lelaki Upahan sekadar untuk menghilangkan tekanan kerja.Sementara menunggu drama bermula,layan drama Suami Sebelah Rumah dahulu.Hujung minggu pula bosan tak tahu nak tengok apa,KLA layan pula Asam Pedas Untuk Dia...
Asam Pedas Untuk Dia - Kisah anak majikan yang suka makan asam pedas (Kesukaan KLA tu).Lepas itu,dapat pula orang gaji yang pandai masak asam pedas.Akhirnya anak majikan ini terpikat dengan orang gaji tadi dan berkahwin secara rahsia.
Teman Lelaki Upahan - Kisah seorang perempuan yang membesar dengan keadaan berdendam dengan bapa sendiri dan berusaha untuk mendapatkan syarikat bapanya.Syarat perlu berkahwin untuk mendapatkan syarikat membuatkan perempuan ini nekad mengupah seorang lelaki untuk menjadikan teman lelakinya dan perlu juga menikahinya.
Suami Sebelah Rumah - Kisah seorang perempuan yang kecewa pada hari perkahwinan apabila si lelaki tidak hadir pada hari tersebut.Secara nekad,perempuan meminta kawannya menjadi pengantin lelaki dan beliau merahsiakan perkahwinan ini daripada kawan-kawannya.Si suami pula menyewa di sebelah rumah menjaga isterinya dari jauh.
Apa yang KLA perasan tentang persamaan tentang tiga drama ini ialah kahwin rahsia.Dalam drama Asam Pedas Untuk Dia,anak majikan kahwin secara rahsia dengan orang gaji nya tanpa pengetahuan keluarga.Manakala drama Teman Lelaki Upahan,si lelaki merancang perkahwinan tanpa pengetahuan ibubapa nya.Dan drama Suami Sebelah Rumah,si perempuan merahsiakan diri nya sudah berkahwin daripada pengetahuan kawan-kawannya.
Semuanya kisah kahwin rahsia....SMILE....
Sekarang ni,KLA tengah melayan drama Asam Pedas Untuk Dia,Teman Lelaki Upahan,Suami Sebelah Rumah. Teruk juga KLA melayan drama-drama ini.KLA tengok drama Teman Lelaki Upahan sekadar untuk menghilangkan tekanan kerja.Sementara menunggu drama bermula,layan drama Suami Sebelah Rumah dahulu.Hujung minggu pula bosan tak tahu nak tengok apa,KLA layan pula Asam Pedas Untuk Dia...
Asam Pedas Untuk Dia - Kisah anak majikan yang suka makan asam pedas (Kesukaan KLA tu).Lepas itu,dapat pula orang gaji yang pandai masak asam pedas.Akhirnya anak majikan ini terpikat dengan orang gaji tadi dan berkahwin secara rahsia.
Teman Lelaki Upahan - Kisah seorang perempuan yang membesar dengan keadaan berdendam dengan bapa sendiri dan berusaha untuk mendapatkan syarikat bapanya.Syarat perlu berkahwin untuk mendapatkan syarikat membuatkan perempuan ini nekad mengupah seorang lelaki untuk menjadikan teman lelakinya dan perlu juga menikahinya.
Suami Sebelah Rumah - Kisah seorang perempuan yang kecewa pada hari perkahwinan apabila si lelaki tidak hadir pada hari tersebut.Secara nekad,perempuan meminta kawannya menjadi pengantin lelaki dan beliau merahsiakan perkahwinan ini daripada kawan-kawannya.Si suami pula menyewa di sebelah rumah menjaga isterinya dari jauh.
Apa yang KLA perasan tentang persamaan tentang tiga drama ini ialah kahwin rahsia.Dalam drama Asam Pedas Untuk Dia,anak majikan kahwin secara rahsia dengan orang gaji nya tanpa pengetahuan keluarga.Manakala drama Teman Lelaki Upahan,si lelaki merancang perkahwinan tanpa pengetahuan ibubapa nya.Dan drama Suami Sebelah Rumah,si perempuan merahsiakan diri nya sudah berkahwin daripada pengetahuan kawan-kawannya.
Semuanya kisah kahwin rahsia....SMILE....
Subscribe to:
Posts (Atom)