Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Saturday 10 January 2015

Sesi Persekolahan 41 Sekolah Ditunda Lagi

Assalamualaikum....

Dah lama pula KLA tak fokus pada blog.Labah-labah pun dah datang bertenggek agaknya...Tapi sebagai permulaan (baru nak mula ke?),KLA dah tukar langsir rumah..Tengok ler header KLA yang baru...KLA beli waktu sale...apa ingat baju aje ada sale,header blog pun ada jugak!!...100% diskaun lagi..Jangan terkejut ye....Kalau nak tahu macam mana KLA boleh dapat 100% diskaun boleh rujuk entri Header Blog Percuma

Ok kita berbalik pada tajuk entri.Semua orang sudah maklum yang negara kita Malaysia telah dilanda bencana banjir yang dasyat sehinggakan ada yang kehilangan tempat tinggal.Amat sedih ler bila melihat gambar-gambar kesan daripada bencana banjir.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...

Sehubungan dengan bencana banjir ini,pihak Kementerian Pendidikan telah menunda tarikh permulaan sesi persekolahan 2015 yang pada mulanya jatuh pada 4 dan 5 Januari kepada 11 dan 12 Januari.Ini membagi ruang untuk semua pihak benar-benar bersedia untuk kembali ke sekolah.

Namun demikian,masih terdapat beberapa sekolah yang masih belum bersedia untuk memulakan sesi persekolah pada Ahad/Isnin nanti disebabkan masih terdapat sekolah yang dinaiki air dan juga sekolah dijadikan tempat pemindahan mangsa banjir.Pihak Kementerian Pendidikan mengizinkan sebanyak 41 buah sekolah ditunda lagi semula sebelum kembali memulakan sesi persekolahan pada 18 dan 19 Januari nanti.Tetapi sesi persekolahan yang ditunda ini perlu diganti.

Berikut ialah senarai sekolah yang terlibat dengan penundaan sesi persekolahan.

P/S: sumber daripada BH Online.

Semoga semua mangsa-mangsa banjir tabah dalam menghadapi dugaan ini.


2 comments:

  1. eh,ya kah??Kena tangguh lagi sesi persekolahan tahun ini??

    ReplyDelete
  2. Banjir masih ade lagi.. Cik Kasih..... Jom la join GA Papaglamz..
    RED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ

    ReplyDelete