Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Wednesday 30 January 2013

Kota Kinabalu-Sabah Day 2

Kisah hari  kedua di Sabah....Pagi dalam jam 7 aku bertolak ke Ranau...
Dari KK ke Ranau adalah dalam 2 jam...On the way ke Ranau,aku singgah sebentar bersarapan pagi di Restoran Anjung Rasa.Tak pasti lak nama tempat restoran ni,tapi ianya sebelum sampai Hospital Tuaran.


Aku bagi restoran ni 7/10....harga nya murah..

Kemudian aku meneruskan lagi perjalanan menuju ke Spa ikan..Spa ini terletak di Sungai Moroli,Kampung Luanti,Ranau...Kalau korang dari Kundasang tuh,pergi straight aje.Kalau rasa was-was,tengok aje signboard Sabah Tea Garden kerana spa ini terletak di sebelah dengan Sabah Tea Garden.


Pintu masuk Spa ikan,Kampung Luanti,Ranau


Selamat Datang 'Tagal Sg Moroli,Kampung Luanti,Ranau.
Tagal bermaksud dilarang memancing dimana ianya bertujuan untuk memelihara alam sekitar serta ekosistem untuk manfaat generasi akan datang.Keunikkan spa ikan ini ialah terdapat beratus-ratus ikan kelah yang telah dijinakkan di sepanjang Sungai Moroli.Spa ini di buka jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang dari hari isnin hingga ahad.Tiket masuk untuk warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas ialah RM5


Ikan Kelah yang ada di sepanjang Sungai Moroli...menjerit-jerit geli bila rasa ikan-ikan itu gigit kaki...;)

Dari Spa ikan Kampung Luanti,aku menuju ke Poring Hot Spring,Ranau.


Tiket masuk ke Poring Hot Spring ialah RM3.Kat dalam tu lak ada beberapa tempat yang boleh anda rasai seperti canopy walkway,Butterfly Farm,tropical garden,orchid centre,Kipungit waterfall.Nak masuk tempat-tempat ini pula dikenakan tiket lagih.Aku hanya pilih satu sahaja iaitu canopy walkway.Tiket canopy walkway ialah RM3.Kalau bawak kamera dikenakan RM5.

Untuk ke canopy walkway tuh,korang kena panjat bukit(laluan tangga).Ada dalam 400M pendakian..Penat juga ler mendakinya buat orang yang tak biasa mendaki.Bila dah sampai di canopy walk,ada 5 jambatan gantung.Anda wajib melalui kelima-lima jambatan gantung itu..Boleh tahan tingginya...;)

Tempat ketiga yang aku pergi ialah Desa Dairy Farm,Mesilau...Ladang lembu....besar-besar lembu nya..Aku tiba di situ sebelum jam 3 coz jam 3 ada operasi perah susu...


Tiket yang dikenakan ialah RM4 seorang.


Lembu-lembu yang sedang menunggu untuk diperahkan susunya..Aku suka tengok lembu-lembu nih...terlalu displin dan 'bijak'..Beratur dengan sabar menunggu giliran untuk diperahkan susu...Kalau lembu-lembu di kampung-kampung macam ni,mesti tak ada masalah lembu melintas di jalan raya...huhuuhuuu.

Kerana kepenatan,dari Dairy Desa Farm aku terus ke Kundasang iaitu tempat penginapan.Aku menginap di 


Kinabalu Mountain Lodge....Tempat nih 1KM dari jalan besar KK-Kundasang...dan tak sampai 1KM pun dengan Kinabalu Park.Kat sini aku pilih duk bilik Japanese room.Dan penginapan ini aku bagi 7/10...;)Aku menginap di sini untuk satu malam sahaja...esok pagi dah ada jadual lain...

Jadual apa?....tunggu next entry...

2 comments:

  1. xsabau nyer insyallah thun dpan family trip g sabah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...berbaloi sebenarnya berkunjung ke Sabah!banyak tempat2 best

      Delete