Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Showing posts with label BLoG. Show all posts
Showing posts with label BLoG. Show all posts

Tuesday 19 August 2014

5 Cara Buat Duit dengan Blog

Assalamualaikum....

Sekarang,ramai sudah orang mencari duit sampingan untuk menampung sara hidup yang semakin meningkat.Daripada budak sekolah hingga lah yang sudah berkeluarga....semuanya dengan tujuan yang sama,mencari duit sampingan tanpa modal.

Entri ini KLA nak kongsi cara buat duit dengan blog.Senang dan yang penting,tidak perlu mengeluarkan modal.

Buat Duit,Blog,Tanpa Modal,Tambah Pendapatan

 Pertama - Sewa Iklan
Ramai para blogger yang menyediakan  tapak menyewa iklan sama ada di sebelah atas blog mahupun di sebelah tepi blog.Tapi,sebelum anda ingin menawarkan tapak menyewa iklan,anda perlu pastikan blog anda mempunyai trafik yang tinggi supaya penyewa rasa berbaloi menyewa di blog anda.

Kedua - Affiliate
Affiliate ialah suatu program di mana anda menjual produk orang lain melalui link yang diberikan.Anda akan dibayar komisen daripada produk yang terjual.

Anda boleh baca secara terperinci mengenai affiliate di :

Dropship juga mempunyai konsep yang sama dengan affiliate iaitu menjual produk hak milik orang lain.Cuma kebiasaannya affiliate akan merujuk pada jualan ebook,video,MP3,Seminar.Manakala dropship pula merujuk pada produk fizikal seperti baju,tudung,handbeg.

 Ketiga - Giveaway
Sekarang,ramai blogger yang menawarkan giveaway untuk disertai dengan pelbagai hadiah yang menarik termasuk hadiah wang tunai.Mungkin tuah anda untuk memenangi hadiah wang tunai itu...

Keempat - Guna kepakaran
Jika anda mempunyai kepakaran tertentu seperti arif dalam penggunaan adobe photoshop atau design,anda boleh menawarkan servis tempahan membuat banner,edit blog dan sebagainya.
Selain itu,anda juga boleh menawarkan servis penulisan,terjemahan dan bermacam-macam lagi mengikut kepakaran yang dimiliki.Guna 200% kelebihan dan kepakaran yang dimiliki untuk menghasilkan pendapatan.

Kelima – Nuffnang, 8share
Di blog,anda boleh mempamerkan iklan Nuffnang yang akan memberi pulangan duit kepada anda.Nuffnang ialah satu website pengiklanan di mana anda boleh meletakkan kod iklan yang diberikan pada blog anda.Anda akan dibayar berdasarkan jumlah klik pada iklan tersebut.

8share juga menggunakan konsep yang sama dengan nuffnang iaitu anda dikehendaki mempromosi iklan melalui link yang diberikan. Sudah ramai para blogger yang telah membuktikan Nuffnangdan 8share mampu menghasilkan pendapatan untuk mereka.

Di harap anda mampu menjana pendapatan di internet walaupun RM1...

~ Doa,Usaha,Ikhtiar,Tawakal ~