Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Tuesday, 12 November 2013

20 Tip Murah Rezeki Cara Islam Part 1

Assalamualaikum

KLA nak kongsi tip murah rezeki cara Islam...

#1 - Menyempatkan diri beribadah : Allah SWT telah berjanji tidak akan mensia- siakan hamba-Nya yang sentiasa mengabdikan dirinya kepada Allah walaupun apa jua keadaan.Oleh yang demikian,walau sibuk macam mana pun,bahagi lah masa dengan sebaiknya untuk tunaikan solat 5 waktu serta beribadah sebanyak- banyaknya.


#2 - Memperbanyakkan istighfar : Istighfar adalah lafaz atau perbuatan rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di hadapan Allah SWT,yang menjadi penyebab Allah jatuh kasih dan kasihan terhadap hamba-Nya lantas Allah berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.Dengan selalu mengamalkan beristighfar,insya Allah dosa-dosa kecil yang selama ini dilakukan akan dapat dihapuskan dengan izin Allah SWT.

#3 - Wajib tinggalkan maksiat : Dosa yang dilakukan akan menjadi batu penghalang daripada rezeki mengalir kepada kita.Betapa pentingnya kita menjaga amalan supaya rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada kita itu adalah beserta dengan berkat dari-Nya.
#4 : Sentiasa ingat kepada Allah : Dengan banyak mengingati Allah SWT ,ia akan membuat hati kita menjadi tenang dan kehidupan terasa lapang.Kelapangan rezeki seperti ini hanya dapat dinikmati oleh orang- orang yang beriman.Ketenteraman inilah yang sebenarnya menjadi dambaan seluruh umat manusia.Hanya zikirlah yang mampu memberikan ketenangan jiwa zahir dan batin kepada kita.

#5 : Berbakti mendoakan ibu bapa : Mendoakan kedua ibu bapa juga menjadi sebab terbukanya pintu rezeki.Ini kerana mereka lah yang telah bersusah payah melahirkan,membesarkan dan mendidik kita sehingga dewasa dan berjaya menguruskan kehidupan sendiri.Berbaktilah kepada kedua-dua orang tua selagi mereka masih bernafas kerana ia menjadi sebab yang kukuh mengalirnya sungai dan limpahan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita.

#6 : Membantu mereka yang lemah : Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah mengembirakan dan meraikan orang tua,orang sakit,anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.

#7 : Tunaikan hajat orang lain : Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah SWT permudahkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri.

#8 : Banyak berselawat - Wujud hadith yang menyeru kita supaya berselawat jika hajat atau cita- cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya sebuah hajat.

#9 : Berbuat kebajikan - Sekiranya kita sentiasa melakukan kebaikkan di dunia ini,seluruh isi alam ini,pohon-pohon, alam semesta dan seluruh ciptaan Allah SWT akan turut mendoakan kita.Insya-Allah pastinya pintu rezeki juga akan terbuka luas.

#10 : Berpagi - pagi - Ianya bermaksud memulakan aktiviti harian sebaik - baik selesai solat Subuh adalah amalan yang berkat.Dikala pagi,kita akan menjadi lebih cergas dan otak juga akan menjadi lebih cerdas. Apabila otak dan minda telah bersedia,segala urusan akan menjadi lebih mudah,teratur dan terurus dengan baik.

Sabar menanti Part 2 yer.....thanks...

No comments:

Post a Comment