Thursday, 16 October 2014

Team Tabung Hijau

Assalamualaikum….

Seminggu dua ini,mood untuk menulis entri hilang.Baru tulis separuh,terus padam apabila rasa isinya yang tak menarik.Bila lah mood menulis betul-betul nak datang.Please,datang okeh!

Sebenarnya,KLA merancang nak cari ‘Team Tabung Hijau’. Team tabung hijau merujuk pada sekumpulan orang mengumpul duit RM5 sebagai koleksi atau simpanan.Team ini KLA buka kepada sesiapa yang berminat.Untuk penyertaan boleh PM KLA di Facebook.


Cara menabung ialah dengan mengumpul duit RM5 (kepingan warna hijau) sebanyak yang boleh.Duit tersebut mestilah diperolehi daripada urusan harian anda dan bukannya duit yang sengaja di tukar dengan akak cun kat bank,atau di tukar dengan Kedai Runcit Makcik Timah.Kumpul sebanyak yang mungkin kepangan hijau dan setiap 30hb hendaklah melaporkan jumlah kepingan yang dimiliki kepada KLA.KLA akan membuat laporan graf kepingan yang diperolehi untuk dibandingkan dengan ahli team yang lain.Jangan tipu pula dalam membuat laporan jumlah kepingan okey.Tapi ingat,tiada hadiah pun dalam permainan ini.

Kebaikkan atau kelebihan dengan tabungan ini ialah:
 1) Anda dapat membuat simpanan tanpa disedari.Kalau anda seorang yang susah menabung,       memang sesuai lah aktiviti tabungan ini.
      2) Tabungan ini melatih anda untuk berdisplin supaya jangan menggunakan kepingan hijau dalam urusan harian.Jika anda memperolehi duit kepingan hijau,terus disimpan ok.
      3)  Melatih diri anda untuk jujur dan amanah dengan diri sendiri.Jangan sesekali memberi  laporan yang salah kerana ingin dilihat seorang yang berjaya mengumpul jumlah kepingan hijau yang banyak.Jujur dan amanah dengan kawan-kawan team dan yang penting untuk jujur dan amanah dengan-Nya.
     4)  Melatih  semangat daya saing dengan kawan-kawan dalam diri anda.Aura positif.

Nak guna duit koleksi ini?Jangan risau,anda berhak untuk menggunakan duit ini dikala memerlukan dengan syarat hebahkan pada kawan-kawan team jumlah duit yang di ambil dan tujuan di ambil.Contohnya seperti ambil RM50 untuk beli barang dapur.Tapi ingat lah,apabila anda sudah mengambilnya,kepingan anda makin berkurang.Graf akan menurun.

Dalam permainan koleksi ini,kejujuran tersangat lah penting kerana duit yang disimpan tersebut disimpan sendiri.Jangan membuat laporan yang tidak sama dengan jumlah kepingan yang dimiliki.Ingat,kita ada Allah.

Siapa yang berminat dan ingin tahu dengan lebih lanjut boleh PM di Facebook KLA.Jangan risau,ini bukan MLM ke apa,ini hanya sekadar suka-suka disamping membuat tabungan sendiri tanpa sedar.Ye lah,nak harapkan usaha menyimpan,tak juga simpan-simpan,baik kumpul koleksi macam ni.Mana tahu,sedar-sedar anda dah berjaya kumpul 100 keping.Cuba kira,RM5 x 100keping = RM500.


Jom kita amalkan sikap menabung!


3 comments: