Assalamualaikum….
Sebut sahaja mangga harumanis,mesti semua orang akan
terbayang keenakkan buahnya.Itu belum lagi membayangkan harganya yang boleh
buat anda pengsan terkejut.Tahun ini merupakan tahun pertama KLA cuba makan
mangga harumanis.Itu pun kerana tertarik dengan hebohan keenakkan buahnya. Apabila
KLA mendapat tahu harumanis muncul di Medan MARA KL, KLA terus mengambil peluang
untuk membelinya.Tidak perlulah KLA ke Perlis.Apa yang KLA boleh
katakan,Alhamdulillah
teramat sedap dan enak.Sangat berbaloi dengan harga yang dibeli iaitu RM30
untuk sekilo.
Moh KLA kongsikan serba sedikit sejarah mangga harumanis
ini.
Mangga harumanis ini berasal dari Negeri Perlis dan hanya
terdapat di sana sahaja.Ramai yang telah mencuba untuk menanam pokok harumanis
di luar dari Negeri Perlis tetapi tidak berhasil seperti tidak berbuah, rasa
tidak manis,tidak tumbuh subur dan sebagainya.Ini disebabkan faktor cuaca di
Negeri Perlis yang sangat berbeza dengan negeri lain di Malaysia.
Kerajaan Negeri Perlis telah pun mendaftarkan mangga
harumanis ini sebagai harta intelek untuk Negeri Perlis.Ini bermakna hanya
Negeri Perlis sahaja yang boleh menamakan mangga mereka sebagai mangga
harumanis.
Musim harumanis pula adalah sekitar akhir bulan April hingga
awal Jun.Mangga harumanis ini berbau harum,isinya tebal kekuningan dan rasanya
juga enak yang boleh membuat semua orang ketagih.Sesuai dengan ayat sekali cuba
pasti mahu lagi.
Assalamualaikum wbt :)
ReplyDeleteSha kalau mangga harum manis ni, suka buat ice blended.. Ya Allah.. sedap sangat...