Entry hari ke-empat dan ke-lima...
Kebetulan hari ke-empat jatuh pada hari ahad...iaitu hari yang ditunggu-tunggu oleh warga Sabah iaitu Pasar Tamu Gaya...
Pasar Tamu Gaya terletak di Jalan Gaya.Ianya hanya ada pada hari ahad sahaja dan dibuka pada jam 6.00pagi hingga 1.00 tengah hari. Memang puas hati ler jalan-jalan di pasar gaya nih,patutler ramai warga Sabah sukakannya...;)
Pelbagai barangan ada dijual di sini.Daripada bahan mentah makanan hinggalah binatang peliharaan...Fuh...dan bagi aku,kalau nak brooch mutiara,kat pasar gaya nih lagi murah daripada pasar Filipina.
Dari Tamu Gaya,aku menuju ke Jesselton Point.Ada apa kat sini?...ekkekee...Terjun laut!!!Jom pergi pulau.
Pandangan jeti di Jesselton Point...
Aku buat keputusan untuk ke Pulau Mamutik.Sebenarnya setiap pengunjung boleh memilih untuk ke pulau Manukan,Pulau Sapi,Pulau Mamutik.Harga satu pulau ialah RM23.Dan tambah RM10 untuk ke pulau seterusnya.So kalau korang pilih nak pergi ketiga-tiga pulau maknanya jumlah tambang ialah RM43.
Bukan itu sahaja,korang kena bayar yuran apa ntah harga RM7.20 seorang.Lepas tuh,kena bayar lagi yuran pulau bila sampai di pulau sebanyak RM3.Fuh...banyak gak kena bayar...
Tunggu...ada lagi nak kena bayar...kalau korang sekadar nak pergi mandi-mandi aje,memang memadai dengan bayar di atas itu aje...tapi kalau nak snorkeling kena bayar lagi...waaaa....sabar-sabar...untuk snorkeling,RM20 lak...Kalau pergi ramai-ramai,tak perlu ler nak sewa alat snorkeling satu sorang...kongsi-kongsi aje....
Selain snorkeling,aku juga buat aktiviti 'parasailing' namanya....nak main nih kena bayar RM100 seorang...Best sangat...tengok pemandangan dari atas ...cuba jangan tak cuba!!!
Petang nya pulak,aku berkunjung ke Tanjung Aru.
Biasa ler aktiviti petang di pantai...melihat matahari terbenam...cantik bergambar..i like!!
Untuk hari kelima pulak...aku tak buat aktiviti apa-apa...Selepas breakfast terus menuju ke airport...Balik Semenanjung...Bye..bye Sabah...
No comments:
Post a Comment