Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Sunday 14 September 2014

5 Cara Promosi Affiliate

Assalamualaikum....

Kini,semakin ramai yang sudah berjaya membuat duit di internet tanpa modal.Iya lah,dengan sara hidup yang semakin meningkat,anda perlu lah mencari alternatif lain untuk menambah sumber pendapatan selain daripada bergantung dengan pekerjaan tetap anda.Dan juga,ramai yang sudah berjaya mendapat pendapatan secara sepenuh masa  daripada internet.Antara cara buat duit yang boleh menambah pendapatan anda ialah affiliate.

Untuk menjana pendapatan melalui affiliate,anda perlu tahu cara mempromosikan link yang diberi.Oleh demikian,untuk cara promosi affiliate yang perlu anda tahu ialah :

~ Promosi menggunakan blog
Ramai yang akan menggunakan blog sebagai medium promosi mereka.Di blog,anda boleh melakukan promosi affiliate dengan meletak banner pada blog.Gambar dan ayat yang power mampu menarik minat pembaca untuk klik pada banner yang akan di link ke web affiliate anda.Selain itu,anda juga boleh menggunakan cara review produk iaitu anda menulis entri mengenai produk tersebut.Ceritakan segala info dan kelebihan produk anda itu.Jangan lupa,sertakan sekali link affiliate anda pada entri tersebut.

~ Promosi menggunakan pengiklanan percuma
Banyak terdapat web yang menawarkan pengiklanan percuma.Anda boleh menghantar atau meletakkan link affiliate anda di web tersebut.

Cuba lah tengok hasilnya,apabila KLA menaip Iklan percuma di google:

4 Cara Promosi Affiliate,Affiliate,promosi,buat duit affiliate,kasihlestariabadi


~ Promosi menggunakan forum
Anda boleh mempromosikan link  affiliate di forum.Lagi bagus kalau forum yang anda sertai itu sama niche dengan produk affiliate anda.Cara mempromosikannya dengan meletakkan link affiliate anda di ruangan signature.Anda boleh membuat signature dengan meletakkan ayat-ayat power yang boleh menarik minat pembaca untuk klik link tersebut.

~ Promosi menggunakan facebook
Ini merupakan antara medium promosi yang popular dan berpotensi  tinggi kerana sehari ke sehari,pengguna internet semakin bertambah.Di facebook,anda boleh mempromosikan link affiliate dengan membuat post pendek dan disertakan sekali link di timeline,meninggalkan link di facebook group atau page.Tapi ingat,jangan membuat promosi secara spam atau tag rakan-rakan sesuka hati.

~ Promosi menggunakan email
Sesetengah blogger mempunyai mailing list yang tersendiri.Untuk mempromosikan dengan menggunakan email,anda boleh membuat review produk anda itu dan hantar ke semua mailing list.Review itu juga boleh dibuat secara bersiri.Maksudnya,hantar 3-4 email yang bercerita tentang produk anda itu.

Anda boleh melakukan cara promosi ini secara serentak atau fokus terhadap satu cara terlebih dahulu.Jika kena dengan caranya dan ayat power,tidak mustahil untuk anda mendapat pendapatan dengan affiliate sehingga 4 angka.


ANDA PATUT TAHU DAN BACA :
~ Tengok betapa cantiknya Filipina
~ Kisah rakyat Malaysia dan Maggi
~ Dengan selfie,anda layak dapat ipad?





2 comments: