Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Monday 31 December 2012

Kek Chocolate Moist


Bahan-Bahan A :
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat 
1 cawan gula 
1 cawan minyak masak

-Semua bahan di atas digaul sebati & dimasak atas api perlahan
-Rehatkan sekejap bila bahan dah sebati

Bahan-Bahan B :
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbornat
1 sudu kecil baking powder

-Semua bahan di atas dicampur dan diayak

Bahan-Bahan C :
4 biji telur diblender

Cara-Cara :
1.Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara selang seli dan gaul sehingga sebati.
2.Tuang ke dalam loyang
3.Didihkan air kukusan dan kukus lebih kurang sejam

 RESEPI TOPPING COKLAT

Bahan-Bahan :
1 cawan susu pekat
2 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan mentega

Cara-Cara :
1. Masukkan susu pekat dan serbuk koko ke dalam periuk. kacau rata.
2. Panaskan dengan api yang sederhana, kacau hingga sebati.
3. Masukkan mentega dan kacau hingga rata sekali lagi.
4. Tutup api dan kacau sehingga sebati lagi. 
5.Tunggu sehingga sedikit likat, kemudian tuang di atas kek.

Yummy....yummy....

Welcome 2013...Bye bye 2012

2012.....


Iklan jap.....

Hajat di hati nak cuba coolblog Mocha+Pearl seperti fav Cik Kriszhanna tapi mocha dah habis lak...
Untuk elak rasa kempunan mocha,aku pun pergi ler beli Mocha ais kat Coco Cafe....

Tahun 2012 membawa seribu kenangan buat aku...
Keputusan untuk berhijrah merupakan satu keputusan yang tepat dan tidak mengecewakan...
Aku masih merasakan kegembiraan walaupun dalam kesibukkan...
Alhamdulillah....

2013.....

Harapanku untuk 2013....semoga kegembiraan ku berpanjangan dan harapan juga semoga aku akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang aku ceburi..




Friday 28 December 2012

Samsung Galaxy Note 10.1

Aha!....Samsung Galaxy Note 10.1...
Fuh idaman ku...ntah boleh dapat ke tidak...
Mahalnya harga....tak mampu...but nakkkkk!!!!


Untuk 2013....akan ku usahakan juga untuk dapatkan 
Samsung Galaxy Note 10.1


Wednesday 26 December 2012

Kek Batik

Semalam aku rasa bosan duk umah...tetiba rasa nak masak...
Dah lama aku tak masak something....
Fikir punya fikir....emmm aku pun buat ler 
KEK BATIK...


Hahhaaa...comotnya rupa kek batik nih kan...
rupa tak penting...yang penting rasanya yang best!!!

Resepi Kek Batik:

250g Buttercup
1 paket Milo(paket paling kecil)
1/2 tin susu pekat manis
1 Bungkus Biskut Marie

Cara:
Masak buttercup,milo dan susu di atas dapur....
Pastikan selalu kacau dan kacau tanpa henti
Bila semua tu dah sebati,masukkan biskut marie...
Gaul hingga rata semua adunan dengan biskut marie.
Bila dah rata,tutup api dan pindahkan adunan masuk ke dalam loyang.
Bila dah sejuk,masukkan dalam peti....Yeh!! Siap!

Tuesday 25 December 2012

Kenali Saki Sasamori....

Jom kenali Saki Sasamori....

Saki Sasamori merupakan graduan dari Universiti Tokyo Kasei.
Seorang pengarah di Kodomo Jimusyo Sdn Bhd dan juga Pengarah Eksekutif Education Kanak-kanak Organisation (EKO)
Beliau pakar dan memiliki pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Beliau turut mereka bentuk latihan,memberi khidmat nasihat dan bertindak sebagai tenaga pakar dalam kreativiti,panel theatre,apron theatre dan muzik serta gerakan kreatif untuk kanak-kanak di Malaysia.

