Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Thursday 24 September 2015

Selamat Hari Raya AidilAdha

Selamat Hari Raya AidilAdha,KasihLestariAbadi

Wednesday 23 September 2015

Come Back!!

Comeback,KasihLestariAbadi


Assalamualaikum....

Fuh...kali ini KLA betul-betul lama tinggalkan blog...Banyak perkara yang terjadi ketika kesenyapan KLA ini...

InsyaAllah,lepas ini KLA akan kembali berblogging...Harap dapat kekal dengan blog ini...




Monday 1 June 2015

Stay The Same



Don't you ever wish
You were someone else
You were meant to be
The way you are exactly

Don't you ever say
You don't like the way you are
When you learn to love yourself
You're better off by far

And I hope you always stay the same
'Cause there's nothing 'bout you I would change

I think that you could be
Whatever you wanted to be
If you could realize
All the dreams you have inside

Don't be afraid
If you've got something to say
Just open up your heart
And let it show you the way

Don't you ever wish
You were someone else
You were meant to be
The way you are exactly

Don't you ever say
You don't like the way you are
When you learn to love yourself
You're better off by far

And I hope you always stay the same
'Cause there's nothing 'bout you I would change

Believe in yourself
Reach down inside
The love you find will set you free

Believe in yourself
You will come alive
Have faith in what you do
You'll make it through

Don't you ever wish
You were someone else
You were meant to be
The way you are exactly

Don't you ever say
You don't like the way you are
When you learn to love yourself
You're better off by far

And I hope you always stay the same
'Cause there's nothing 'bout you I would change
'Cause there's nothing 'bout you I would change

Don't change


Apa Itu Vendor Butik

Assalamualaikum…dan Hai….

Kewujudan butik pada masa kini sememangnya tidak boleh disangkal kan lagi.Ianya tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.Berbeza pada masa dahulu dimana andaian butik akan menjual barangan yang mahal dan hanya untuk golongan atasan.Tetapi kini tidak lagi,semua orang mampu berbelanja di butik.

Apa Itu Vendor Butik,Vendor Butik,Butik,Blouse Cotton,Iris Lestari

Pada masa kini,banyak vendor butik yang wujud dan menjadi kegilaan ramai.Apa itu vendor butik?Vendor butik  ialah satu perniagaan butik  yang menjual pelbagai barangan daripada peniaga-peniaga online di dalam satu butik.Peniaga ini hanya membayar sewa yang telah ditetapkan dan semua urusan penjualan diuruskan oleh pemilik butik.Tetapi pemasaran akan dilakukan secara bersama.

Tujuan utama vendor butik ialah membantu para peniaga online meluaskan lagi jualan mereka.Pembeli diberi peluang untuk menyentuh dan memilih sendiri produk yang ingin dibeli di mana perkara ini tidak dapat dilakukan secara online.Terdapat juga vendor butik  yang menyediakan perkhidmatan café.Ini untuk memberi  peluang kepada para pembeli membeli secara santai dan melepaskan penat membeli belah dengan berehat di café.

Terdapat pelbagai manfaat daripada kewujudan butik vendor.Manfaat yang boleh dirasai oleh pemilik butik,vendor dan juga pembeli.

-- Pemilik butik tidak memerlukan kos yang terlalu besar untuk membuka butik dan juga tidak perlu memiliki banyak produk.Kos seperti bil elektrik,air,sewa,gaji pekerja dan pemasaran akan ditanggung bersama dengan peniaga iaitu hasil bayaran sewaan tapak.Kepelbagaian produk pula akan disediakan oleh pelbagai vendor yang terpilih.

-- Butik vendor akan menjual pelbagai produk seperti baju,seluar,skirt,tudung,makanan,aksesori dalam satu tempat.Ini secara tidak langsung ianya menjimatkan masa para pelanggan.Hanya perlu berada satu tempat sahaja,pembeli terus dapat membeli dengan lengkap iaitu dari atas kepala hingga ke bawah. Pembeli juga boleh terus membuat padanan seperti menyesuaikan warna baju dengan tudung atau pun skirt.

--Pembeli boleh menyentuh produk.Terdapat sesetengah pembeli yang suka menyentuh barang yang ingin dibeli untuk memastikan produk yang dibeli memenuhi keinginan dan sepadan.Ini boleh mengelak daripada terjadi masalah tersilap saiz,warna berbeza,produk rosak dan sebagainya.

--Pemasaran yang meluas di mana pemilik butik dan vendor akan sama-sama membuat pemasaran sama ada secara online mahupun offline.Perkongsian pemasaran secara meluas mampu menarik lebih ramai pembeli datang untuk membeli produk.

Semoga vendor butik  akan terus berkembang dan memberi manfaat kepada semua orang samada pemilik butik,vendor dan pembeli.


