Sunday, 24 August 2014

Cara Buat Duit Dengan Nuffnang

Assalamualaikum....

Sebelum ini KLA sudah tulis beberapa entri tentang cara buat duit di blog.So,kali ini,KLA nak cerita tentang cara buat duit dengan Nuffnang pula.KLA pasti,ramai para blogger yang familiar dengan Nuffnang ini,malah sudah berjaya buat duit pun dengan Nuffnang.Tapi jangan tak tahu,ada juga yang belum tahu tentang Nuffnang ni.KLA nak kongsi tentang Nuffnang yang telah banyak menolong para blogger menambahkan pendapatan.


Nuffnang ialah sebuah syarikat pengiklanan di internet yang menyewa tapak iklan di blog anda.Tugas anda pula ialah mempromosikan blog dengan menarik trafik untuk klik pada iklan tersebut.Bayaran di beri kepada anda apabila iklan tersebut di klik.

Jenis pengiklanan yang di tawarkan oleh Nuffnang iaitu CPC,CPUV dan Sponsored Post.

CPC – Cost per click akan dikira berdasarkan jumlah bilangan klik yang di klik pada iklan.Di sini, ianya sangat bergantung pada pengunjung blog anda untuk klik pada iklan tersebut.Seramai mana pengunjung yang datang ke blog anda,namun tiada klik yang di buat,hasilnya juga akan tiada.Harga untuk satu klik ialah RM0.25

CPUV –  Cost Per Unique Visit atau dipanggil Buffered earning ini pula di kira  mengikut jumlah berapa ramai pelawak unik yang datang berkunjung ke blog anda.Pelawak unik bermaksud IP address yang berlainan iaitu menggunakan laptop dan tempat yang berlainan.Contoh seperti Izza berinternet dari Perak,Anis pula dari Melaka.

Status on going bermaksud kempen iklan itu tengah berlangsung dan akan tamat bila ianya menunjukkan status credited.Semakin ramai pelawat unik datang ke blog anda,maka semakin tinggi lah bayaran yang anda akan terima.

Bawah ialah CPUV on going yang KLA tengah  dapat sekarang.

Buat Duit,Nuffnang,Blogger,2014


Sponsored Post – Anda sangat bertuah jika menerima tawaran sponsored post dari Nuffnang kerana bayaran nya yang lumayan.Anda dikehendaki membuat satu post mengenai iklan yang diterima melalui sponsored post.

Kalau nak dicerita mengenai buat duit dengan Nuffnang banyak sebenarnya.Nanti KLA akan post lagi entri mengenai buat duit dengan Nuffnang ini.Hakikatnya,sudah ramai para blogger yang sudah berjaya buat duit dengan Nuffnang,anda bila lagi?



10 comments:

  1. suka bila adanya kempen blogbuster. earningnya menjangkau melebihi kempen nuff lain

    ReplyDelete
  2. Wowww.. mcm tu rupa nyerr.. perkongsian yang menarik.. thanks KLA.. :D

    ReplyDelete
  3. N pun menabung di nuffnang :D

    ReplyDelete
  4. Rasanya ramai yg ada nuffnang kan...

    ReplyDelete

  5. Rupanya banyak pulak jenis dari segi tajaan nuffnang.. Ingat satu jer... Hihi

    Good info sis ^_^

    ReplyDelete
  6. CPUV dah lama tak singgah kat nuff....sedih tau...

    ReplyDelete
  7. kena belajar nih...rugi x belajar cara nak dpt duit dr nuffnang nih..
    especially mcm mna nak CPUV singgah x pernah merasa lagi nih

    ReplyDelete
  8. Macam mana nak dapatkan CPUV tu. Tak pernah dapat.

    ReplyDelete