Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Friday 15 February 2013

Cuti-cuti Terengganu 3

Sememangnya semua orang tahu mengenai keropok lekor Losong kan?....

Pertama sekali aku nak bagitahu 'keropok lekor' dengan 'keropok losong' adalah benda yang sama.
Aku cakap macam nih coz aku ada tengok signboard kedai kat Kelate (kebetulan ada lalu Kelate)

"Disini ada menjual keropok lekor & keropok losong"

Ayat tu menunjukkan ada dua jenis keropok iaitu satu keropok lekor,satu kerepok losong.Setahu aku,dua-dua perkataan itu adalah benda yang sama.Istilah yang betul ialah keropok lekor.

Habis tu keropok losong tu pulak?....Sebenarnya keropok lekor ni banyak wujud di Kampung Losong...So,keropok lekor + Kampung Losong = keropok losong....harap kalian tak keliru...

Tapi sekarang di Terengganu,keropok lekor yang glemer dan hot ialah Keropok Lekor Bukit Tok Beng iaitu terletak di Kampung Bukit Tok Beng,Seberang Takir.

Kedai nya biasa aje...tapi kesedapan keropoknya menyebabkan owner kedai terpaksa menggunakan sistem nombor..Macam kat bank lak...


Ambil no belum tentu boleh dapat....huhuhuuu...so,kalau nak jugak,terpaksa ler pergi ambil no giliran di awal pagi ye untuk elak daripada tertunggu-tunggu no giliran...Kalau lambat datang,boleh menyebabkan anda menunggu 3-4 jam....ada juga yang akan pulang dengan hampa....


Sementara menunggu no giliran dipanggil,cuba ler keenakkan jelly kelapa...hanya RM1.20
 

Selain keropok lekor,keropok segera,sos pencicah dan pelbagai kerepek juga ada dijual di sini


Suasana orang ramai menunggu no giliran.


Oleh kerana terpaksa menunggu no giliran yang lama,aku sarankan sesiapa yang ingin membeli keropok Bukit Tok Beng ini,sebaiknya membuat tempahan awal iaitu sehari sebelum dengan menghubungi no telefon di atas...


No comments:

Post a Comment