Thursday, 14 November 2013

Resepi : Omelette Sardin

Assalamualaikum...

Bosan asyik masak telur dadar cara sama?Jom...kita masak cara lain pula...

KLA nak kongsi resepi omelette sardin...letak sardin dalam masakan telur...



(maaf ler...rupa tak lawa,tapi best!!)

Bahan-bahan :

1 Tin Sardin Kecil
3 Biji Telur
4 Biji Cili padi - dihiris
2 Biji Bawang Merah - Dimayang

Cara:
1. Asingkan ikan sardin dan kuah.Hancurkan ikan sardin tersebut.
2. Pecahkan telur dan pukul.
3. Masukkan ikan sardin yang telah dihancur tadi,bawang merah,cili padi,garam
4. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng seperti biasa.
5.Sedia untuk dihidangkan...



6 comments:

  1. lepas tu kuah sardin tu tak guna la ea..buang ?
    ok jgk ni ..rasa mcm murtabak sardin x? tp msti lg sdap sbb ad telur ..huhu
    nice sharing KLA :)

    ReplyDelete
  2. dapat bayangkan kesedapan itu sebenarnya... *_^ dan boleh dicuba ni...

    ReplyDelete
  3. ye la kan! asyik biasa je..hihihi thanks kak resepi tu..

    ReplyDelete