Assalamualaikum dan hai
Hari terakhir di Ho Chi Minh.Setiap masa sangat berharga
bila kita pergi melancong di mana-mana.Oleh itu,pagi lagi,KLA sudah mengambil
sarapan di hotel.Selesai sahaja sarapan,KLA terus ke Pasar Ben Than kerana KLA
belum membeli kain lagi.Pada masa yang sama juga,KLA perlu kembali ke hotel
sebelum jam 12 kerana itu waktu check out hotel.
Kalut juga membeli di Pasar Ben Than,tapi KLA bernasib baik
kerana membuat senarai apa yang perlu di beli.Sekurangnya jimat masa KLA nak
berfikir.Sempat lah KLA beli beberapa kain cotton dan kain jubah.Yang seronok
membeli di pasar ini ialah kain yang dibeli tadi akan dihantar sendiri oleh
penjual ke hotel.Tidak perlu lah kita membawa barang-barang yang berat itu.Apa
yang penting ialah,kita perlu membawa kad hotel sebanyaknya untuk panduan para
penjual.
KLA balik sebelum jam 12 ke hotel untuk proses mengemas
barang-barang.Beg yang siap di packing akan di letakkan di lobi hotel sementara
menunggu waktu petang untuk ke hotel.Jangan lupa untuk menimbang beg untuk
mengelak daripada terjadi kes terlebih muatan.
Memandangkan masa masih ada,KLA pergi sekali lagi ke Pasar
Ben Than untuk sesi terakhir mencuci mata.Tengah hari,KLA makan di Restoran
Hajah Basiroh.Ketika makan,hujan turun dengan lebatnya.Lama jugalah KLA melepak
di Resroran Hajah Basiroh.Tapi pada masa yang sepatutnya KLA kembali ke
hotel,hujan masih lagi hujan dan membuatkan KLA terpaksa meredah hujan.Mandi
hujan Vietnam…Tidak lama KLA berada di hotel,terjadi banjir kilat.Melimpah juga
di depan hotel itu.
Tepat jam 5,KLA menaiki teksi yang diuruskan oleh pihak
hotel ke lapangan terbang.Penerbangan yang sepatutnya jam 8 telah ditunda ke
jam 9.Bye bye Ho Chi minh
selamat pulang akak..
ReplyDelete