Beliau ada menghasilkan buku-buku art dengan harga yang berpatutan.


RM100 untuk 6 buah buku nih....

Untuk beli buku ni boleh ler ke FB beliau.....

Enjoy!!!


Buku art....senang saja!

Pernah dengar nama Saki Sasamori tak?
Dulu aku tak pernah dengar jugak....
tapi sejak libatkan diri dengan kanak-kanak nih...aku terjumpa ler fb Saki Sasamori
Tengok punya tengok...aku tertarik dengan art yang dibuat oleh beliau.
Dah tertarik,terus aku decide beli buku dia....


1 set RM100...
ada 6 buah buku iaitu....

1)Senang saja!
2)Cawan kertas
3)Pinggan kertas
4)Gelung tisu dan polistrena
5)Sampul surat
6)Kotak minuman


Buka aje buku yang aku beli tu ada nota seperti di atas....
Alamak!mana aku faham.... 


Tengok kat belakang nota tu ada tulis ini lak....
Ooooo mungkin ini terjemahannya kot!ekekkeke


Free kalendar 2013....

Tq Saki Sasamori.....;)

Sunday 23 December 2012

Cool Blog di hari minggu....

Antara hari sabtu atau ahad mesti aku akan keluar jalan-jalan...
Tu aje cara aku nak lepaskan tension kerja aku....

Hobi aku sememangnya window shopping...
Beli-beli nih aku kurang sikit...
Aku lebih suka jalan-jalan dari satu kedai ke kedai lain...
Tengok satu-satu barang yang dijual....
Bukan apa,mana tahu tiba-tiba aku rasa nak beli sesuatu,
aku dah tahu kat kedai mana aku nak cari barang tersebut....
Itu ler perangai aku sejak dulu kala....;)

Tadi,bila dah penat jalan-jalan...aku ber "cool blog"...
Ala...air Cool Blog tu...
Fav ais blended aku...huhuuhhhh....

Dah banyak minggu nak beli tetapi asyik tertangguh aje...
Tertangguh tak sempat nak beli....
Kalian yang biasa beli cool blog mesti tahu maksud tak sempat....
Beratur kalau nak beli cool blog...

Nak tahu fav yang aku akan selalu beli....


Chocolate + Pearl.....;)

Enjoy weekend!

Jangan Bagi Air Masak

Dah banyak hari aku tak post apa-apa....sibuk sikit ler nak akhir tahun nih.Sibuk sediakan perancangan untuk tahun 2013...

Hari ni nak kongsi info bout bayi yang baru lahir hingga 6 bulan....
Sebaik-baiknya bayi ini hanya diberikan susu ibu.Susu formula boleh diberikan cuma tidak digalakkan...


Yang penting elak daripada memberi bayi anda minum air masak...kenapa?

Kerana.....

* Air akan menghakis salutan pelindung penyakit
* Amalan memberikan air kepada bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal,mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik
*Air boleh menjadikan pembawa kuman dan menyebabkan cirit birit
*Bayi yang terkena demam kuning(Jaundis) yang diberikan air masak yang banyak boleh merencatkan akal bayi tersebut.

Tuesday 18 December 2012

Absolute Chocolate....Secret Recipe

Wekend lepas aku jejak kaki lagi ke ......


Yeyah!...makan kek!yummy...yummy...

Kebetulan lak time aku sampai SR tu jam 4 petang...
So aku pilih Free tea break.


Free tea break nih boleh dapat jam 3pm hingga 6pm untuk mana-mana potong kek yang dipilih...
Air yang ditawarkan pula ialah coffee atau tea...

Nak tengok aku pilih kek apa?


Absolute Chocolate

Buat pengemar kek coklat atau yang memang hantu dengan coklat pasti akan suka dengan kek ni...
100% boleh rasa kepekatan coklatnya yang melazatkan...emmm....yummy!!

Pada yang belum rasa kek nih baik cepat-cepat rasa...best!!

