Monday, 4 November 2013

Rahsia Pemakanan Anak Pintar

Assalamualaikum...hye

Setiap ibu bapa sememangnya menginginkan anak pintar.Untuk memiliki anak pintar,ianya bukan lah  bermula dengan pembelajaran di sekolah,tetapi bermula dengan pemakanan.Kajian telah menunjukkan 90% kepintaran anak bermula sejak dalam kandungan lagi.

Rahsia pemakanan anak pintar,Khasiat,Merangsang Otak Bayi

Ketahui,makanan merupakan sumber yang penting dalam merangsang otak bayi.Makanan - makanan yang digalakkan makan ketika hamil supaya dapat merangsang otak bayi dalam kandungan ialah:

1) Madu - Di dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan madu merupakan makanan yang berkhasiat di mana ianya mengandungi pelbagai jenis vitamin,mineral,protein,antiseptik dan enzim yang berdaya untuk meningkatkan kecergasan mental dan ingatan individu.

2) Kismis - Kismis mengandungi zat besi yang berfungsi untuk membina darah supaya bekalan oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak.Ini mampu membina otak anak anda yang genius.

3) Susu Segar - Susu berfungsi merangsang otak,menajamkan fikiran,membekalkan tenaga daripada sudut fizikal dan mental.Ia juga berfungsi untuk pertumbuhan otak dan badan.

4) Telur - Telur mampu menambah kecerdasan otak di mana ianya mengandungi kekuatan protein protein,mineral,vitamin,kalsium,magnesium,fosforus,kalium,sulfur,natrium,klorin,zat besi,air dan bahan-bahan aktif.

5) Kurma - Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A,B,B1,vitamin C dan E.Ianya dapat membantu memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu tumbesaran kanak-kanak.

6) Buah Delima - Buah ini boleh menjadi penerang hati.

7) Kekacang - Kacang seperti gajus,soya,pistachio dipercayai berkesan dalam meningkatkan kecerdasan otak.Ia mengandungi nilai protein yang tinggi.Di samping turut memberi kekuatan pada perkembangan genius kanak- kanak.

8) Labu - Labu berfungsi menambah keupayaan fikiran dan akal.

9) Minyak Sapi - Minyak sapi membekalkan otak yang genius.Biasakan dengan masak menggunakan minyak sapi.

10) Sayur-sayuran - Sayur-sayuran dan buah-buahan begitu kaya dengan vitamin yang membantu meningkatkan daya ingatan.

Ketahui juga info tentang ROKOK


4 comments:

  1. smuanya boleh mkn...tp susu segar ntah smpi skrg mmg xleh nk minum..ahahha

    ReplyDelete
  2. wah terima kasih di atas perkongsian ni, sangat2 bermanfaat ni...

    ReplyDelete