Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Friday, 22 August 2014

Cara Buat Duit Melalui Giveaway

Assalamualaikum...

Entri kali ini,KLA nak sembang pula pasal buat duit melalui penyertaan giveaway.Hinggakan ada para blogger yang menjadikan hobi dengan menyertai pelbagai giveaway. Boleh ketagih tau dengan giveaway ni.

Para blogger semua mesti sudah tahu apakah yang dimaksudkan dengan giveaway kan? Kebiasaannya owner blog akan menawarkan giveaway dalam tempoh tertentu untuk disertai oleh semua para blogger dengan syarat-syarat tertentu. Untuk menarik ramai penyertaan,owner blog akan menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi termasuklah hadiah wang tunai,voucher dan produk fizikal.Tapi,anda jangan fikir,hadiah selain wang tunai itu tidak membantu pendapatan anda.Contohnya seperti memenangi hadiah topup,sekurang-kurangnya jimat duit anda pada bulan tersebut kerana telefon anda sudah di tambah nilai oleh penaja giveaway tersebut.

Sebenarnya,giveaway adalah pertandingan yang sihat di mana ianya akan memberi kebaikkan kepada semua pihak yang terlibat samaada pihak penganjur,penaja dan juga peserta.

Pihak penganjur boleh mendapat manfaatnya melalui trafik yang datang ke blog beliau. Ramai para blogger yang akan berkunjung ke blog untuk menyertai giveaway disamping menziarahi blog tersebut. Secara tidak langsung,ianya dapat mempromosikan blog.

Penaja pula biasanya akan menaja sesuatu giveaway untuk mempromosikan blog atau produk jualannya.Cara promosi ini juga boleh mengandakan hasil jualan sesuatu produk itu.

Untuk para peserta sudah semestinya hadiah yang dimenangi itu lah pulangan yang akan anda dapat.Lebih menguntungkan lagi jika hadiah yang dimenangi ialah berbentuk wang tunai.


KLA ada menawarkan satu giveaway untuk disertai oleh semua.Mana tahu jimat duit topup anda bulan ini bila memenangi hadiah daripada giveaway ini.Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa tahu kan.....;) Jom join...

( Klik banner untuk join)


2 comments: