Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Monday 22 September 2014

Resepi Nasi Goreng Sardin

Assalamualaikum...

Sebelum ini KLA ada kongsi resepi Nasi Goreng Cili Padi dan hari ini KLA nak kongsi resepi Nasi Goreng Sardin.Buat sesiapa yang inginkan kelainan dalam masakan nasi goreng boleh lah mencuba resepi ini.Sedap dan mudah. 


Bahan-bahan
Nasi Putih
1 Tin Sardin Kecil
3 Biji Bawang Merah (Ditumbuk)
1 Biji Bawang Putih (Ditumbuk)
3-4 Cili Padi (Ditumbuk)
1 Biji Telur
Lobak Merah
Garam
Minyak

Cara-cara:
1- Asingkan ikan dan sos sardin tersebut.Ambil ikan sardin dan hancurkan dengan nasi putih
2- Goreng telur dan kacau(buat scrambled egg)- KLA lebih suka buat macam ini sebab nak rasa telur semasa makan.Angkat dan ketepikan
3- Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk
4- Kemudian masukkan sos sardin dan lobak tadi dan gaul seketika.
5- Masukkan nasi putih yang sudah digaul ikan sardin, scrambled egg,garam dan kacau sehingga sebati dan masak.
6- Siap dan sedia untuk dihidang.


SELAMAT MENCUBA



8 comments:

  1. Dah la tgh diet nasi...ni nampak plak gambar nasi goreng....huwaaaaaaa.....lapar...

    ReplyDelete
  2. 1st time cuba mkn ni dkt cameron highland...woww.teringt smpai sudah.. Try buat sendiri plak.tp xsama dgn cinta pertama..huhu

    ReplyDelete
  3. waduh.... hilang diet cengini..

    entry terkini...Hari malaysia di Gabai

    ReplyDelete
  4. emm, simple n sedapnyer..yum3..boleh try ni..

    ReplyDelete
  5. adoiiii.lapar plak tgk nasi goreng nie

    ReplyDelete
  6. KLA,khaty 'tag" GA nie
    First Giveaway : Giveaway Contest ,tak treti nak letak link..ngee

    ReplyDelete
  7. Tak pernah buat lagi ... Biasa buat ng chili padi or belacan ...

    ReplyDelete