Pada pengemar SR....kalian share ler kek apa yang best-best di SR...meh kongsi ramai-ramai.

Sunday 16 December 2012

Kuih Cara Berlauk

Ini kuih fav aku....terutamanya masa bulan puasa...
Dah jadi fav aku...aku pun cuba ler masak sendiri....


Resepi :

Inti
200 gm daging kisar
2 sudu rempah kari daging
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit daun bawang
sedikit lada merah
garam/gula

Adunan tepung
2 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan santan sederhana pekat
1 biji telur
pewarna kuning
garam

Cara penyediaan inti
1.Tumbuk bawang putih dan bawang merah sehingga lumat.
2.Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang ditumbuk,masukkan rempah kari yang di bancuh dengan sedikit air dan tumis sehingga naik minyak
3.Masukkan daging kisar dan masak sehingga daging empuk.Tambah air jika perlu.
4.Masukkan garam dan sedikit gula.Kacau sehingga sebati dan kering.
5.Angkat dan ketepikan dahulu.

Cara penyediaan tepung
1.Pukul telur dan garam.Masukkan tepung dan santan berselang seli.Kacau hingga rata.
2.Titikkan sedikit pewarna.

Cara penyediaan kuih
1.Panaskan acuan kuih cara.Sapukan sedikit minyak.
2.Tuangkan adunan 3/4 penuh sahaja.
3.Masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong lada merah dan taburkan daun bawang.
4.Tutup dengan menggunakan tudung periuk selama 4 minit atau sehingga kuih masak.
5.Siap untuk dihidangkan.

At least...1 bulan 1 buku

Aku suka membaca...aku suka membaca!!
Arghh!....bukan novel ye...dulu aku layan jugak novel...tapi sejak satu kejadian tu,aku dah tak boleh nak baca novel....
Aku suka baca buku tentang perniagaan,motivasi,agama,kewangan...more pada life ler...


Aku selalu shopping buku-buku kat MPH,Popular atau kedai-kedai buku...So bila aku keluar jalan-jalan tu,pantang terjumpa tempat jual buku,confirm aku singgah...kalau tak beli pun aku akan tengok-tengok kot ada buku keluaran terbaru...

Pesta Buku kat PWTC tu tak payah cakap ler....confirm aku pergi dan tu ler event yang aku selalu tunggu tiap-tiap tahun....

Aku akan pastikan,setiap bulan,ada satu buku yang aku akan baca...sekurang-kurangnya satu ler...kalau lebih lagi baik...Bukan apa,bagi aku ilmu tu penting...Dan ilmu yang dah ada tak semestinya dah cukup,kita harus sentiasa menambahnya seiring dengan kemajuan negara.

Lagi satu,ini pendapat aku ler,kalau kita membaca,otak kita akan sentiasa berfikir dan secara tak langsung ini boleh mengelak daripada 'mati otak'(otak malas nak fikir)....

Okeh....Jom baca buku!!!

Thursday 13 December 2012

Watermark dan header

Header baru!


Watermark baru jugak!

Cantik tak?

Header dan watermark nih aku order daripada Lily ....
Mula-mula tu jenuh jugak aku mencari siapa-siapa yang boleh buat watermark...
Jalan-jalan dengan pertolongan pakcik google...aku terjumpa ler blog cik Lily
Deal punya deal...maka terhasil ler watermark dan header aku tuh...

So,siapa-siapa yang nak tempah watermark,header atau banner boleh ler ke blog Lily
100% aku suggest...

Wednesday 12 December 2012

Tambah koleksi fridge magnet....

Hari nih mood gembira aku datang...yeyeh!
Member aku datang jumpa aku tadi bagi .....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Bertambah koleksi ku....
Bukan untuk dijual okeh!