Sila dapatkan blouse cotton yang cun melecun keluaran IRIS LESTARI di butik MS Emerald yang beralamat di 1-2-3 University Place,Halaman Bukit Gambir,11700 Gelugor,Penang

Wednesday 27 May 2015

Produk Secara Dropship

Assalamualaikum...Hai

Dropship bermaksud satu urus niaga perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau pun servis dan seterusnya,penjual membayar harga yang telah ditetapkan oleh pembekal.Pembekal yang akan menguruskan urusan penghantaran produk kepada pelanggan.Keuntungan sesuatu produk biasanya ditentukan sendiri oleh penjual.Untuk mengetahui lebih lanjut boleh baca cara buat duit secaradropship.


Sebenarnya KLA suka sangat dengan sistem dropship kerana ianya tidak memerlukan KLA memiliki produk,tidak perlu membuat penghantaran dan yang penting keuntungan ditentukan oleh KLA sendiri.

Kerana jatuh cinta dengan dropship ini,KLA mencari pembekal atau pengedar produk yang menawarkan sistem dropship untuk KLA sertai mereka.Tapi ada syaratnya.KLA mahukan produk itu merupakan produk sendiri.Tidak mahu lah produk mempunyai banyak tangan supaya harga produk itu setanding dengan harga pasaran.KLA boleh dihubungi melalui facebook KasihLestariAbadi.

Moh kita sama-sama berniaga...SMILE


Tuesday 26 May 2015

Group Whatsapp Lestari Mall

Assalamualaikum….


Sempena bulan Ramadan yang akan menjelma,persiapan untuk sambutan hari raya lagi,semua orang berlumba-lumba membuat persiapan awal untuk mengelakkan kesesakkan pada saat akhir.Namun masih ada juga yang mencari-cari masa untuk membuat persiapan.

Tetapi jangan risau,KLA membuka peluang kepada semua untuk menyertai group whatsapp KLA iaitu ‘Lestari Mall’ untuk shopping pelbagai barangan dengan mudah dan jimat.Sesiapa yang mahu join group whatsapp boleh whatsapp ke 017-4900253 dengan menulis Lestari Mall.KLA akan masukkan nombor anda ke dalam group whatsapp tersebut.


Selain itu,KLA tahu,mesti ramai yang ingin kan duit sampingan untuk menampung kehidupan yang semakin tinggi kini.Untuk itu,anda juga berpeluang menjadi agen dropship.Kalau nak tahu caranya mestilah join group whatsapp Lestari Mall terlebih dahulu.Moh kita sama-sama menjana pendapatan. Jangan bimbang,KLA tidak akan membawa anda ke MLM.KLA pun tak minat MLM…


Magik Microsoft Word

Assalamualaikum…dan hai hai….

Moh KLA nk cerita aktiviti pagi KLA.KLA suka tengok rancangan Malaysia Hari Ini jam tujuh pagi.Sementara KLA menunggu kerja KLA bermula,KLA akan layan Malaysia Hari Ini terlebih dahulu.Sampai kan dah tahu dan kenal semua pengacara nya.KLA lebih suka tengok rancangan ini pada permulaan jam tujuh kerana pada peringkat permulaan,pengacara akan bersembang secara santai.

Pagi semalam,macam biasa KLA akan tengok rancangan Malaysia Hari Ini.Kebetulan pada hari itu pengacara yang bertugas ialah Ally Iskandar dan Zaim Helmi Zaini.Entah macam mana,Ally menceritakan tentang magik Microsoft word.Tak pasti lah kalian sudah tahu ke belum tentang ini.

       1)      Buka Microsoft word dan taip :

           


        Tak kisah guna form apa pun.

        2)      Tekan ENTER dan tengok hasilnya.
               


Cuba anda perhatikan ayat yang terhasil :

THE QUICK BROWN FOX JUMPS OVER THE LAZY DOG

Semua huruf A hingga Z ada dalam ayat tersebut…


Selamat Mencuba

Monday 25 May 2015

Lirik Lagu Satu Hari Nanti Najwa Latiff

Lagu : Satu hari nanti
Nyanyian : Najwa Latiff



Aku inginkan hidup senang
Aku inginkan hati tenang
Setiap doa ku untuk ku
Setiap doa ku untuk mu

Bawa ku bawa, semua ku sayang ku bawa
Bawa ku bawa, semua ku sayang ku bawa

Tadi pagi ku patah hati
Dia tak mungkin kan kembali
Kau tak perlu faham apa yang ku rasa
Tak perlu bersedih jangan membuang masa

Bawa ku bawa, semua ku sayang ku bawa
Bawa ku bawa, semua ku sayang ku bawa

Satu hari nanti aku kan bebas aya yaa yaa
Ku harap oh hari itu dengar aku nyanyikan ayaa yaaa yaa

Ada orang yang gilakan harta
Ada yang hidup mewah tanpanya
Jika tak guna apa yang disediakan
Seandainya gagal jangan beri alasan

Bawa ku bawa, semua ku sayang ku bawa
Bawa ku bawa, semua ku sayang ku bawa


Satu hari nanti aku kan bebas aya yaa yaa
Ku harap oh hari itu dengar aku nyanyikan ayaa yaaa yaa
Satu hari nanti aku kan bebas aya yaa yaa
Ku harap oh hari itu dengar aku nyanyikan ayaa yaaa yaa

Siapa yang halang dan siapa yang menunggu
Aku tak perlu kau ikut hantar aku ke hujung
Lambai selagi ku wujud
Senyum selagi ku berdiri
Senyum selagi ku berjanji

Satu hari nanti aku kan bebas aya yaa yaa
Ku harap oh hari itu dengar aku nyanyikan ayaa yaaa yaa
Satu hari nanti aku kan bebas aya yaa yaa
Ku harap oh hari itu dengar aku nyanyikan ayaa yaaa yaa


Mangga Harumanis

Assalamualaikum….

