Assalamualaikum….
Seminggu dua ini,mood untuk menulis entri hilang.Baru tulis
separuh,terus padam apabila rasa isinya yang tak menarik.Bila lah mood menulis
betul-betul nak datang.Please,datang okeh!
Sebenarnya,KLA merancang nak cari ‘Team Tabung Hijau’. Team
tabung hijau merujuk pada sekumpulan orang mengumpul duit RM5 sebagai koleksi
atau simpanan.Team ini KLA buka kepada sesiapa yang berminat.Untuk penyertaan
boleh PM KLA di
Facebook.
Cara menabung ialah dengan mengumpul duit RM5 (kepingan
warna hijau) sebanyak yang boleh.Duit tersebut mestilah diperolehi daripada
urusan harian anda dan bukannya duit yang sengaja di tukar dengan akak cun kat
bank,atau di tukar dengan Kedai Runcit Makcik Timah.Kumpul sebanyak yang
mungkin kepangan hijau dan setiap 30hb hendaklah melaporkan jumlah kepingan
yang dimiliki kepada KLA.KLA akan membuat laporan graf kepingan yang diperolehi
untuk dibandingkan dengan ahli team yang lain.Jangan tipu pula dalam membuat
laporan jumlah kepingan okey.Tapi ingat,tiada hadiah pun dalam permainan ini.
Kebaikkan atau kelebihan dengan tabungan ini ialah:
1) Anda dapat membuat simpanan tanpa disedari.Kalau
anda seorang yang susah menabung, memang sesuai lah aktiviti tabungan ini.
2) Tabungan ini melatih anda untuk berdisplin
supaya jangan menggunakan kepingan hijau dalam urusan harian.Jika anda
memperolehi duit kepingan hijau,terus disimpan ok.
3) Melatih diri anda untuk jujur dan amanah dengan
diri sendiri.Jangan sesekali memberi laporan
yang salah kerana ingin dilihat seorang yang berjaya mengumpul jumlah kepingan
hijau yang banyak.Jujur dan amanah dengan kawan-kawan team dan yang penting
untuk jujur dan amanah dengan-Nya.
4) Melatih semangat daya saing dengan kawan-kawan dalam
diri anda.Aura positif.
Nak guna duit koleksi ini?Jangan risau,anda berhak untuk
menggunakan duit ini dikala memerlukan dengan syarat hebahkan pada kawan-kawan
team jumlah duit yang di ambil dan tujuan di ambil.Contohnya seperti ambil RM50
untuk beli barang dapur.Tapi ingat lah,apabila anda sudah mengambilnya,kepingan
anda makin berkurang.Graf akan menurun.
Dalam permainan koleksi ini,kejujuran tersangat lah penting
kerana duit yang disimpan tersebut disimpan sendiri.Jangan membuat laporan yang
tidak sama dengan jumlah kepingan yang dimiliki.Ingat,kita ada Allah.
Siapa yang berminat dan ingin tahu dengan lebih lanjut boleh
PM di
Facebook KLA.Jangan risau,ini bukan MLM ke apa,ini hanya sekadar
suka-suka disamping membuat tabungan sendiri tanpa sedar.Ye lah,nak harapkan
usaha menyimpan,tak juga simpan-simpan,baik kumpul koleksi macam ni.Mana
tahu,sedar-sedar anda dah berjaya kumpul 100 keping.Cuba kira,RM5 x 100keping =
RM500.
Jom kita amalkan sikap menabung!