Saturday, 22 June 2013

Warna,rumah dan anda

Warna mampu mengubah citarasa,mempengaruhi pandangan,menutup ketidaksempurnaan dan mewujudkan suasana serta memberi karakter kepada ruang....


Jom kita selami fungsi ssetiap warna....

Merah...
Warna merah paling sesuai di ruang makan kerana warna merah mampu membangkitkan selera.Selain itu,ianya juga menarik untuk bilik tidur jika ianya digabungkan dengan warna jingga dan kuning.Lebih menarik jika bilik tidur bergandingan dengan pencahayaan lampu kuning yang diyakini menambah suasana romantik.
Tetapi bagi yang sedang berdiet,anda disarankan warnakan tempat maakan anda dengan warna hijau kerana ia memberi ketenangan yang membantu selera makan....

Jingga.....
Jingga ditampilkan sebagai warna dinamik,menyerlah serta memberi tenaga.Jingga yang gelap menghampiri warna perang koko dan jingga yang lebih terang inspirasi daripada karang laut.Ia adalah warna harapan dan paling sesuai dicat untuk penghuni kediaman yang baru pulih daripada sakit.Selain bilik tidur,warna jingga juga sesuai untuk ruang tamu dan ruang makan.

Kuning....
Kuning biasanya dikaitkan dengan kuasa tenaga.Justera,ianya sesuai di ruang tamu dan ruang keluarga kerana banyak aktiviti yang dilakukan di kawasan berkenaan.Namun,sebaiknya kuning dijadikan warna titik tumpu ruang bukannya dicatkan pada seluruh dinding kawasan berkenaan kerana impaknya akan berbeza dan boleh melemaskan.

Ungu...
Ungu sesuai untuk bilik tidur kerana ia sering dikaitkan dengan sikap romantik,misteri dan menakjubkan.

Hijau...
Hijau sesuai untuk bilik tidur tetapi jangan cat keseluruhan ruang dengan warna berkenaan kerana kesannya yang mungkin menggangu waktu tidur...

Biru...
Biru yang lembut seperti biru turqoise dan biru laut sudah tentu memberi makna ketenangan,keharmonian dan kebahagiaan.Selain cantik untuk bilik tidur,ianya juga sesuai untuk ruang tamu dan jangan terlalu terikat dengan kepercayaan bahawa warna ini sesuai untuk lelaki sahaja.Perempuan pun boleh....

Penuhilah hidup anda dengan warna warni....;)

2 comments: