Tuesday, 2 September 2014

Waktu Sesuai Publish Entri Blog

Assalamualaikum....Hi blogger...

Dalam membuat publish entri,kita tidak boleh membuat publish sesuka hati.Kita perlu tahu waktu sesuai publish entri blog.Boleh tu memang lah boleh buat sesuka hati cuma bila kita post bukan di waktu yang sesuai membuatkan pembaca entri kita berkurang.Apabila berkurang,trafik juga akan berkurang.Trafik kurang akan memberi kesan pada iklan nuffnang.Kalau dah libatkan nuffnang,faham sahaja lah,duit pun perlahan masuk.Panjang betul kaitan dan kesannya.Fikir-fikir kan lah.


Untuk anda menulis post itu tidak kisah pada bila-bila masa.Cuma yang penting ialah waktu publish entri.Antara waktu yang sesuai publish entri ialah:

10.00 pagi – 3 .00 petang
Eh,ini bukan waktu pejabat ke?

Sekarang ramai sahaja orang yang online waktu bekerja.Kalau internet di pejabat block untuk melayari facebook,blog,mereka akan online menggunakan handphone.Zaman teknologi,internet hanya di hujung jari.Kebiasaannya,para pekerja yang melayari internet ketika ini untuk mencari info kerja atau idea dalam membuat laporan.Dan mana tahu kalau entri blog kita dapat membantu mereka menyiapkan kerja pejabat.

9.oo malam – 12.00 malam
Waktu ini ialah waktu santai buat orang ramai dan waktu inilah yang di ambil peluang oleh mereka untuk berehat sambil melayari internet.Mencari dan membaca info-info yang ada atau mencari jawapan untuk persoalan yang ada.Oleh itu,publish post sebanyak yang boleh pada waktu ini.Jangan terlebih maklumat sudahlah.

Untuk Post Urgent
Jika ada post yang urgent,tidak perlu lah menunggu waktu-waktu di atas untuk publish.Sudah namanya urgent,boleh lah terus publish.Tiada bahayanya pun,cuma mungkin kebanjiran trafik itu kurang sahaja.
Jika anda tidak berada di hadapan laptop atau komputer pada waktu sesuai publish post entri di atas,anda jangan risau kerana anda boleh membuat publish automatik mengikut masa yang dikehendaki.Kalau yang belum tahu cara nak buat entri autopublish boleh belajar dengan blog coretan hati Kathy.


Untuk post yang akan datang,sila lah untuk membuat publish entri mengikut waktu yang dicadangkan.Semoga anda berjaya menarik trafik yang tinggi datang ke blog anda disamping menambah pendapatan Nuffnang anda itu. Good Luck.


SILA BACA ENTRI :


7 comments:

  1. hehe, nice tips..timm slalu post entry ikut hati n kerajinan jer..haha! tpi slalunya lepas post entry timm akan blogwalking semua kwn2 n drop komen..nnti msti diorg akan brknjung balik..

    ReplyDelete
  2. Acik selalu post ikut Dan je..online masa free je.

    http://acikwatie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. anda di tag utk versatile blogger award :)

    ReplyDelete
  4. Sibuk la Nur As ni.. saya pun tag anda gak..haha

    ENCIK KASUT

    ReplyDelete
  5. Tips yg berguna... kadang2 KM pun main publish je hahaha.. itu pun siap buat autopublish lagi... hihi..

    ReplyDelete
  6. terima kasih entry ini berguna. walaupun entry lama tetapi bermanfaat untuk saya.
    done follow ke 786

    http://ummierna.blogspot.com/

    ReplyDelete