Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Thursday 3 October 2013

Penggunaan Tablet Di Kalangan Kanak-kanak

  Assalamualaikum....

Sekarang,dengan dunia yang semakin maju dan canggih,pelbagai gadget seperti tablet yang muncul. Dan boleh dikatakan semua kanak-kanak masa kini pandai menggunakan tablet.Bagi ibu bapa pula,mereka gemar membiarkan anak-anak mereka belajar menerusi tablet yang kononnya anak mereka lebih cepat belajar dengan menggunakan tablet.


Untuk pengetahuan semua,terdapat empat asas perkembangan yang wajib di rangsang pada kanak-kanak iaitu Perkembangan fizikal,Sosio emosi,kognitif dan bahasa.Semua perkembangan ini perlu dirangsang sebelum kanak-kanak berumur 6 tahun kerana neuron-neuron mereka aktif di usia ini.

Dan setiap perkembangan ini hendaklah dicapai oleh kanak-kanak mengikut tahap umur.Jika kanak-kanak tidak mencapai apa yang perlu dicapai olehnya,para ibu bapa perlu lah merujuk hal ini kepada para doktor untuk mengetahui masalah kanak-kanak itu.Hal ini untuk mengesan dan mengelak terlebih awal apa masalah yang dihidapi oleh kanak-kanak itu.Masalah yang biasa dihidapi oleh kanak-kanak ialah seperti autisme,dyslexia dan cerebral palsy.

Ibu bapa jangan pula kecewa atau sedih bila doktor mengesahkan anak mereka menghidapi masalah tersebut kerana masalah mereka boleh dirawat dan dipertingkatkan keupayaannya.Malah kadang kala,akan menjadi lebih hebat daripada kanak-kanak normal.

Berbalik mengenai penggunaan tablet sebenarnya memberikan kesan buruk pada kanak-kanak dan ini diakui sendiri oleh Doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah Pusat Perkembangan kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Dr Norazlin Kamal Nor.Antara kesan-kesannya ialah

* Perkembangan bahasa mereka yang lemah
*Mereka lebih banyak menguasai visual iaitu memandang berbanding auditori (mendengar) dan ini membuatkan kanak-kanak tersebut kurang memberi tumpuan pada pembelajaran di kelas.
* Mereka akan berada dalam dunia sendiri apabila mereka kurang bercakap dan kurang bergaul.
*Penggunaan tablet dengan menyentuh skrin dengan sangat mudah tidak membantu skill motor kanak-kanak tersebut.
*Penggunaan tablet secara yang berlebihan akan menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme akan wujud.

Penggunaan tablet tidak merangsangkan empat perkembangan wajib kanak-kanak di mana kanak-kanak perlu di stimulasikan dengan menggunakan lima deria yang ada pada badan kanak-kanak untuk menghubungkan neuron-neuron di dalam otak.Sel-sel yang berhubung dengan baik akan membantu fokus,kemahiran menyelesaikan masalah, dan kreativiti.Neuron aktif untuk berhubung pada usia sebelum 6 tahun dan neuron ini lah yang akan menentukan kecerdikan mereka ketika dewasa kelak.Jika ianya tidak distimulasikan,sel-sel dalam otak akan mati dan tidak akan berhubung sampai bila-bila.

Oleh itu,jadi lah ibu bapa yang bijak....;)



2 comments:

  1. ada baetul tu kak.
    skarang budak2 bgn pagi je ngadap tablet,
    seharian ngadap,
    bleh rosak mata,
    kawan dgn tablet jer seharian.

    ReplyDelete