KLA sudah pandai buat sos sendiri...Ahak,padahal orang lain dah lama pandai...Apa pun suka sangat bila sudah pandai buat sos sendiri kerana kita akan tahu prosesnya yang bersih dan halal serta memenuhi citarasa kita sendiri.
Ini gambar sos cili yang pertama kali KLA buat:
Resepi :
Bahan
6 Batang Cili Merah
2 Biji Tomato
3 Ulas Bawang Putih
1 Inci Halia
4 Sudu Cuka
2 Titik Stevia
Garam
Sedikit Bancuhan Tepung Jagung
Cara
~Kisar Cili Merah,Tomato,Bawang Putih,Halia dan sedikit air dengan menggunakan blender.
~Masak di atas api perlahan bahan-bahan yang dikisar tadi.
~Masukkan garam,stevia,cuka dan tepung jagung
~Masak sehingga mendidih dan siap.
Gambar sos cili yang KLA buat untuk kali kedua.
Di atas gambar makanan diet atkins KLA iaitu scramble egg yang dicampur cheese dan serbuk lada hitam serta di makan dengan sos cili atkins....HAPPY...
Tq sbb bkongsi resepi ni..nti nak cuba juga :)
ReplyDeleteKalau tadak stevia nak gntikan dgn gula boleh ka?
ReplyDelete