Sunday, 10 November 2013

Jalan-jalan Zoo Taiping

Assalamualaikum....

Pada cuti hujung minggu lepas,KLA berpeluang berkunjung ke Zoo Taiping.Tak ada perancangan pun,spontan aje pagi tuh,KLA dan keluarga buat keputusan untuk ke sana...

KLA sampai di Zoo Taiping dalam jam 12 tengah hari.Buat pengetahuan semua,Zoo Taiping ini dibuka setiap hari sepanjang tahun dan mula di buka mulai jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang.Bayaran masuk untuk dewasa ialah RM16.00 dan RM8.00 untuk kanak-kanak.

Tiket,Harga Tiket,Zoo Taiping,Night Safari,Kasih,Lestari,Abadi

Bagi KLA,memang berpuas hati dan berbaloi ler melawat Zoo Taiping sambil menambah pengetahuan mengenai dunia haiwan.Banyak juga haiwan-haiwan yang pertama kali KLA tengok.Sesuai sangat untuk para ibu bapa membawa kanak-kanak mereka untuk mengenali haiwan.

Di dalam Zoo Taiping,setiap pengunjung boleh membuat pilihan sama ada ingin meronda sekitar zoo dengan cara berjalan kaki atau menaiki keretapi mini zoo.Keretapi mini zoo adalah percuma.Untuk meronda di zoo,KLA memilih untuk berjalan kaki sejauh 2.5 KM kerana kita boleh lebih fokus pada satu-satu haiwan.


Zoo Taiping yang terletak di Taiping Perak ini juga mempunyai boleh dilawati juga pada waktu malam atau lebih dikenali dengan Night Safari.Untuk Night Safari,ianya dibuka pada jam 8.00 malam hingga 11.00 malam setiap malam dan waktunya dilanjutkan pada jam 12.00 malam untuk hari minggu.Harga bayaran tiket masuk Night Safari ialah RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.KLA belum mencuba lagi Night Safari.Ada kesempatan nanti,KLA akan cuba untuk merasai Night Safari.

Zoo Taiping,Night Safari,Kasih,Lestari,Abadi



1 comment:

  1. Zoo taiping ada night safari jugak kan...Lama tak pegi Taiping, last pegi saudara kahwin, tp tak jalan-jalan pun

    ReplyDelete