Assalamualaikum…dan Hai….
Kewujudan butik pada masa kini sememangnya tidak boleh
disangkal kan lagi.Ianya tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.Berbeza
pada masa dahulu dimana andaian butik akan menjual barangan yang mahal dan hanya
untuk golongan atasan.Tetapi kini tidak lagi,semua orang mampu berbelanja di
butik.
Pada masa kini,banyak vendor butik yang wujud dan menjadi
kegilaan ramai.Apa itu vendor butik?Vendor butik ialah satu perniagaan butik yang menjual pelbagai barangan daripada
peniaga-peniaga online di dalam satu butik.Peniaga ini hanya membayar sewa yang
telah ditetapkan dan semua urusan penjualan diuruskan oleh pemilik butik.Tetapi
pemasaran akan dilakukan secara bersama.
Tujuan utama vendor butik ialah membantu para peniaga online
meluaskan lagi jualan mereka.Pembeli diberi peluang untuk menyentuh dan memilih
sendiri produk yang ingin dibeli di mana perkara ini tidak dapat dilakukan
secara online.Terdapat juga vendor butik yang menyediakan perkhidmatan café.Ini untuk memberi
peluang kepada para pembeli membeli
secara santai dan melepaskan penat membeli belah dengan berehat di café.
Terdapat pelbagai manfaat daripada kewujudan butik
vendor.Manfaat yang boleh dirasai oleh pemilik butik,vendor dan juga pembeli.
-- Pemilik butik tidak memerlukan kos yang terlalu besar
untuk membuka butik dan juga tidak perlu memiliki banyak produk.Kos seperti bil
elektrik,air,sewa,gaji pekerja dan pemasaran akan ditanggung bersama dengan
peniaga iaitu hasil bayaran sewaan tapak.Kepelbagaian produk pula akan disediakan
oleh pelbagai vendor yang terpilih.
-- Butik vendor akan menjual pelbagai produk seperti
baju,seluar,skirt,tudung,makanan,aksesori dalam satu tempat.Ini secara tidak
langsung ianya menjimatkan masa para pelanggan.Hanya perlu berada satu tempat
sahaja,pembeli terus dapat membeli dengan lengkap iaitu dari atas kepala hingga
ke bawah. Pembeli juga boleh terus membuat padanan seperti menyesuaikan warna
baju dengan tudung atau pun skirt.
--Pembeli boleh menyentuh produk.Terdapat sesetengah pembeli
yang suka menyentuh barang yang ingin dibeli untuk memastikan produk yang
dibeli memenuhi keinginan dan sepadan.Ini boleh mengelak daripada terjadi
masalah tersilap saiz,warna berbeza,produk rosak dan sebagainya.
--Pemasaran yang meluas di mana pemilik butik dan vendor
akan sama-sama membuat pemasaran sama ada secara online mahupun offline.Perkongsian
pemasaran secara meluas mampu menarik lebih ramai pembeli datang untuk membeli
produk.
Semoga vendor butik akan terus berkembang dan memberi manfaat
kepada semua orang samada pemilik butik,vendor dan pembeli.
Sila dapatkan blouse cotton yang cun melecun keluaran IRIS
LESTARI di butik MS Emerald yang beralamat di 1-2-3 University Place,Halaman
Bukit Gambir,11700 Gelugor,Penang
bw pagi.:)
ReplyDeletesekarang dah ramai buat boutiqe vendor ni. banyak kelebihan dia. saya selalu pegi orked dpan uitm pulau pinang tu. hehe singgah june
ReplyDeletegood business ^^
ReplyDeleteSaya pun berminat dan bercita2 jugak nak buka vendor butik ni. InsyaaAllah satu hari moga ia menjadi kenyataan.
ReplyDeletesuka pegi vendor butik. lagi2 yang ada letak dessert and makanan..suka sangat..
ReplyDeletesuka pegi vendor butik. lagi2 yang ada letak dessert and makanan..suka sangat..
ReplyDelete