Thursday, 31 January 2013

Kota Kinabalu-Sabah Day 3

Hari ke-tiga,tempat pertama yang dituju ialah Kinabalu Park.Ala...tempat para pendaki nak daki Gunung Kinabalu...Tapi aku takde lak mendakinya...;(
Setahu aku,kalau siapa-siapa nak mendaki kena buat tempahan dulu.Sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh mendaki untuk mendapat permit mendaki.

  

Selamat Datang Taman Kinabalu.Ahak...ada pic jauh aje...pic dekat takde coz lalu dengan van...mendaki bukit lak tu...ekkeke..


Yuran masuk ke Taman Kinabalu park.Ini untuk yang nak masuk ke dalam sehingga tempat permulaan mendaki.Masuk ke dalam sejauh 5 KM.Turun naik bukit jugak ler...Jangan risau,boleh masuk guna kenderaan.


Ini tempat permulaan untuk para pendaki mula mendaki.Selamat Mendaki....;)
Yang aku kagum kat orang yang kerja bawa barang naik ke atas.Sekali bawa barang dalam 20-30KG...ada seorang yang aku tanya tu,dia bawa telur 30KG untuk naik ke atas...fuh...aku nak bawa diri sendiri pun dah lemah,inikan pula nak bawa barang....hahhahaa....


Laluan para pendaki.8.5KM aje mendakinya...biasanya,para pendaki akan naik pada waktu pagi dan sampai petang pada tempat persinggahan yang disediakan.Lepas tu,dalam jam 2 pagi,mereka akan kembali mendaki untuk sampai ke puncak pada waktu pagi iaitu waktu matahari terbit...

Dari Kinabalu Park,aku balik ke Kota Kinabalu.Tiba di Tamparuli,aku singgah di Jambatan Tamparuli.Untuk ke Jambatan ini,korang perlu ke arah pekan Tamparuli.Di luar jalan utama tak ada pula aku perasan signboard ke jambatan.Bila dah hampir sampai baru ada signboard.Buat yang guna GPS,boleh ler mencari Balai Polis Tamparuli atau Esso Tamparuli sebagai arah.


Pandangan dari atas jambatan tamparuli.Kat bawah tu laluan kenderaan sehala...Takde yang jaga pun laluan tu,pandai-pandai ler siapa jalan dulu.Dah ler takde pembahagi tepi jalan...ngeri...macamne ler drive malam kat sini ye!

Kemudian aku ke Rumah Terbalik,Tamparuli.



Alamak!!!Ultraman tendang rumah siapa nih!!!
Ini ler rumah terbalik yang semakin popular pada masa kini.Dibuka sejak 1 Feb 2012 menjadi tarikan sesiapa yang melancong ke Sabah.Tiket masuk ialah RM10 seorang.Semua barang di dalam rumah tersebut berada dalam keadaan terbalik seperti mesin jahit,mesih basuh,peti ais,meja dan macam-macam ler....Tapi ada 4 benda aje yang tidak terbalik di dalam rumah ini iaitu....rahsia!!!nak tahu,sila ler berkunjung ke Rumah Terbalik...;)

Sebelah petang bila dah tiba di Kota Kinabalu,aku melepak lak kat Pasar Filipina.Kat pasar nih ada jual pelbagai barangan yang boleh dijadikan buah tangan bila pulang nanti seperti mutiara,t-shirt sabah,keychain,magnet,ikan bilis,udang kering,rumpai laut dan macam-macam ler....

Selepas dah penat shopping di Pasar Filipina,aku makan di gerai belakang pasar.Banyak gerai yang tersusun menjual makanan laut yang di bakar.Wow!...puas hati dapat makan makanan laut yang segar-segar...




Jamu mata ye dengan makanan laut ini...ekekke...best!but kalau makan kat sini,aku nasihatkan tanya terlebih dahulu harganya sebelum ambil coz takde ler korang termuntah balik selepas makan nanti(faham-faham ler....silap pilih mahal)....

Okeh!habis jalan-jalan hari ke-tiga aku...
Hari ke-empat aku buat apa?tunggu next entry....laa..la..laaa..la...



No comments:

Post a Comment