Bahan A :
½ paket agar-agar bertali
2 ½ cawan air
1 cawan gula
Pewarna
Bahan B :
1 paket agar-agar bertali
5 cawan air
½ tin susu pekat
1/2 cawan gula
Cara Memasak Bahan A :
Rebus agar-agar bersama 2 ½ cawan air hingga hancur.
Setelah hancur, masukkan gula. Tunggu hingga
mendidih dan padamkan api.
Bahagikan agar-agar kepada beberapa bekas warna yang diingini.. Setiap bekas
dimasukkan dengan warna yang berlainan. Tunggu
hingga agar-agar keras.
Apabila agar-agar telah keras. Potong agar-agar berbentuk
dadu kecil-kecil.
Masukkan agar-agar yang dipotong tadi ke dalam loyang.
Cara Memasak Bahan B :
Masak agar-agar bersama 5 cawan air hingga hancur.
Setelah itu, masukkan gula dan susu. Tunggu hingga mendidih.
Tutup api dan
tuangkan agar-agar susu ke dalam loyang bahan A iaitu agar-agar yang dipotong dadu
tadi.
Tunggu hingga agar-agar keras. Jika ingin agar-agar lebih
cepat keras masukkan ke dalam peti sejuk.
Siap!!...nyummy...
No comments:
Post a Comment