Tuesday 11 December 2012

Hapuskan Malware

Tak pasal-pasal dapat idea nak tulis topik apa hari nih...
Balik aje kerja tadi,terus bukak laptop nak tengok blog...
Sekali buka tengok ada malware kat blog...sebelum nih tengok kat blog orang aje,sekali kena kat blog sendiri,baru gelabah....


Tapi aku selalu ingat...jika ada masalah,rajin-rajin ler baik dengan pakcik google...pakcik google sentiasa membantu....
Google punya google...baca sana sini...aku pun cuba ler langkah ini:

Buka web : http://www.unmaskparasites.com



Tulis website korang yang kena malware tu.


Tengok...ada 1 suspicious...
then scroll ke bawah web tu akan jumpa....


rupanya suspicious tu ada kat iklan nuffnang...So aku pun delete ler iklan nuffnang dalam blog aku....Alhamdulillah...berhasil...malware dah lari lintang pukang....

Tapi tak pasti lak aku ini bersifat sementara ke atau selamanya hilang...
iklan nuffnang pun aku tak letak lagi..tunggu ler esok aku cuba letak kembali.

Siapa-siapa yang ada info pasal nak hapuskan malware atau pakar IT ke baca entry ni..leh ler kongsi-kongsi info ye...

Sunday 9 December 2012

Kellie's Castle,Perak

Kellie's Castle terletak di Batu Gajah,Perak okeh!

Aik...macam marah aje...
Marah ler...semalam aku tengok rancangan Moneydrop...peserta tu tak boleh jawab soalan yang jawapannya Kellie's Castle...


Sejarah Kellie's Castle

Bangunan Kellies Castle ini dibina pada thun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British yang bernama William Kellie Smith.Bangunan tiga tingkat ini dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra,India.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik,sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia.Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.Apa yang istimewa Kellie's Castle ialah ianya dilengkapkan dengan lif dan akan menjadi bangunan pertama di Tanah Melayu mempunyai lif jika ianya siap dibina.

Tapi,bangunan ini tidak sempat disiapkan kerana Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhuan Lisbon,Portugal pada tahun 1926.Bangunan yang kekal dalam keadaan sedang dibina ini telah menjadi tarikan kepada sesiapa yang berkunjung ke Batu Gajah,Perak kerana keunikkannya.

Jalan-jalan di Kellie's Castle:





Sesiapa yang berminat nak dapatkan fridge magnet Kellie's Castle leh sms 019-5791303.Sila order....;)




Saturday 8 December 2012

Watermark

Hi...Aku tengah mencari siapa-siapa yang terima tempahan watermark ye?
Dulu aku pernah juga dapatkan service watermark daripada Zie Madini tapi sekarang dia dah tak terima tempahan....



Ada jugak aku survey kat beberapa blog...tapi bila aku email untuk tempah,diaorang senyap lak tak reply...Dah seminggu lebih dah mencari  sesiapa yang ada terima tempahan watermark.

Sesiapa yang tahu kat mana boleh tempah watermark,minta inform aku ye!Tq....

Agar-agar permata


Bahan A : 
½ paket agar-agar bertali
2 ½ cawan air
1 cawan gula
Pewarna 

Bahan B : 
1 paket agar-agar bertali
5 cawan air
½ tin susu pekat
1/2 cawan gula

Cara Memasak Bahan A : 
Rebus agar-agar bersama 2 ½ cawan air hingga hancur.  
Setelah hancur, masukkan gula. Tunggu hingga mendidih dan padamkan api. 
Bahagikan agar-agar kepada beberapa bekas warna yang diingini.. Setiap bekas dimasukkan dengan warna yang berlainan. Tunggu hingga agar-agar keras. 
Apabila agar-agar telah keras. Potong agar-agar berbentuk dadu kecil-kecil. 
Masukkan agar-agar yang dipotong tadi ke dalam loyang. 