Sebut sahaja mangga harumanis,mesti semua orang akan terbayang keenakkan buahnya.Itu belum lagi membayangkan harganya yang boleh buat anda pengsan terkejut.Tahun ini merupakan tahun pertama KLA cuba makan mangga harumanis.Itu pun kerana tertarik dengan hebohan keenakkan buahnya. Apabila KLA mendapat tahu harumanis muncul di Medan MARA KL, KLA terus mengambil peluang untuk membelinya.Tidak perlulah KLA ke Perlis.Apa yang KLA boleh 
katakan,Alhamdulillah teramat sedap dan enak.Sangat berbaloi dengan harga yang dibeli iaitu RM30 untuk sekilo.


Moh KLA kongsikan serba sedikit sejarah mangga harumanis ini.

Mangga harumanis ini berasal dari Negeri Perlis dan hanya terdapat di sana sahaja.Ramai yang telah mencuba untuk menanam pokok harumanis di luar dari Negeri Perlis tetapi tidak berhasil seperti tidak berbuah, rasa tidak manis,tidak tumbuh subur dan sebagainya.Ini disebabkan faktor cuaca di Negeri Perlis yang sangat berbeza dengan negeri lain di Malaysia.

Kerajaan Negeri Perlis telah pun mendaftarkan mangga harumanis ini sebagai harta intelek untuk Negeri Perlis.Ini bermakna hanya Negeri Perlis sahaja yang boleh menamakan mangga mereka sebagai mangga harumanis.
Musim harumanis pula adalah sekitar akhir bulan April hingga awal Jun.Mangga harumanis ini berbau harum,isinya tebal kekuningan dan rasanya juga enak yang boleh membuat semua orang ketagih.Sesuai dengan ayat sekali cuba pasti mahu lagi.

Kepada yang belum mencuba,KLA nasihatkan cuba lah mangga harumanis ini.Anda pasti tidak berasa kecewa dengan duit yang dilaburkan.SMILE


Cara Menyediakan Air Detox

Assalamualaikum…Hai…

Sekarang,ramai ingin kan kulit yang cantik dan badan yang kurus.Ini membuatkan banyak pengeluar pelbagai produk berlumba-lumba mengeluarkan produk masing-masing bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Tetapi,dalam berdepan dengan pelbagai produk,terdapat cara mudah,jimat dan dijamin iaitu dengan membuat air detox.Apa tu???...Relax-relax…moh KLA terangkan.

Air detox ialah campuran air kosong dengan pelbagai buah-buahan ,daun herba dan dibiarkan beberapa jam sebelum ia diminum.Semudah ABC untuk membuatkannya.Untuk mengetahui apa bahan yang sesuai untuk keinginan anda,boleh baca ini.

·         Lemon – membantu proses pencernaan dan menyegarkan nafas
·         Rasberi – anti radang
·         Anggur – melawan kanser
·         Oren – membantu peredaran darah
·         Strawberi – anti oksiden
·         Halia – imun booster
·         Timun – membantu penghidratan dan penyingkiran toksin
·         Epal – mengekalkan kesihatan tulang dan tisu
·         Kulit kayu manis – menggalakkan metabolism
·         Limau – anti penuaan
·         Pudina – menyokong system penghadaman
·         Nenas – membantu melegakan sakit sendi

Cara Menyediakan Air Detox,Kurus,Air Detox,Kempis Perut,Tenaga

Cara menyediakan air detox

a)      Anda dikehendaki potong buah-buahan yang berkenaan mengikut citarasa sendiri.
b)      Masukkan potongan buah ke dalam jar dan masukkan 1 liter air
c)       Tutup jar dan simpan di dalam peti ais selama 8 jam.
d)      Boleh diminum


Senang kan untuk buat air detox ini.Apa lagi,jom buat air detox sendiri.Jimat sangat.Terbaik


Tempahan Header Blog Murah

Assalamualaikum dan Hai….

Sejak ingin kembali berblogging ini,KLA ada buat beberapa blog lain juga untuk lebih focus pada niche.KLA cuba elak daripada campur aduk kan blog KLA.Oleh itu,bila ada blog baru,mesti nak make up kan blog tersebut.Biasanya KLA akan upah orang lain untuk buat header blog.

Setiap kali mahu buat header,KLA akan tempah dengan orang yang berlainan untuk mencari sentuhan yang berlainan.Untuk header kali ini,KLA cari di google dan terjumpa dengan pemilik Mynameisyesty.

