Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Thursday 21 August 2014

Cara buat duit secara dropship

Assalamualaikum...

Dropship merupakan salah satu cara buat duit tanpa modal.

Dropship adalah salah satu cara perniagaan iaitu di mana anda menjual produk tanpa menyimpan produk tersebut.Maksudnya,anda menjadi orang tengah.Caranya ialah,anda mempromosikan produk tersebut hingga mendapat jualan.Apabila anda dapat buat jualan,pesanan jualan tersebut akan diberikan kepada pembekal dan pembekal yang akan bertanggungjawab menguruskan penghantaran produk tersebut kepada pelanggan.

Gambarajah di bawah dapat memberi lebih pencerahan:

Dropship,Buat duit,tanpa modal,affiliate

Kebaikkan sistem dropship :
~~ Tidak perlu menyimpan stok
~~ Tidak mengalami kerugiaan jika stok  tidak terjual.
~~ Tidak perlu modal kerana anda menggunakan duit yang dibayar oleh pelanggan 
      untuk membayar kepada pembekal
~~ Tidak perlu susah-susah untuk ke pejabat pos.Pembekal yang akan uruskan.

Sebelum anda membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan secara dropship,sebaik-baiknya anda menkaji terlebih dahulu sistem ini dengan cara :

#1 – Menkaji pasaran terkini sebelum menjual.Anda perlu mencari produk yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.Ini kesilapan yang selalu dibuat oleh orang ramai dengan tidak memilih produk yang mempunyai permintaan tinggi.

#2 – Apabila sudah mengetahui produk apa yang hendak dijual,cari pembekal yang membekal produk tersebut secara dropship.Terdapat pembekal yang mengenakan bayaran untuk menjadi agen dropship,tetapi  anda tidak perlu risau kerana terdapat juga yang menawarkan secara percuma.Anda pilih yang percuma okey!

#3 – Anda perlu menentukan peratus keuntungan yang dapat.Jangan lah,anda hanya mendapat keuntungan yang kecil hingga merasakan pulangan tersebut tidak berbaloi.Bandingkan juga harga jualan produk anda dengan pesaing supaya harga tersebut tidak ketara berbeza.Letakkan sasaran keuntungan 20-50%.

#4 – Promosi dengan cara betul dan bersungguh-sungguh.Anda perlu lah melakukan promosi  secara berterusan untuk mendapatkan jualan.Mungkin anda boleh melakukan promosi jualan di laman sosial seperti facebook,twitter,instgram dan sebagainya.

Semoga info  yang dikongsi ini mampu membuka minda disamping menjadi garis panduan untuk menarik minat anda dan terus maju dalam perniagaan tanpa mengeluarkan modal ini.


P/S: Ebook Master Dropship dalam 30 Hari sesuai untuk sesiapa yang ingin menjadi pakar dalam bidang perniagaan dropship.KLIK DI SINI




3 comments:

  1. Saya pernah jadi dropship utk jual produk kecantikan. Sampai sekarang masih lagi jadi dropship. Boleh laa buat tambah duit sikit sambil belajar ni :)

    ReplyDelete
  2. ada jugak buat dropship..alhamdulillah... :)

    ReplyDelete