Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Saturday 19 July 2014

Iklan Raya Petronas

Assalamualaikum...

Bila raya bakal menjelang....
Semua orang akan menunggu iklan-iklan raya yang best daripada pelbagai syarikat...

Kali ini,KLA nak share iklan raya daripada Petronas yang mana mereka mengimbau zaman kita ketika kanak-kanak dahulu.Zaman kanak-kanak dahulu jauh berbeza keseronokkannya....

Klik link di bawah





BEST KAN ZAMAN KANAK-KANAK DULU?




Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com


Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com bermula pada hari ini sahaja, 19 Julai 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

20 blogger yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan akan menerima kad raya dari Mia Liana. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Julai 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Popularnya nombor 7

Assalamualaikum...

Seluruh dunia berada dalam kesedihan dengan kejadian yang menimpa kapal terbang MH17...
Belum sempat misteri MH370 terungkai,kejadian kedua pula menimpa....

Selepas kejadian yang menimpa kepada MH17,semua orang bercakap isu no 7 


Jenis Pesawat : Boeing 777
Nombor Penerbangan : MH 17
Tarikh Penerbangan Pertama : 17.7.1997
Usia Penerbangan : 17 Tahun
Tarikh Terhempas : 17.7.2014

Wallahu a’lam

KLA pun nak cerita juga mengenai nombor 7.

Nak tahu pasal apa?

Mengenai 7 luahan setiap graduan pada pekerjaan pertama mereka...



P/S: Tapi Ozil pakai no 8 kan?huhuhuuu.....



Friday 18 July 2014

Pray For MH17


Cara Solat Jamak dan Qasar

Assalamualaikum....

Di sini KLA nak kongsi cara solat jamak dan qasar.Nampak macam mudah dah semua orang sudah tahu,tapi tidak dinafikan juga,masih ada yang belum tahu.Nak bertanya orang malu,nak beli buku segan,alih-alih cari di internet sahaja....


Solat Qasar ialah memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.

Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.

Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir.

Syarat-syarat solat qasar
1. Hendaklah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.

Syarat-syarat Jamak Taqdim
1. Niat jamak dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sebab solat sudah habis/selesai).
2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama  (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua  (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama). Alasannya yang kedua ialah solat yang pertama (Zohor/Maghrib) telah masuk waktu, sementara solat yang kedua (Asar/Isya) belum lagi masuk waktu... Jadi amat wajarlah kita dahulukan solat (Zohor/Maghrib) kerana telah masuk waktu, sementara solat yang kedua hanya penumpang... belum masuk waktu.
Jika dilakukan solat kedua-duanya dengan didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.

3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.
Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran spt terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak. Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya untuk tempoh sekejap seperti oleh azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.
Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat  kerana mendapatkan sedikit air utk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.

4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. (sekurang-kurangnya Takbiratul Ihram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.
5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.
6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah. 

Syarat-syarat Solat Jamak Takhir
1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan sebelum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.

2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.
* Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya’), telah masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oleh itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.

Niat Solat Jamak dan Qasar

1) Jamak Taqdim dan Qasar
 - Solat Zuhur dan Asar - 

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”. 

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى


“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.

 - Solat Maghrib dan Isyak -

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.

1) Jamak Takhir dan Qasar
 - Solat Asar dan Zuhur - 

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.

 - Solat Isyak dan Maghrib -

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.

Cara mengerjakan solat jamak dan qasar:
1) Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
2) Berdiri lurus mengadap kiblat.
3) Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
4) Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
5) Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.
6) Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.
7) Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
8) Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.


Harap apa yang dikongsi ini dapat memberi manfaat bersama...SMILE...

Sinopsis Drama Rindu Awak 200%

Assalamualaikum....


Sinopsis : 

Zill Faezrul terpaksa berkahwin dengan Armel  Aisya kerana dia pilihan orang tuanya. Faezrul tidak bersetuju kerana masih terkenangkan kekasihnya yang meninggal 5 tahun lalu. Armel yang keras kepala juga tidak bersetuju juga pada mulanya. Tetapi ego dan ingin menunjukkan kepada ex dia yang dia juga bahagia,Armel setuju untuk berkahwin.(boleh pulak).

Selepas berkahwin,masing-masing buat hal sendiri.  Sorang ke Utara,sorang ke Selatan.Suatu hari,Armel berjumpa dengan bekas kekasihnya dan cinta mula berputik kembali dan dia mengabaikan suami sendiri. Armel sebenarnya tidak begitu mengenali suaminya. 

Misteri sungguh,kejap ada,kejap hilang.Mustahil lelaki kampung kerja juruteknik ini mampu memiliki kereta  Range Rover.Hinggalah hubungannya dengan bekas kekasih dihidu oleh Faezrul.


Maaf Bermaafan








Wednesday 16 July 2014

Menu wajib Ramadan

Assalamualaikum...

Setiap Ramadan mesti u all ada menu yang wajib dihidangkan...

Begitu juga lah dengan KLA...

Kesukaan KLA ialah Murtabak...
Tak semua murtabak ler....tengok pada penjualnya...
Kuahnya pula mestilah macam di bawah...
KLA tak gemar yang kuah kari tu...


Tak tahu ler kenapa suka sangat...Mungkin sebab dah biasa makan sejak kecil kot...huhuuhhuuu...

Apa makanan fav kalian pula?




Cara untuk maintain motivasi

Assalamualaikum....

Motivasi amat penting dalam menjalani kehidupan seharian...Memang amat diperlukan ibarat petrol dengan kereta...Kereta tidak akan bergerak tanpa petrol.Begitu juga dengan kehidupan,hidup tak akan ke mana kalau tanpa motivasi dalam diri...


KLA nak kongsikan cara untuk maintain motivasi oleh Dr. Irfan Khairi...

Sila Klik....

MAINTAIN MOTIVASI

Untuk motivasi KLA dan juga rakan-rakan blogger...Jangan sesekali GIVE UP!!


Tuesday 15 July 2014

Ramadhan Giveaway By Miss Cadburry


Klik SINI untuk join

Hadiah : 

First place [ random ]
Novel RM50x2

Second place [ random ]
Novelx1

Random.org
Novelx2++

BIG BIG JUNE BIRTHDAY GIVEAWAY BY RARA FARHANA



BIG BIG JUNE BIRTHDAY GIVEAWAY BY RARA FARHANA

Rara Farhana menjemput anda semua untuk join Big Big June Birthday Giveaway By Rara Farhana! Pelbagai hadiah yang awesome lagi best menanti anda! Jom kita ramai-ramai join bagi memeriahkan lagi giveaway ini. Tekan banner di atas untuk joinnnn :D
TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 20 JULY 2014

Birthday Wish To Rara Farhana:
(..........Isikan dengan ucapan anda.............) ^_^

Big Big June Birthday Giveaway By Rara Farhana ini ditaja khas oleh Anisyamir Leejo, ANa Ahmad, Fatin Umira, Ismah, Keyranazleen, Sya Nissa dan Syaz. Terima kasih kepada semua penaja. Semoga dimurahkan rezeki anda semua :) 

GIVEAWAY DUIT RAYA GEMPAK 2014 BY AINAA ROSEBERRY


Click Banner Untuk Join!

GIVEAWAY DUIT RAYA GEMPAK 2014 | AINAA ROSEBERRY | Giveaway ini dianjurkan oleh Ainaa Roseberry dengan kerjasama Mawar Khayalan dan  Fero Music. Malah juga di sponsor oleh beberapa blogger yang terkemuka seperti:














Giveaway ini akan berlangsung dari 2 Julai 2014(Rabu) hingga 20 Julai 2014(Ahad). Pemenang akan diumumkan 3 hari selepas GA ini tamat iaitu pada 23 Julai 2014.

It's July Giveaway


Klik banner untuk join!

Banyak hadiah disediakan. Mencari pemenang masing-masing. Kalau nak jadi salah seorang daripadanya, mehh pakat join giveaway ni!

Antara hadiah yang disediakan ialah cash RM50, Pretzel cookies, Shawl, Blouse and many more.
Anda mungkin orang yang bertuah itu! Mehh join :D

Mini GA 2 by LOLLISTA





KLIK BANNER UNTUK JOIN


Senarai hadiah:
 1 x RM20(Top Referral | 1 x RM30(Total RM50/Cash) 

Mini GA 2 dianjurkan oleh SimanisLollista

dan disponsor oleh


Tarikh tamat 25 Julai 2014. Umum pemenang 26 Julai 2014.-TOTAL 2 minggu

Giveaway Souvenir From Holland by Cherish Every Cherry


- Klik Banner Untuk Join - 



G. A Syoknya Ramadhan Datang Lagi 2014 by Tea & Coffee Lover


~ KLIK BANNER UNTUK SAMA-SAMA JOIN ~



GiveAway Ramadhan Syawal by Jaja Sutera


SILA KLIK BANNER



Giveaway Ramadhan Raya by Syira Lokman


- KLIK BANNER UNTUK JOIN -

TAMAT - 4 Ogos 2014

Nuzul Al-Quran....Selamat Bercuti




Sunday 13 July 2014

Big Bad Wolf Book Sale Ipoh

Assalamualaikum....

Big Bad Wolf,Book Sale,2014,Ipoh,Menglembu

The Big Bad Wolf Book Sale Ipoh!!!

PERTAMA DI IPOH

24-29 Julai 2014........
10 AM - 10PM.........
Bertempat di PHL Convention Centre Menglembu Ipoh

Jom ramai-ramai kita ke sana...

P/S: Pengalaman KLA ke Big Bad Wolf... KLIK DI SINI


Mengumpul idea birthday party booth

Assalamualaikum....

Rasa macam dah lama KLA tak menulis di sini...
Cuba untuk FOKUS...FOKUS..kat blog...tapi ke laut juga...
Takpe,KLA akan terus USAHA...USAHA untuk dapat apa yang KLA ingin kan...

Selepas raya nanti,KLA ada rancang untuk buat sambutan hari lahir 'anak-anak' KLA...
So,sekarang KLA sibuk mencari idea untuk menjayakan majlis tersebut.
Cara KLA,ialah suka tanya 'uncle google' apa idea-idea yang menarik..
KLA akan ambil situ sikit,sana sikit dan menjadikannya satu...

Antara gambar-gambar yang KLA cari dan boleh memberi idea...
Kumpul idea dulu sebelum melaksanakannya...

Simple idea...dah biasa tengok tapi senang nak buat

Yang ini macam menarik...buat dengan kain felt cantik ni...

Ini boleh suruh 'anak-anak' buat sebagai aktiviti diaorang,then sambung untuk jadikan backdrop...good idea ni...;)
 
Boleh buat word 'HAPPY BIRTHDAY' menggunakan kotak macam di atas

Simple and nice...

Yang ini mesti ada...baru syok nak bergambar


Buat bentuk-bentuk geometric macam kat belakang tu ok juga....

Nanti bila ada masa KLA akan lukis idea yang hendak di buat...
SEMANGAT...SEMANGAT...
Usaha selagi mampu...

ENJOY....


Saturday 12 July 2014

GA Cash RAYA RM1000 by Emas Putih

As-Salam

[Sila Tekan Banner Diatas If Nak Join]