KLA berhubung dengan beliau hanya melalui email.Alhamdulillah sangat senang bekerjasama dengan beliau.Beliau pantas membalas email dan boleh siapkan tempahan dengan cepat dan memuaskan hati.Bukan itu sahaja,beliau akan buat dan bantu anda sehingga anda berasa puas hati dengan hasil header blog.

Tempahan Header Blog Murah,Tepung Segera Lestari,Kasih Lestari Abadi

Harga?Tentulah murah…Murah sangat-sangat lah.Hanya RM5 untuk satu header.Berbaloi sangat harga ini berbanding dengan harga yang diberikan.Bayaran boleh dibuat secara topup atau pun bank in ke akaun maybank.

# 10 Resepi Cinta Yang Patut Anda Tahu

Kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan header blog yang murah boleh lah hubungi beliau di email yesty_kaenex@yahoo.com atau 0146954931.Beliau juga mempunyai blog tetapi blog beliau jarang update.Blog nya Mynameisyesty . 


Saturday 23 May 2015

Tepung Segera Lestari

Assalamualaikum...dan Hai....

KLA nak cerita tentang perniagaan yang KLA jalankan iaitu menjual tepung segera.Antara tepung segera yang KLA jual ialah tepung kek red velvet,chocolate moist,kek pelangi,biskut raya,dan banyak lagi lah...boleh buat anda terliur tau.

Kalau nak tengok lagi detail tepung apa yang KLA jual boleh tengok di blog Tepung Segera Lestari .


Jangan lupa juga LIKE fan page Tepung Kek Segera 

Tepung segera ini sesuai untuk semua orang yang ingin :
                        * Nak jimat duit dengan buat kek sendiri
                        * Belajar buat kek dan mampu jadi pandai setaraf chef
                        * Buat duit dengan jual kuih raya ( kos beli bahan mahal,lagi jimat dengan beli tepung 
                           segera)
                        * Buat stok dirumah 
                        * Meraikan majlis hari lahir,hari raya dan sebarang majlis (bangga dengan 
                           menghasilkan kek sendiri)

Tepung segera ini SEDAP,MUDAH dan HALAL

Berminat sila sms/whatsap 017-4900253




Final Piala FA 2015

Assalamualaikum dan hye....

KLA tahu,hari ini semua sudah dilanda demam bola kan.Ada yang sudah berpusu-pusu ke Stadium Bukit Jalil untuk menonton secara dekat perlawanan antara KELANTAN FA dan LIONS XII.

Final Piala FA 2015,Bola Sepak,Kasih Lestari Abadi

Perlawanan : Kelantan FA vs Lions XII
Tempat : Stadium Bukit Jalil
Tarikh : 23 Mei 2015
Masa : 8.45 malam

Agak-agak siapa yang akan menang ye?Jom tinggalkan komen di ruangan komen di bawah jangkaan gol untuk perlawanan malam ini.

KLA jangka : 3-1 .....Sudah tentu Kelantan yang akan menang...

Siapa yang tidak memiliki tiket tu,boleh lah lihat di televisyen...tidak pun,tengok secara ramai-ramai di kedai mamak.Lagi meriah.

Ranking Alexa Yang Menyedihkan

Assalamualaikum

Memandangkan sudah lama KLA tak berblogging,ranking alexa KLA sudah jatuh bergolek-golek.Sedih....sedih...tapi salah sendiri juga sebab abaikan blog dan biarkan blog bersawang.

Tengok ranking KLA yang terkini.Uish teramat banyak nombor nya.Memalukan sahaja.

Ranking Alexa Yang Menyedihkan,Kasih Lestari Abadi,

Tapi,KLA cuba berfikir secara positif,nombor itu memberi semangat untuk KLA untuk fokus dan terus fokus supaya nombor itu akan semakin mengecil.

Sebelum ini,KLA pernah juga menulis post mengenai ranking alexa iaitu :
Cara daftar alexa rank dalam blog
Cara tingkatkan ranking alexa
Cara pasang widget alexa pada blog

Chayok...chayok....


Wednesday 20 May 2015

Kata Mutiara

Assalamualaikum....

Hari ini KLA akan post mutiara kata ini buat semangat untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan blogger...




Kadang-kadang terasa diri begitu kuat hinggakan mampu untuk menasihati orang lain,tapi bila ombak besar datang,baru tahu yang diri ini belum cukup kuat untuk melawan semua dugaan...

SMILE

Tuesday 19 May 2015

Sinopsis Dia...Isteri Luar Biasa

Assalamualaikum dan hi....



Mulai 18 Mei,slot Akasia ada cerita baru iaitu Dia...Isteri Luar Biasa...

Jom kita terjah sinopsis nya...

Dia Isteri Luar Biasa mengisahkan Dewi Yusra yang berpegang teguh dengan prinsipnya. Tidak memerlukan lelaki dalam kehidupannya. Namun, Dewi Yusra menginginkan zuriatnya sendiri. Ayah kepada bakal anaknya nanti tidak mahu orang sembarangan. Mesti mempunyai gen yang hebat!