Cara Memasak Bahan B : 
Masak agar-agar bersama 5 cawan air hingga hancur.  
Setelah itu, masukkan gula dan  susu. Tunggu hingga mendidih. 
Tutup api dan tuangkan agar-agar susu ke dalam loyang bahan A iaitu agar-agar yang dipotong dadu tadi.
Tunggu hingga agar-agar keras. Jika ingin agar-agar lebih cepat keras masukkan ke dalam peti sejuk.

Siap!!...nyummy...


Aeon (Jusco) Seri Manjung

Aeon (Jusco) Seri Manjung kini dibuka!!!


 Fuh....memang respect ler pembinaannya.Cepat!Pantas!!
Aku ingatkan nak mula beroperasi Januari 2013...but 4 Disember 2012 dah mula beroperasi.

Tadi aku pergi ler nak tengok apa yang hebat sangat Aeon (Jusco) Seri Manjung.
Pergi tadi sekadar tengok-tengok apa outlet yang ada dan barang-barangnya... Oklah ada pelbagai outlet yang ada seperti Vior,Bodyshop,Anakku dan macam-macam.



TGV coming soon....wah!dah senang ler aku nak tengok wayang(macam ler aku nih kaki wayang...balik-balik tengok kat youtube gak!...hahhaha)

Cuma yang tak best dan apa yang diharapkan tak dapat ialah..... Outlet Vincci takde...waaaawaaa...
Susah ler aku nak beli kasut...kena tukar brand ler nampaknya.

Friday 7 December 2012

Crepe Durian

Sekarang semua orang duk sembang pasal crepe durian...
buka fb,orang post pic crepe durian...
buka blog,orang duk sembang pasal crepe durian...
Sebenarnya,aku pun tak merasa lagi crepe durian nih...
Teringin juga untuk merasanya but tak sempat nak beli aje lagi...
Kalau durian tu,hari-hari lak aku makan...crepe aje belum...hahhaaa


Ni pic crepe durian yang aku cedok daripada pakcik google

Apa rasa crepe durian nih ye?

Buat yang pernah merasa crepe durian nih...
kongsi-kongsi lah ye pengalaman korang makan crepe durian!


Thursday 6 December 2012

AdaMu


Lagu yang aku suka sangat dengan liriknya...Like...like...like



Merenung ke luar jendela

Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

~AdaMu-Najwa Latiff~

Tuesday 4 December 2012

Ragam Staff ku....

Hari ni betul-betul menguji kesabaranku..
Staff aku yang sorang nih memang menguji aku..

Dia ni staff baru 2 minggu kerja...datang kerja kat tempat aku buat macam mak bapak dia punya biz...semua benda nak kena suruh...hingga benda kecil pun nak kena aku tegur...

Adoi...aku tak suka arah itu arah ini...kalau arah itu ini macam aku nih giler kuasa..bos yang berlagak!
Aku cuba nak jadi kawan pada staff aku supaya diaorang tak segan...but ini lak jadinya...

Nampaknya terpaksa ler aku strict skit dengan staff aku...



Nasib  korang ler!

Sambal Tempoyak..

Hah!!!Sambal tempoyak pun nak masuk dalam blog ke?hahhahaa...ikut suka ler..
Bukan apa,bila dah ada tempat nak aku kumpul semua koleksi resepi yang aku tahu buat,letak aje ler...;) Blog aku kan....hahhahhaaaaaaa


Sambal tempoyak yang aku buat...

Resepi:
15 cili padi
Tempoyak/Durian segar
Gula
Garam

Cara-cara:
Tumbuk semua bahan hingga lumat.


Monday 3 December 2012

Mee Tarik Warisan Asli,Sungai Besi

Wah...jalan-jalan cari makan lagi....
MEE TARIK WARISAN ASLI...pernah dengar tak?


Restoran Mee Tarik Warisan Asli nih terletak di Sungai Besi,KL.Ianya merupakan sebuah restoran china muslim dan mee tarik ini sememangnya berasal dari China.Mee ini dibuat daripada adunan dough yang besar dan ditarik-tarik sehingga membentuk.Mee tu akan dibuat bila order diterima...fresh tu beb!

