Assalamualaikum....
Dapur....dapur...dapur....
Untuk kali ini,KLA nak kongsi resepi yang amat simple.
Kebetulan KLA tak berapa sihat,so rasa nak makan yang lembut-lembut sahaja.
KLA pun masak lah......
Untuk bubur nasi,KLA masak biasa sahaja iaitu nasi + air + garam
Manakala untuk Sambal telur hancur,resepinya ialah
Bahan:
1 Biji Telur
1 Biji Bawang Merah - ditumbuk
5 tangkai cili kering - di blend
Garam
Cara :
1. Tumis bawang dan cili kering hingga pecah minyak
2. Masukkan sedikit garam dan gaul.
3.Pecahkan telur di atas tumisan tadi dan gaul supaya dia menjadi hancur seperti dalam gambar.
4.Tutup api dapur bila telur tersebut sudah masak atau menjadi kering.
5.Okeh...siap...
Buat lauk untuk nasi putih okey juga....Selamat mencuba...