Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Monday 27 May 2013

Minyak Wangi oh Minyak Wangi...

Minyak wangi sentiasa menjadi kegilaan semua orang tidak kira wanita,lelaki,remaja ataupun dewasa.Ianya menjaminkan kebersihan badan daripada bau yang tidak menyenangkan.Minyak wangi sudah wujud sejak zaman Cleopatra lagi di Mesir dan ia dihasilkan dengan gabungan aroma dari kaedah penghasilan pati minyak bunga dan herba.Dan kini,Perancis dan Eropah menjadi tumpuan untuk perdagangan dan penghasilan minyak wangi terkemuka di dunia.


Minyak wangi terbahagi kepada:
~ Eau de parfum - minyak wangi yang paling tinggi kepekatannya,tahan sehingga enam jam
~ Eau de toilette - bertahan dua hingga empat jam
~ Eau de cologne - bertahan dua jam pemakaian

Kesesuaian wangian di pakai juga bergantung pada personaliti dan imej diri adalah pengenalan personaliti anda sama ada anda seorang yang klasik,dramatik,nautral,lasak atau feminin

~ Klasik - sesuai wangian berbentuk kepada bungaan dan bau bedak iaitu sedikit bau bunga dan bau kayu.
~Dramatik -  Sesuai memilih pesona bau minyak wangi yang lebih kuat dari keluarga oriental atau musk.
~ Natural atau lasak -  sesuai dengan aroma kehijauan tumbuhan serta kesegaran sitrus.
~ Feminin - sesuai dengan pelbagai pilihan aroma bunga

Untuk memakai minyak wangi,semburlah pada titik nadi seperti belakang telinga,leher,pergelangan tangan dalam,tengah dada,siku dan lutut.Kenapa pada titik nadi?....Titik nadi akan memanaskan minyak wangi yang berada di situ untuk memberikan ketahanan pengeluaran bau yang berpanjangan.

Sesuai juga di pakai secara berperingkat supaya keharuman berkekalan sepanjang hari seperti wangian aroma dari sabun atau gel mandian serta losyen badan dipakai sewaktu pagi,eau de toilette pada waktu tengah hari dan eau de parfum pada waktu petang dan akan bertahan sehingga malam.

Wangian minyak wangi mampu menyegarkan anda dan terasa yakin dalam melakukan aktiviti harian. 


Aku guna.....Japanese Cherry Blossom semestinya produk The Body Shop

U alls pakaian wangian apa lak?kongsi...kongsi...



2 comments:

  1. kite guna silkygirl je. sebab model dia stacy! wakakaa.

    ReplyDelete
  2. den pakai Jadore (Dior) & Issey Miyake..dolu zaman memulo kojo gilo dongan Channel No. 5...ngeh3!

    ReplyDelete