Assalamualaikum...
Pada 30hb Ogos 2013 yang lepas,selepas waktu kerja KLA terus pergi Terengganu.Kebetulan ada kenduri di sana.Terengganu sememangnya tidak asing buat KLA kerana di Terengganu lah KLA dilahirkan dan dibesarkan...Cuma sekarang sahaja KLA sudah meninggalkan Terengganu Darul Iman.
Di Kuala Terengganu,KLA tinggal di Alya Homestay Kuala Ibai...Homestay ini terletak dekat dengan Masjid Terapung dan juga Mydin Kuala Ibai.Tapi maaf lah,KLA tak ambil gambar homestay kerana terlupa dan keletihan...
Macam biasa,aktiviti KLA di Terengganu mestilah fokus pada keistimewaan dan keunikkan Negeri Terengganu di mana KLA tak akan dapat di negeri lain.Dan yang wajib KLA bila di Terengganu ialah,bersarapan dengan nasi dagang...

Kebetulan,sekarang musim durian di Terengganu.Sempat lah KLA merasa makan durian...nyummy...nyummy...Best!
Ini ler udang celup tepung.Di Terengganu,macam-macam celup tepung ada.Ikan celup tepung,udang celup tepung,sotong celup tepung dan pisang celup tepung pun ada...huhuhu...pisang celup tepung samalah dengan pisang goreng..kat mana-mana ada...;)
Gambar di atas ialah udang celup tepung yang KLA makan di Teluk Ketapang.Teluk Ketapang terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.Siapa yang ingin berasa angin pantai,boleh lah ke Pantai Teluk Ketapang.
Kalau dah minat,pantang jumpa,mesti beli.Sempat lagi KLA beli 2 fridge magnet.FM Masjid Kristal dan FM Masjid Terapung.Bertambah lagi koleksi FM KLA....hepi...hepi...;)
Lain masa,KLA pergi Terengganu,KLA cuba ambil gambar banyak-banyak....
Wokey...Happy Always!