SINGLE is simple, double is trouble.
Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan! Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…

Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.

“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA

Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara­’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang.

“Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR

Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni? Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya? Temui jawapannya dalam Dia Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.

Mengikut pada sinopsis nya,cerita sangat menarik dan buat kita tertunggu-tunggu untuk tahu yang selanjutnya....Apatah lagi heronya...hahhaa...Shukri Yahaya yang sememangnya memegang gelaran Jericho Malaysia ini...

Harap cerita ini tidak akan menghampakan peminat drama slot akasia...

Come Back Again

Assalamualaikum....

Setelah hampir dua bulan KLA menyepi dari blog,kini KLA kembali...

Come Back Again,Kasih Lestari Abadi

Harap KLA masih di ingati...TQ

Monday 23 March 2015

Persamaan Asam Pedas Untuk Dia,Teman Lelaki Upahan,Suami Sebelah Rumah

Assalamualaikum....

Sekarang ni,KLA tengah melayan drama Asam Pedas Untuk Dia,Teman Lelaki Upahan,Suami Sebelah Rumah. Teruk juga KLA melayan drama-drama ini.KLA tengok drama Teman Lelaki Upahan sekadar untuk menghilangkan tekanan kerja.Sementara menunggu drama bermula,layan drama Suami Sebelah Rumah dahulu.Hujung minggu pula bosan tak tahu nak tengok apa,KLA layan pula Asam Pedas Untuk Dia...

Asam Pedas Untuk Dia,Syukri Yahaya,Dayana Roza,TV3

Asam Pedas Untuk Dia - Kisah anak majikan yang suka makan asam pedas (Kesukaan KLA tu).Lepas itu,dapat pula orang gaji yang pandai masak asam pedas.Akhirnya anak majikan ini terpikat dengan orang gaji tadi dan berkahwin secara rahsia.

Teman Lelaki Upahan,TV3

Teman Lelaki Upahan - Kisah seorang perempuan yang membesar dengan keadaan berdendam dengan bapa sendiri dan berusaha untuk mendapatkan syarikat bapanya.Syarat perlu berkahwin untuk mendapatkan syarikat membuatkan perempuan ini nekad mengupah seorang lelaki untuk menjadikan teman lelakinya dan perlu juga menikahinya.

Suami Sebelah Rumah,Izzue Islam,Ayda Jebat,TV3

Suami Sebelah Rumah - Kisah seorang perempuan yang kecewa pada hari perkahwinan apabila si lelaki tidak hadir pada hari tersebut.Secara nekad,perempuan meminta kawannya menjadi pengantin lelaki dan beliau merahsiakan perkahwinan ini daripada kawan-kawannya.Si suami pula menyewa di sebelah rumah menjaga isterinya dari jauh.

Apa yang KLA perasan tentang persamaan tentang tiga drama ini ialah kahwin rahsia.Dalam drama Asam Pedas Untuk Dia,anak majikan kahwin secara rahsia dengan orang gaji nya tanpa pengetahuan keluarga.Manakala drama Teman Lelaki Upahan,si lelaki merancang perkahwinan tanpa pengetahuan ibubapa nya.Dan drama Suami Sebelah Rumah,si perempuan merahsiakan diri nya sudah berkahwin daripada pengetahuan kawan-kawannya.

Semuanya kisah kahwin rahsia....SMILE....


Sunday 22 March 2015

Ada Apa Dengan 28 Mac 2015

Assalamualaikum....

Buat pengetahuan semua,pada 28 Mac 2015 nanti akan terjadi sesuatu yang patut anda semua tahu dan melakukannya...Nak tahu apa?

Nak tahu kena lah klik 28 Mac 2015

28 Mac,Earth Hour,Tutup Lampu,Padam Lampu

Ingat tau 28 Mac 2015

Nugget Satar

Assalamualaikum

Pada Chinese New Year yang lalu KLA ada berkunjung ke Terengganu.Tapi entri ini KLA tak mahu bercerita tentang Terengganu sebab sama sahaja kisah Terengganu yang KLA pergi sebelum ini.

Nak tahu kisah Terengganu yang pernah KLA ceritakan sebelum ini sila baca di bawah ini :

Cuti-cuti Terengganu 1
Cuti-cuti Terengganu 2
Cuti-cuti Terengganu 3
Cuti Merdeka Di Terengganu Darul Iman
Cuti-cuti Terengganu
Steamboat di Terengganu
CNY di Terengganu

Untuk entri kali ini,KLA nak cerita ringkas sahaja mengenai Terengganu.Nak cerita tentang salah satu antara makanan orang Terengganu ialah satar.Satar merupakan makanan ringan yang diperbuat daripada ikan Sedap sangat.

Sumber Google

Setahu KLA,antara penjual satar yang popular di Terengganu ialah Satar Pok Nor yang terletak di Batu Rakit.So siapa yang nak mencuba satar Pok Nor boleh rujuk pada kad di bawah.

Nugget Satar,Satar,Terengganu

Semasa KLA pergi hari tu,KLA terpandang akan nugget satar.Beli satu untuk cuba.Memang best ler nugget satar ni.Next time bila ke Terengganu memang KLA akan beli banyak-banyak ler....

Nugget Satar,Satar,Terengganu

So pada siapa yang ke Terengganu,jangan lupa untuk mencuba satar...Rugi kalau tak cuba...TERBAIK!!


Senarai Pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur

Assalamualaikum....

Semalam telah berlangsung Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur yang telah di pengacarakan oleh AG HotFM dan Yana Samsudin.Berikut ialah senarai pemenang anugerah :

Senarai Pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur,Rindu Awak 200%,Zul Arifin,Ayda Jebat

Drama Pilihan : Rindu Awak 200%
Pelakon Lelaki Drama Pilihan : Zul Arifin
Pelakon Wanita Drama Pilihan : Amyra Rosli
Pengarah Drama Pilihan : Mohamed Yunus ( Rindu Awak 200%)
Penulis Skrip Drama Pilihan : Nieza Nahar  ( Rindu Awak 200%)
Barisan Pelakon Drama Pilihan : Drama Selamat Pengantin Madu
Hero & Heroin Drama Pilihan : Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose
Drama Pendek Pilihan : Luahan Abah


Saturday 21 March 2015

Cuti-Cuti Melaka 2

Assalamualaikum...

Baca Cuti-Cuti Melaka 1

Setelah misi kedua tercapai,KLA kembali kepada misi pertama yang belum berjaya iaitu mencari hotel.Kembali dari pantai Klebang,KLA ke bandar Melaka.Perjalanan berpusing-pusing berulang lagi.Tapi kali ini nasib menyebelahi KLA.KLA dapat hotel betul-betul di tengah bandar Melaka.Sebelah dengan Mahkota Parade.

Melaka,Hotel In Trend,

Melaka,In Trend,Hotel

Melaka,Hotel In Trend

Selepas sudah berehat sebentar di hotel,KLA memulakan misi meronda bandar Melaka pula.Oleh kerana hotel berdekatan dengan pusat bandar.KLA hanya berjalan kaki untuk ke kawasan A Famosa.
Tempat pertama yang KLA nak buat ialah menaiki River Cruise.Tetapi bila berada berdekatan Kota A Famosa itu,KLA tengok cantik-cantik betul beca diaorang ni.Tersangat kreatif.KLA pun memutuskan untuk menaiki beca ke River Cruise.

Melaka,Beca,Frozen,Beca Melaka

Memandangkan sekarang kan zaman Frozen,KLA pun memilih beca bertemakan Frozen.Empunya beca ini menghabiskan duit sebanyak RM2000 untuk hiasan beca ini.Sewaktu KLA sampai di tempat tiket River Cruise,orang tak ramai,cepat lah KLA dapat naik.Harga tiket untuk orang dewasa warganegara ialah RM15.Percuma goodies beg yang berisi kuih dan air kotak.Perjalanan cruise di pesisir Sungai Melaka mengambil masa hampir 45 minit.So,Berbaloi lah dengan bayaran tiket itu.

Melaka,River Cruise,Goodies Bag
Goodies bag

Melaka,River Cruise
Tiket River Cruise

Melaka,River Cruise,
Jeti River Cruise

Tempat kedua yang KLA nak pergi di Melaka ialah menaiki Taming Sari.Tapi apa yang menyedihkan ialah waktu KLA pergi ini Taming Sari ditutup selama dua minggu kerana sesi selanggara.Sedih...sedih...

Kemudian KLA berjalan-jalan cuci mata di pasar uptown yang terletak berhadapan dengan Menara Taming Sari.Tiada apa yang menarik untuk membeli pun.Memandangkan hari sudah hampir malam,KLA memutuskan hendak mencuba asam pedas di restoran berhampiran dengan uptown.Rugi kalau sampai di Melaka tetapi tidak makan asam pedas.

Melaka,Asam Pedas,Kasih Lestari Abadi

Selepas selesai acara makan,KLA berjalan kaki ke Jonker Walk.Boleh tahan jauhnya,tapi nasiblah KLA dan biasa bab jalan kaki.Sepanjang malam KLA habiskan masa di Jonker Walk.

KLA kembali ke hotel sebelum jam 10.Ye lah,perempuan,risau juga nak berjalan-jalan hingga lewat malam.Keesokkannya,pagi-pagi lagi KLA sudah check out untuk pulang.Bye-bye Melaka



Friday 20 March 2015

Cuti-Cuti Melaka 1

Assalamualaikum...

Baru sempat nak update blog tentang cuti-cuti KLA.Awal Februari hari tu,KLA berpeluang cuti-cuti di Melaka.Kebetulan ada kenduri kawan baik di sana.Ditambah rindu nak ronda-ronda Melaka.

KLA sampai sana pagi Sabtu,lepas hadiri kenduri pada tengah hari tu,KLA mulakan misi mencari hotel.KLA tawakal sahaja antara dapat ke tidak hotel.Lagipun bukan musim cuti sekolah,So potensi untuk dapatkan hotel itu ada.Berpusing-pusing juga KLA di bandar Melaka itu mencari hotel. Memang hotel nya banyak dah murah cuma masalah yang ada ialah tiada parking.

 KLA rasa merugikan masa pula apabila berpusing-pusing di bandar Melaka yang kecil itu namun belum berjumpa dengan hotel,KLA memutuskan untuk ke Klebang terlebih dahulu.Menukar misi daripada mencari hotel kepada misi mencari coconut shake.Pantai Klebang sememangnya terkenal dengan air coconut shake nya yang sedap.

Ahak,dugaan juga nak cari gerai air yang jual coconut shake tu.KLA pergi sampai hingga ke pantai Klebang berdasarkan bacaan signboard.Di pantai Klebang,KLA sempat lah berhenti berdekatan dengan bustel.Bustel ialah bas-bas lama yang diubahsuai menjadi hotel.KLA siap pasang azam yang suatu hari nanti,KLA nak cuba juga menginap di bustel ini.

Melaka,Bustel,Klebang

Melaka,Klebang,Bustel

Memandangkan kepenatan mencari hotel tadi,KLA sempat membeli pisang cheese di pantai Klebang.Hargnya RM 5 untuk sebekas.Nasib rasanya ok ajer.KLA keluar dari kawasan pantai Klebang kerana gerai yang menjual air coconut itu berada berhampiran pantai Klebang.

Melaka,Bustel,Klebang,Pisang Cheese

Alhamdulillah,misi mencari air coconut shake tercapai.

Melaka,Klebang,Coconut Shake

Melaka,Klebang,Coconut Shake

Melaka,Klebang,Coconut Shake


Bersambung ke part 2


Thursday 19 March 2015

Tips Bercuti Ho Chi Minh

Assalamualaikum

Baca Cuti-cuti Ho Chi Minh 1,Cuti-cuti Ho Chi Minh 2, Cuti-cuti Ho Chi Minh 3, Cuti-cuti Ho Chi Minh 4

KLA nak berkongsi tip-tip penting yang perlu anda semua tahu sebelum ke bandar Ho Chi Minh.


Masa
Masa Ho Chi Minh ialah lambat 1 jam daripada Malaysia.So,kalau di Malaysia jam 3,di sana baru sahaja jam 2.

Mata Wang
Di Ho Chi Minh,mereka menerima mata wang Ringgit Malaysia untuk urusan membeli belah.Oleh itu,anda hanya perlu menukar sedikit sahaja duit ke mata wang Dong dan USD.Duit Dong dan USD biasanya digunakan untuk urusan pembelian makanan dan bayaran tambang.

Pengangkutan
KLA menggunakan pengangkutan agen,So KLA tak pasti sangat pengangkutan awam.No telefon agen ialah Hazel (+84938184242).Sedikit mahal tetapi puas hati dengan perkhidmatannya.Sangat dicadangkan menggunakan agen ini.

Makanan Halal
Terdapat beberapa restoran halal seperti Restoran Hajah Basiroh,Restoran Serai,Restoran Kg Melayu.Tidak perlu risau tentang makanan okey.

Hotel
Pilih hotel yang berdekatan dengan Pasar Ben Than supaya senang untuk berulang alik membeli belah.Tapi jangan terkejut apabila terpaksa berpindah hotel seperti yang terjadi pada KLA.Perkara ini biasa terjadi.Pihak hotel akan memegang passport sepanjang kita berada di sana.

Pakaian
Bawa pakaian yang tidak perlu di gosok kerana pihak hotel tidak menyediakan seterika namun mereka menyediakan perkhidmatan mengosok pakaian.Setiap helai pakaian yang digosok akan di caj.

Bahasa
Tidak perlu risau kerana mereka memahami bahasa Melayu dan mereka boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.Hinggakan KLA terpaksa bercakap loghat Kelate jika ingin mengumpat mereka.

Simpan Botol Air Mineral
Di sana,tandas tidak disediakan air.Oleh demikian,anda perlu menyimpan air dalam botol air mineral untuk menyelesaikan urusan di tandas.

Kastam
Elak daripada di kenakan cukai oleh kastam ialah anda perlu buka semua plastik pakaian yang dibeli.Susun di dalam beg bersama pakaian kotor di bahagian atas.Sebab KLA tengok,kastam lepaskan sahaja jika bila dibuka beg yang dipenuhi pakaian kotor.

Keselamatan
Kalau di ikutkan,di mana-mana pun bahaya cuma kita perlu berhati-hati sahaja.Elak penggunaan telefon yang kerap di tempat awam seperti Pasar Ben Than dan Pasar Malam.

Rasanya itu sahaja tips yang dapat KLA kongsikan...


