Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Wednesday, 13 November 2013

20 Tip Murah Rezeki Cara Islam Part 2

Assalamualaikum....

Sambungan 20 tip murah rezeki cara Islam part 1 semalam....

#11 - Menjalin silaturrahim : Insya Allah seseorang itu akan dilapangkan rezekinya jika dia merapatkan silaturrahim dengan semua orang.

#12 - Melazimi kekal berwuduk : Dengan menjaga kebersihan dan sentiasa bersih daripada hadas juga dikatakan punca kepada keluasan rezeki yang akan Allah SWT  akan kurniakan.


#13 - Bersedekah : Sedekah mengundang rahmat Allah SWT  dan juga akan menyuburkan lagi rezeki yang diperolehi.Jangan risau,Allah SWT  akan melipat gandakan rezeki kepada pemberi sedekah.Bersedekah tidak akan mengurangi walau sedikit pun rezeki kita,malahan semakin bertambah.

#14 - Melazimi solat malam : Solat malam seperti solat tahajud sangat baik dijadikan amalan rutin demi mendapatkan keredhaan Allah SWT kerana pada waktu itulah waktu yang mustajab untuk berdoa.

#15 - Melazimi solat dhuha : Amalan solat dhuha yang dilaksanakan sewaktu orang sedang sibuk dengan urusan duniawi juga mempunyai rahsianya tersendiri.Amalkan.

#16 - Sentiasa bersyukur kepada Allah : Setiap waktu dan ketika,kita sebagai hamba-Nya  wajib bersyukur atas segala kurniaan-Nya.Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah SWT.

 HOT: Siapa yang ada blog,suka tulis kisah jiwang,boleh menang RM5,000 KLIK SINI
HOT: Between these two types of parties,which is more fun to you?

#17 - Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Al-Quran : Zikir daripada ayat-ayat Al-Quran atau Asma'ul Husna selain menenangkan hati,ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu,terbukanya pintu hidayah,dimudahkan kefahaman agama,diberi kemanisan imam dan dilapangkan rezeki.

#18 - Berdoa : Berdoa menjadikan seorang hamba itu dekat dengan Allah SWT,penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya.

#19 - Berikhtiar atau berusaha sehabisnya : Barangsiapa berusaha pasti dia akan mendapat memperolehi hasilnya.Perkara ini adalah sunnatullah.

#20 - Bertawakal : Dengan bertawakal semata- mata kepada Allah SWT ,seseorang itu akan direzekikan  dengan rasa kaya secukupnya.

20 Tip Murah Rezeki Cara Islam Part 1

2 comments: