Saturday, 22 June 2013

Rambut mahkota wanita

Rambut gugur?
Itu dah jadi masalah biasa yang di alami oleh semua orang di dunia ini....

Now,aku nak kongsi tip untuk dapatkan rambut yang sihat dan cantik disamping menghapuskan masalah keguguran rambut....


Syampu
Selalunya keguguran rambut dikaitkan dengan masalah kulit kepala berminyak.Kulit berminyak juga boleh menyebabkan komplikasi seperti kelemumur,jerawat,dan keradangan kulit.Anda digalakkan mengguna syampu jenis pembersihan mendalam kerana ia dapat menyingkirkan sebum dan minyak berlebihan.Pastikan anda membilas dengan menggunakan air sejuk selepas mencuci rambut.Dengan cara ini ia dapat menutup pori kulit kepala,mengurangkan pengeluaran minyak dan menyimpan nutrien yang diperolehi daripada syampu itu.

Perapi
Fungsi perapi ialah untuk membantu menambahkan kelembapan rambut yang hilang disebabkan syampu menyingkirkan semua yang ada pada rambut dan kulit kepala.Caranya ialah dengan melumurkan perapi pada rambut dan bukannya kulit kepala.

Perangsang pertumbuhan semula rambut
Sumber alam seperti lidah buaya dan santan boleh dijadikan bahan dalam rawatan kecantikkan rambut.Caranya hanya dengan menyapukannya sedikit pada kulit kepala,biarkan selama 15 mint dan bilas dengan air sejuk.Ianya juga boleh dicampur bersama minyak daun rosemarry dan pati bunga lavender kerana tumbuhan-tumbuhan ini juga berfungsi membantu mengalakkan pertumbuhan semula rambut.

Pemakanan
Untuk mendapatkan rambut yang sihat,pemakanan harian perlu lah mengandungi vitamin E dan zat besi.Sebaiknya anda perbanyakkan minum air,kurangkan pengambilan garam dan makanan ringan serta lebihkan sayur-sayuran.Contohnya lobak yang kaya dengan vitamin A yang baik untuk rambut.Buah prun pula padat dengan zat besi sementara oat pula kaya serat dan tinggi kandungan zink,zat besi dan asid lemak omega-6 yang menjadi agen utama dalam pertumbuhan rambut.

Rawatan Kulit Kepala
Jika anda ingin mendapatkan rawatan di salun-salun,anda disarankan mendapatkan rawatan yang menggunakan bahan semula jadi atau organik.Biasanya rawatan yang memberikan haruman pudina pula berkesan kerana ekstrak pudina dapat mengimbangi minyak. 

Sayangi rambut anda!!!

2 comments:

  1. mahkota lelaki aper ekkk :)

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang baik.. jarang buat rawatan rambut tu.. hehe.. :D

    ReplyDelete