Assalamualaikum...
Dropship merupakan salah satu cara buat duit tanpa modal.
Dropship adalah salah satu cara perniagaan iaitu di mana anda
menjual produk tanpa menyimpan produk tersebut.Maksudnya,anda menjadi orang
tengah.Caranya ialah,anda mempromosikan produk tersebut hingga mendapat jualan.Apabila
anda dapat buat jualan,pesanan jualan tersebut akan diberikan kepada pembekal
dan pembekal yang akan bertanggungjawab menguruskan penghantaran produk tersebut kepada pelanggan.
Gambarajah di bawah dapat memberi lebih pencerahan:
Kebaikkan sistem dropship :
~~ Tidak perlu menyimpan stok
~~ Tidak mengalami kerugiaan jika stok tidak terjual.
~~ Tidak perlu modal kerana anda menggunakan duit yang
dibayar oleh pelanggan
untuk membayar kepada pembekal
~~ Tidak perlu susah-susah untuk ke pejabat pos.Pembekal yang
akan uruskan.
Sebelum anda membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan
secara dropship,sebaik-baiknya anda menkaji terlebih dahulu sistem ini dengan
cara :
#1 – Menkaji pasaran terkini sebelum menjual.Anda perlu
mencari produk yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.Ini kesilapan
yang selalu dibuat oleh orang ramai dengan tidak memilih produk yang mempunyai
permintaan tinggi.
#2 – Apabila sudah mengetahui produk apa yang hendak
dijual,cari pembekal yang membekal produk tersebut secara dropship.Terdapat
pembekal yang mengenakan bayaran untuk menjadi agen dropship,tetapi anda tidak perlu risau kerana terdapat juga
yang menawarkan secara percuma.Anda pilih yang percuma okey!
#3 – Anda perlu menentukan peratus keuntungan yang
dapat.Jangan lah,anda hanya mendapat keuntungan yang kecil hingga merasakan
pulangan tersebut tidak berbaloi.Bandingkan juga harga jualan produk anda
dengan pesaing supaya harga tersebut tidak ketara berbeza.Letakkan sasaran
keuntungan 20-50%.
#4 – Promosi dengan cara betul dan bersungguh-sungguh.Anda
perlu lah melakukan promosi secara
berterusan untuk mendapatkan jualan.Mungkin anda boleh melakukan promosi jualan
di laman sosial seperti facebook,twitter,instgram dan sebagainya.
Semoga info yang
dikongsi ini mampu membuka minda disamping menjadi garis panduan untuk menarik
minat anda dan terus maju dalam perniagaan tanpa mengeluarkan modal ini.
P/S: Ebook Master Dropship dalam 30 Hari sesuai untuk
sesiapa yang ingin menjadi pakar dalam bidang perniagaan dropship.KLIK DI SINI
tq share info..:)
ReplyDeleteSaya pernah jadi dropship utk jual produk kecantikan. Sampai sekarang masih lagi jadi dropship. Boleh laa buat tambah duit sikit sambil belajar ni :)
ReplyDeleteada jugak buat dropship..alhamdulillah... :)
ReplyDelete