Wednesday 18 March 2015

Cuti-cuti Ho Chi Minh 4

Assalamualaikum dan hai

Baca Cuti-cuti Ho Chi Minh 1, Cuti-cuti Ho Chi Minh 2, Cuti-cuti Ho Chi Minh 3

Hari terakhir di Ho Chi Minh.Setiap masa sangat berharga bila kita pergi melancong di mana-mana.Oleh itu,pagi lagi,KLA sudah mengambil sarapan di hotel.Selesai sahaja sarapan,KLA terus ke Pasar Ben Than kerana KLA belum membeli kain lagi.Pada masa yang sama juga,KLA perlu kembali ke hotel sebelum jam 12 kerana itu waktu check out hotel.

Kalut juga membeli di Pasar Ben Than,tapi KLA bernasib baik kerana membuat senarai apa yang perlu di beli.Sekurangnya jimat masa KLA nak berfikir.Sempat lah KLA beli beberapa kain cotton dan kain jubah.Yang seronok membeli di pasar ini ialah kain yang dibeli tadi akan dihantar sendiri oleh penjual ke hotel.Tidak perlu lah kita membawa barang-barang yang berat itu.Apa yang penting ialah,kita perlu membawa kad hotel sebanyaknya untuk panduan para penjual.

KLA balik sebelum jam 12 ke hotel untuk proses mengemas barang-barang.Beg yang siap di packing akan di letakkan di lobi hotel sementara menunggu waktu petang untuk ke hotel.Jangan lupa untuk menimbang beg untuk mengelak daripada terjadi kes terlebih muatan.

Memandangkan masa masih ada,KLA pergi sekali lagi ke Pasar Ben Than untuk sesi terakhir mencuci mata.Tengah hari,KLA makan di Restoran Hajah Basiroh.Ketika makan,hujan turun dengan lebatnya.Lama jugalah KLA melepak di Resroran Hajah Basiroh.Tapi pada masa yang sepatutnya KLA kembali ke hotel,hujan masih lagi hujan dan membuatkan KLA terpaksa meredah hujan.Mandi hujan Vietnam…Tidak lama KLA berada di hotel,terjadi banjir kilat.Melimpah juga di depan hotel itu.


Tepat jam 5,KLA menaiki teksi yang diuruskan oleh pihak hotel ke lapangan terbang.Penerbangan yang sepatutnya jam 8 telah ditunda ke jam 9.Bye bye Ho Chi minh


Tuesday 17 March 2015

Cuti-cuti Ho Chi Minh 3

Assalamualaikum dan hai

Baca Cuti-cuti Ho Chi Minh 1Cuti-cuti Ho Chi Minh 2

Di pulau kedua,kami dibawa ke tempat menghasilkan madu.Di sini,KLA berpeluang menyentuh sarang lebah itu dan mencuit madunya.Original jilat di tangan sendiri.Kami dihidangkan dengan air tea,madu,asam limau kasturi.
Ho Chi Minh,Sungai Mekong,Kasih Lestari Abadi

Yang paling KLA suka aktiviti di pulau ini ialah menyentuh ular sawa.Besar dan berat.KLA siap minta memegang nya sebanyak dua kali.Suka…suka…Selepas itu,kami di bawa menaiki sampan untuk ke pulau seterusnya.Kuat betul penduduk di sini mendayung sampan.Mereka juga cekap dan yang kagum ialah sampan diaorang langsung tidak berlanggar antara satu sama lain walaupun menyusur di sungai yang sempit itu.
Ho Chi Minh,Sungai Mekong,Kasih lestari Abadi

Sampai di pulau ketiga,kami dihidangkan dengan buah-buahan seperti  betik,nanas,ciku,naga dan tembikai sambil dihiburkan oleh nyanyian pelbagai lagu.Ada yang KLA tahu dan ada juga lagu yang tidak tahu.Oleh kerana keletihan dan kelaparan,habis buah-buah itu kami makan.

Ho Chi Minh,Sungai Mekong,Kasih Lestari Abadi

Ho Chi Minh,Sungai Mekong,Kasih Lestari Abadi

Tamat sudah perjalanan kami menjelajah pulau-pulau yang ada dan perjalanan pulang ke Bandar Ho Chi Minh,kami singgah makan tengah hari di sebuah restoran.Makan tengah hari ini termasuk dalam pakej kami.
Ho Chi Minh,Sungai Mekong,Kasih Lestari Abadi

 Kemudian guide membawa kami ke gedung kain cotton.Fuh,memang mabuk di sini,Sempatlah KLA beli kain cotton dan kain sembahyang.Kami tiba di Bandar Ho Chi Minh pada waktu sudah hamper malam,tidak sempat hari ini untuk ke Pasar Ben Than.

Selesai bersiap di hotel,kami memulakan aktiviti malam dengan makan di Restoran Serai.Di sini baru KLA berpeluang merasa popiah Vietnam.Dibuat daripada bahan-bahan mentah ala sushi gitu.Selepas makan,sesi menghabiskan duit di pasar malam.Memandangkan ini malam terakhir KLA di Ho Chi Minh,proses membeli dibuat habis habisan.

Ho Chi Minh,Kasih Lestari Abadi,Restoran Serai

Ho Chi Minh,Popia Vietnam,Kasih Lestari Abadi


Bersambung...