Assalamualaikum...
Dalam duk enjoy dapat 2 CPUV yang tengah on going,KLA dapat lagi CPUV...Syukur...syukur...Alhamdulillah...
CPUV : HP PC Demand Gen Digital...
Thanks Nuffnang
Jom Follow!!
CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu
Saturday, 23 August 2014
Friday, 22 August 2014
Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia
Klik Banner Untuk Join |
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah... setelah sebulan lebih perancangan, akhirnya dapat juga saya lancarkan buat julung kalinya Mega Giveaway 2014.
Give Away ini adalah sempena bulan kelahiran saya dan anak merdeka Faiqah iaitu pada tanggal 31 Ogos. Mega Give Away ini dianjurkan oleh pemilik blog ini dan ditaja oleh ramai blogger untuk mencari ramai pemenang.
Mega Give Away ini ditaja oleh:
[Maria Firdz][Suria Amanda] [Nur Shaira Elianis] [Kisah Si Diary] [Nurul Hidayah] [Ecah Boolat] [Mar Mansor] [Hasliynda Umairah] [Zara] [Mira Shakira] [Azwar Syuhada] [Nur Intan] [Azlan Strider] [Anies] [Natasya] [Nadia Mustafar] [Needa Aziz] [Farahdeena] [MG schmidt] [Ija Mawar] [Blog Santai] [Fatimah Azzahrah] [Idah Rashid] [Meera Ishak] [Fatimah Nabila] [Nazeck Zainal] [Nur Shaira Elianis]
Tempoh:
03 Ogos 2014 hingga 16 September 2014 [23:59PM]
Hadiah:
Cash RM30
Cash RM20
Cash RM20
1 Naskah al-Quran
Buku terbitan Ana Muslim
Buku Agama x 1 Pemenang
Kain Ela 2Meter Warna Plain
Wallet Sophie Paris
Wallet
Widescreen Sticker
Voucher RM5 untuk barang preorder di Cayesha
Brooch
2 Car Perfume
Keychain Sarawak
EXO-M Postcard
Bookmark dan Keychain
Topup RM10 x 2
Topup RM10 x 2
Topup RM10 x 2
Topup RM10 x 1
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 2
Topup RM5 x 2
Header Blog x 2
Watermark x 5
Review Blog x 2
Hadiah Misteri x 2
Cara Buat Duit Melalui Giveaway
Assalamualaikum...
Entri kali
ini,KLA nak sembang pula pasal buat duit melalui penyertaan giveaway.Hinggakan
ada para blogger yang menjadikan hobi dengan menyertai pelbagai giveaway. Boleh
ketagih tau dengan giveaway ni.
Para blogger
semua mesti sudah tahu apakah yang dimaksudkan dengan giveaway kan? Kebiasaannya
owner blog akan menawarkan giveaway dalam tempoh tertentu untuk disertai oleh
semua para blogger dengan syarat-syarat tertentu. Untuk menarik ramai
penyertaan,owner blog akan menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi
termasuklah hadiah wang tunai,voucher dan produk fizikal.Tapi,anda jangan
fikir,hadiah selain wang tunai itu tidak membantu pendapatan anda.Contohnya
seperti memenangi hadiah topup,sekurang-kurangnya jimat duit anda pada bulan
tersebut kerana telefon anda sudah di tambah nilai oleh penaja giveaway
tersebut.
Sebenarnya,giveaway
adalah pertandingan yang sihat di mana ianya akan memberi kebaikkan kepada semua
pihak yang terlibat samaada pihak penganjur,penaja dan juga peserta.
Pihak
penganjur boleh mendapat manfaatnya melalui trafik yang datang ke blog beliau. Ramai
para blogger yang akan berkunjung ke blog untuk menyertai giveaway disamping menziarahi
blog tersebut. Secara tidak langsung,ianya dapat mempromosikan blog.
Penaja
pula biasanya akan menaja sesuatu giveaway untuk mempromosikan blog atau produk
jualannya.Cara promosi ini juga boleh mengandakan hasil jualan sesuatu produk
itu.
Untuk para
peserta sudah semestinya hadiah yang dimenangi itu lah pulangan yang akan anda
dapat.Lebih menguntungkan lagi jika hadiah yang dimenangi ialah berbentuk wang
tunai.
KLA ada menawarkan satu giveaway untuk
disertai oleh semua.Mana tahu jimat duit topup anda bulan ini bila memenangi
hadiah daripada giveaway ini.Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa tahu
kan.....;) Jom join...
( Klik banner untuk join)
Thursday, 21 August 2014
Cara buat duit secara dropship
Assalamualaikum...
Dropship merupakan salah satu cara buat duit tanpa modal.
Dropship adalah salah satu cara perniagaan iaitu di mana anda
menjual produk tanpa menyimpan produk tersebut.Maksudnya,anda menjadi orang
tengah.Caranya ialah,anda mempromosikan produk tersebut hingga mendapat jualan.Apabila
anda dapat buat jualan,pesanan jualan tersebut akan diberikan kepada pembekal
dan pembekal yang akan bertanggungjawab menguruskan penghantaran produk tersebut kepada pelanggan.
Gambarajah di bawah dapat memberi lebih pencerahan:
Kebaikkan sistem dropship :
~~ Tidak perlu menyimpan stok
~~ Tidak mengalami kerugiaan jika stok tidak terjual.
~~ Tidak perlu modal kerana anda menggunakan duit yang
dibayar oleh pelanggan
untuk membayar kepada pembekal
~~ Tidak perlu susah-susah untuk ke pejabat pos.Pembekal yang
akan uruskan.
Sebelum anda membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan
secara dropship,sebaik-baiknya anda menkaji terlebih dahulu sistem ini dengan
cara :
#1 – Menkaji pasaran terkini sebelum menjual.Anda perlu
mencari produk yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.Ini kesilapan
yang selalu dibuat oleh orang ramai dengan tidak memilih produk yang mempunyai
permintaan tinggi.
#2 – Apabila sudah mengetahui produk apa yang hendak
dijual,cari pembekal yang membekal produk tersebut secara dropship.Terdapat
pembekal yang mengenakan bayaran untuk menjadi agen dropship,tetapi anda tidak perlu risau kerana terdapat juga
yang menawarkan secara percuma.Anda pilih yang percuma okey!
#3 – Anda perlu menentukan peratus keuntungan yang
dapat.Jangan lah,anda hanya mendapat keuntungan yang kecil hingga merasakan
pulangan tersebut tidak berbaloi.Bandingkan juga harga jualan produk anda
dengan pesaing supaya harga tersebut tidak ketara berbeza.Letakkan sasaran
keuntungan 20-50%.
#4 – Promosi dengan cara betul dan bersungguh-sungguh.Anda
perlu lah melakukan promosi secara
berterusan untuk mendapatkan jualan.Mungkin anda boleh melakukan promosi jualan
di laman sosial seperti facebook,twitter,instgram dan sebagainya.
Semoga info yang
dikongsi ini mampu membuka minda disamping menjadi garis panduan untuk menarik
minat anda dan terus maju dalam perniagaan tanpa mengeluarkan modal ini.
P/S: Ebook Master Dropship dalam 30 Hari sesuai untuk
sesiapa yang ingin menjadi pakar dalam bidang perniagaan dropship.KLIK DI SINI
Subscribe to:
Posts (Atom)