Assalamualaikum dan hai
Sebenarnya sudah lebih sebulan KLA balik dari bercuti di Ho Chi
Minh,Vietnam.Tapi baru berkesempatan nak berkongsi kisah-kisah KLA di sana.KLA
tak pergi lama,hanya 3 hari 2 malam.Tak boleh nak tinggalkan kerja.
Tiba di Lapangan Terbang Ho Chi Minh,rombangan KLA di sambut oleh
agen yang akan membawa kami menaiki van untuk ke Cu Chi Tunnel.Cu Chi Tunnel
merupakan sebuah terowong yang di bina oleh komunis Vietnam dalam menentang
tentera Amerika Syarikat.
Di sini,KLA didedahkan taktik-taktik yang digunakan oleh komunis Vietnam ketika perang.Para pengunjung juga boleh merasa sendiri pengalaman berada di bawah tanah dengan memasukinya.KLA juga tidak berlepas peluang mencuba berjalan di bawah tanah.Berjalan sambil menundukkan badan sememangnya mencabar dan tidak dapat dibayangkan bagaimana kehidupan para komunis Vietnam ketika itu.
Perjalanan yang panjang di kawasan Cu Chi Tunnel,KLA telah dihidangkan ubi kayu rebus dicicah dengan kacang hancur beserta air teh.Ini merupakan makanan utama ketika perang.Memang sedap rasanya apabila KLA sendiri sudah lama tidak makan ubi kayu.
Panduan peta di Cu Chi Tunnel

Setelah selesai berjalan di Cu Chi Tunnel,KLA dihidangkan makanan
oleh agen.Ini termasuk dengan pakej yang KLA minta.Dan apa yang tak disangka
oleh KLA ialah,dapat jumpa nasi dengan lauk seperti di Malaysia.Al maklum,dah
penat berjalan,mestilah rindu dengan masakan Malaysia.Bagus dapat agen yang
memahami keinginan rombangan KLA.Kami makan secara santai di luar pintu masuk
Cu Chi Tunnel itu.Selesai sahaja makan tengah hari,rombangan KLA terus bertolak
ke Hotel.
Pada mulanya,KLA sudah menempah Thant Lien Hotel secara
online,tetapi bila sampai di sana,pihak hotel menukarkan kami ke Cat
Hotel.Terkejut juga kami,tapi nasiblah KLA sudah membaca di blog tentang
kejadian ini yang biasa akan berlaku iaitu pertukaran hotel oleh pihak
mereka.Terpaksa lah terima.Pihak hotel akan memegang passport kita sepanjang
kita menginap di hotel ini.
Bila pergi melancong,masa sangat berharga.Supaya masa tidak
membazir begitu sahaja,setelah hantar beg ke bilik hotel,KLA berjalan pergi ke
Pasar Ben Than.Ianya mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja jarak antara
hotel ke pasar.Pad malamnya pula,KLA keluar membeli belah di pasar malam mereka
yang sangat awesome!KLA tidak mengambil gambar di Pasar Ben Than dan pasar
malam kerana faktor keselamatan. Bahaya menunjukkan harta kita di khalayak umum.Untuk
makan malam,KLA makan di Restoran Kampung Melayu.Harganya boleh tahan juga mahalnya..
Oklah,bersambung pada part 2.
tgk gambar jer tringin nak pergi
ReplyDeleteseronok nyeee
ReplyDeletewahhhh bestnya
ReplyDeletesalam kenal
ReplyDelete#1237
http://www.coretanhatiibu.com
selamat bercuti KLA,, saya menanti part 2,, pasti seronok hihi,,