Saturday, 22 June 2013

Aneka Laksa

Siapa suka makan laksa? 
Kalau suka sila cubit pp sendiri...hehhee...;)
Bestkan....

Laksa berasal daripada orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu.Gabungan budaya Cna dari Tanah Besar China dengan penduduk tempatan menjadikan laksa hari ini sebahagian daripada identiti makanan orang Malaysia.Laksa dibuat menggunakan beras dan dimakan dengan kuah berasaskan pelbagai rempah ratus serta bahan-bahan seperti bunga kantan,asam keping dan daun kesum,dan paling penting isi ikan segar yang dikisar.


Terdapat pelbagai jenis laksa yang ada pada masa kini....

1.Laksa Pulau Pinang
Mi berasaskan tepung beras.Kuah coklat jingga menggabungkan isi ikan kembung atau ikan parang,daun kesom,asam keping,cil merah,bawang putih,bawang kecil dan bunga kantan.Ulam nya ialah nenas,timun,bawang merah,cili merah,bunga kantan,limau kasturi dan daun pudina.Gandingan wajib petis udang.

2.Laksa Kelantan
Mi nya berasaskan tepung beras.Kuahnya putih berlemak menggabungkan isi ikan kembong,halia,bawang merah,dan serbuk lada putih.Ulamnya pula ialah daun kesum,timun,bunga kantan,kacang panjang dan taugeh.Ianya juga dimakan bersama sambal berasaskan cili padi dan belacan.

3.Laksa Perlis
Mi berasaskan tepung beras dan tepung ubi.Kuah coklat terang menggabungkan isi ikan selayang atau kembong,bunga kantan dan daun kesom selain ulam pucuk gajus,bawang merah,daun selom,timun,cili padi dan telur rebus.

4. Laksa Johor
M spagetti,Kuah coklat kemerahan menggabungkan isi ikan tenggiri,cili kering,serai,bawang putih dan merah,serbuk kari ikan dan santan.Ulam timun,kobis,taugeh,daun kesom,bunga kantan.Gandingan tambahan sambal belacan.

5. Laksa Kedah
Mi nya berasaskan tepung beras.Kuah coklat terang menggabungkan isi ikan kembong,cili kering,bawang merah,asam keping ulam bawang besar,timun,pucuk gajus,cili padi,bunga kantan,limau nipis dan telur rebus.Gandingan tambahan ialah petis udang.

6. Laksa Terengganu
Mi berasaskan tepung beras.Kuah coklat kemerahan atau putih menggabungkan isi ikan selayang,rempah,kerisik bergula,bawang merah,halia,belacan dan santan.Ulam kobis,kacang panjang,taugeh,timun,limau nipis dan bungan kantan.

7. Laksa Sarawak
Mi berasaskan tepung beras.Kuah coklat kemerahan menggabungkan rempah ratus,biji ketumbar,bawang besar,lengkuas,serai,cili kering.Gandingan ayam carik,telur dadar dan udang rebus.

8. Laksa Thailand
Mi berasaskan tepung beras.Kuah jingga kekuningan dan berlemak menggabungkan isi ikan kembong,santan,cili padi,bawang putih dan merah,lengkuas,serai,biji ketumbar,gula melaka,daun limau purut dan asam keping.Ulam daun basil,kacang panjang,timun,pucuk petai,taugeh,pucuk gajus dan jeruk sawi.

9. Laksa Filipina
Mi kuning iaitu campuran tepung gandum dan telur.Kuah kuning menggabungkan ayam panggang,cendawan shitake,cendawan hitam,tepung jagung dan minyak bijan.Ulam kobis dan lobak merah,serta cendawan shitake dan hitam yang direbus,ayam barbeku,bebola ikan dan isi ketam.Gandingan tambahan bawang putih goreng dan cili jeruk.

10. Laksa Indonesia
M berasaskan tepung beras.Kuah kuning dan berlemak menggabungkan isi ikan tenggiri,santan,kunyit tua,bawang besar,lengkuas,serbuk lada putih dan hitam.Ulam daun basil,daun sup,dan cili serta telur rebus dan bawang goreng.

11. Laksa Vietnam
Mi kuey tiaw berasaskan tepung beras.Kuah coklat cair menggabungkan rebusan daging atau ayam bersama tulang,rempah ratus,bawang kecil panggang,halia panggang,bawang putih panggang,serbuk daging atau ayam  dan sos ikan.Ulam daun ketumbar,limau,dan daun bawang.Gandingan tambahan jeruk cili dan bawang putih serta sos ikan.

So,u all suka makan laksa apa ye?

6 comments:

  1. bnyaknya aneka laksa.. sy suka kuah laksa yg pekat dan pedas.. huhu. tetiba terliur pulak.

    ReplyDelete
  2. ckp pasal laksa ni memang meleleh air liur hehee.. bru je lpas mkn asam laksa. zaza ni hantu laksa penang!

    ReplyDelete
  3. laksa vietnam & pilipn je blom mkn lg

    ReplyDelete
  4. Salam..laksa, sedapnya..suka laksa Penang & laksa Kedah, minus petis..

    ReplyDelete
  5. Betul ka dr org Cina? Ms sy kecik dlu, isinya dibuat snd bkn bihun.

    ReplyDelete
  6. Betul ka dr org Cina? Ms sy kecik dlu, isinya dibuat snd bkn bihun.

    ReplyDelete