Assalamualaikum dan hai
Masuk hari kedua,KLA bersarapan di hotel kerana termasuk
dalam pakej.So,kalau nak cari hotel,cari lah yang sediakan sarapan juga.Tapi
ingat,pastikan ianya HALAL.
Untuk hari kedua,KLA akan ke Sungai Mekong.Tapi sebelum
itu,guide kami bawa makan Mee Pho dan minum Nescafe ais.Sebutan untuk ‘pho’ ialah
fer.Nescafe ais memang tidak dinafikan,teramat sedap.Boleh ketagih tu.Mee Pho
dan Nescafe ais sememangnya makanan popular di sini.Ingat,tidak lengkap datang
ke Ho Chi Minh kalau tidak makan mee pho dan Nescafe.
Selepas dua kali sarapan,kami terus bertolak ke Sungai
Mekong.Perjalanan mengambil masa satu jam dari Bandar Ho Chi Minh untuk ke
Sungai Mekong.
Sungai Mekong adalah
sungai ke-12 terpanjang di dunia, ke-10 terbesar dari segi isipadu dan
mengeluarkan 475 km padu air setiap tahun. Panjangnya 4880 km dan lembangan
Sungai Mekong seluas 812,000 km persegi.
Di Sungai Mekong yang airnya bagaikan air Nescafe ini,kami
dibawa oleh bot untuk ke pulau-pulau.Di pulau pertama (Lupa nama
pulau-pulau),kami di bawa ke tempat membuat coklat berasaskan kelapa.Guide juga
menunjukkan cara memproses santan daripada sebiji kelapa.Untuk kita orang
Malaysia ini memang sudah biasa melihat proses ini.Kemudian,kami di bawa bersiar-siar di kampong diaorang dengan menaiki kereta kuda.
Bersambung....