Nak tengok aku order apa?


Aku order air sirap limau aje...nak order air teh apa ntah..lupa lak namanya...tapi teh tu takde stok...Stok barang diaorang order dari China.


Mustard Breef Noodle...Sedap sangat-sangat...10/10 aku bagi markah.Nak tahu harganya?


RM7.00 ...Bagi aku berbaloi harga dengan kesedapan mee tarik nih...terbaik!

Member aku lak order


~Dry Noodles~
~RM7.00~
~kod:113~


~Beef Noodles~
~RM8.00~
~kod:114~

Semuanya best-best!!

Sesiapa yang nak merasa mee tarik nih boleh ler menuju ke:

Restoran Mee Tarik Warisan Asli
51A Jalan Tasik Utama 3,
Medan Niaga Tasik Damai,
Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur

Sunday 2 December 2012

Istanbul Aku Datang.....

Aku tengok kat fb,blog,ramai yang duk sembang pasal best citer Istanbul Aku Datang...Buat aku tertanya-tanya jugak,best ke?aku nih kurang skit tengok citer filem nih...Dalam setahun tu,belum tentu aku jejak masuk tengok wayang.

Bila semua orang duk sembang kata best...mana boleh aku ketinggalan...nak tengok kat wayang,jauh lak...dah ler takde member.But kat astrofirst ada kan?hehehheeee.........

Sebelum aku beli kat astrofirst,tergerak hati aku nak tengok kat youtube ada ke tak...

Ada tak?huhuuhuhuuu....Alhamdulillah...ADA

So...Layan ler ISTANBUL AKU DATANG.....


Sinopsis:

Istanbul Aku Datang mengisahkan perjalanan seorang gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Farouk lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.

Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya Farouk akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya.

Namun bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita tidak mampu mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita, segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang difikirkan.

Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris lakonan Beto.

Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Farouk yang cemburu dan Harris yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan.

Dian keliru namun semua yang berlaku hanya mematangkannya dan memberikannya ruang untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya sendiri.

Siapa pilihan Dian?Tonton ler Istanbul Aku Datang...Terbaik!!!!

D....Publish...;)

Izyan Juara Mastercef Musim Ke-2

Daripada seorang Pegawai Geologi berubah menjadi juara Masterchef musim ke-2!!
Siapa sangka kan....kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan...Nothing Is Imposibble!!!

Tahniah Izyan!!!


Hampir semua episod masterchef aku tengok...ye ler,aku ni bukannya pandai sangat bab-bab masak..ni ler peluang aku nak ambil skit-skit ilmu masak..

Dari awal-awal episod aku dah target,antara Izyan atau Nora yang akan jadi juara...See....
Walaupun graf Izyan turun naik....dan hampir-hampir tersingkir..beliau tetap berusaha untuk membuktikan kebolehan dan minatnya pada bidang masakan....Terbayang-bayang lak muka Izyan yang mudah cuak masa Chef nak umum siapa tersingkir...hahhaaa...

Apa pun....

Tahniah dan gud luck Izyan!!


FriDGe MaGNeT....FoR SaLe

Fridge Magnet untuk dijual...Sila pilih...sila pilih....


Harga: 3 Pcs RM10
(Tidak termasuk kos penghantaran)


Harga: RM4/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)



Harga: RM4/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)


Harga: RM5/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)



Harga: RM6/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)



Harga: RM6/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)



Harga: RM8/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)


Harga: RM5/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)



Harga: RM5/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)



Harga: RM5/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)



Harga: RM5/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)



Harga: RM4/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)



Harga: RM4/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)



Harga: RM4/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)



Harga: RM4/pcs
(Tidak termasuk kos penghantaran)

Sesiapa yang berminat nak beli...sila sms 019-5791303