Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Showing posts with label ReSePi. Show all posts
Showing posts with label ReSePi. Show all posts

Sunday 8 March 2015

Resepi Sos Cili Atkins

Assalamualaikum....

KLA sudah pandai buat sos sendiri...Ahak,padahal orang lain dah lama pandai...Apa pun suka sangat bila sudah pandai buat sos sendiri kerana kita akan tahu prosesnya yang bersih dan halal serta memenuhi citarasa kita sendiri.

Ini gambar sos cili yang pertama kali KLA buat:


Resepi : 

Bahan

6 Batang Cili Merah
2 Biji Tomato
3 Ulas Bawang Putih
1 Inci Halia
4 Sudu Cuka
2 Titik Stevia
Garam
Sedikit Bancuhan Tepung Jagung

Cara

~Kisar Cili Merah,Tomato,Bawang Putih,Halia dan sedikit air dengan menggunakan blender.
~Masak di atas api perlahan bahan-bahan yang dikisar tadi.
~Masukkan garam,stevia,cuka dan tepung jagung
~Masak sehingga mendidih dan siap.

Gambar sos cili yang KLA buat untuk kali kedua.




Di atas gambar makanan diet atkins KLA iaitu scramble egg yang dicampur cheese dan serbuk lada hitam serta di makan dengan sos cili atkins....HAPPY...



Tuesday 7 October 2014

Resepi : Nasi Goreng Kerang Pedas

Assalamualaikum...

Sejak akhir-akhir ini selalu pula KLA masak nasi goreng.Kadang-kadang ada yang dirancang dan ada juga secara kebetulan.Bila tak tahu nak masak apa terus buat keputusan masak nasi goreng kerana masakannya yang mudah.Antara nasi goreng yang pernah KLA berkongsi resepi ialah Nasi Goreng Sardin dan Nasi Goreng Cili Padi



Untuk entri ini,KLA nak berkongsi resepi Nasi Goreng Kerang Pedas.Sebenarnya KLA sendiri tak pasti nak letak nama apa kat nasi goreng ni sebab KLA masak berdasarkan apa barang yang ada di dapur.Pendek kata KLA tangkap muat sahaja bahan-bahannya.Memandangkan dalam nasi goreng ini KLA letak kerang dan rasanya pedas,KLA namakan Nasi Goreng Keras Pedas.

Bahan-bahan : 
Nasi Putih
3 Ulas Bawang Merah *dikisar
1 Ulas Bawang Putih *dikisar
4 Cili Padi *dikisar
2 Sudu hasil kisar Cili Kering
Sedikit Lobak Merah
1 Mangkuk Kecil Kerang ( Yang telah direbus)
1 Biji Telur - Goreng dijadikan scrambled egg
Minyak
Garam

Cara-cara : 
1) Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.
2) Masukkan cili kering yang sudah dikisar dan tumis sehingga pecah minyak
3) Masukkan kerang dan lobak merah.Biarkan sebentar.
4) Masukkan nasi putih,telur,garam.Kacau hingga sebati
5) Bila sudah agak sebati,boleh untuk tutup api.Siap.


SELAMAT MENCUBA





Monday 22 September 2014

Resepi Nasi Goreng Sardin

Assalamualaikum...

Sebelum ini KLA ada kongsi resepi Nasi Goreng Cili Padi dan hari ini KLA nak kongsi resepi Nasi Goreng Sardin.Buat sesiapa yang inginkan kelainan dalam masakan nasi goreng boleh lah mencuba resepi ini.Sedap dan mudah. 


Bahan-bahan
Nasi Putih
1 Tin Sardin Kecil
3 Biji Bawang Merah (Ditumbuk)
1 Biji Bawang Putih (Ditumbuk)
3-4 Cili Padi (Ditumbuk)
1 Biji Telur
Lobak Merah
Garam
Minyak

Cara-cara:
1- Asingkan ikan dan sos sardin tersebut.Ambil ikan sardin dan hancurkan dengan nasi putih
2- Goreng telur dan kacau(buat scrambled egg)- KLA lebih suka buat macam ini sebab nak rasa telur semasa makan.Angkat dan ketepikan
3- Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk
4- Kemudian masukkan sos sardin dan lobak tadi dan gaul seketika.
5- Masukkan nasi putih yang sudah digaul ikan sardin, scrambled egg,garam dan kacau sehingga sebati dan masak.
6- Siap dan sedia untuk dihidang.


SELAMAT MENCUBA



Sunday 21 September 2014

Resepi Kek Batik

Assalamualaikum.

Hari ini,KLA tak mahu berkongsi resepi lauk tapi nak berkongsi resepi Kek Batik.Tapi KLA buat,batiknya tak lawa.Mungkin kena lebih banyak latihan kot.

Resepi Kek Batik.Batik.Kek.Mudah.Senang,Cepat,Biskut Marie

Bahan-bahan

250g Buttercup
1 Paket Milo ( Yang paling kecil)
1/2 Tin Susu Pekat Manis
1 Bungkus Biskut Marie

Cara-cara :
1- Patahkan biskut marie dan ketepikan
2- Masak buttercup sehingga cair.
3- Masukkan Milo dan susu.Kacau sehingga ketiga-tiga bahan tadi sebati.
4- Apabila sudah sebati,masukkan biskut marie.Kacau hingga rata dan tutup api.
5- Masukkan adunan tadi ke dalam loyang.Tekan dengan plastik supaya padat di bahagian bawah.
6- Masukkan ke dalam peti sejuk.
7- Siap dan boleh makan.


SELAMAT MENCUBA


Friday 19 September 2014

Resepi Mee Goreng Basah

Assalamualaikum...

Kongsi resepi lagi...Sebenarnya tujuan KLA berkongsi resepi ialah untuk berkongsi dengan semua orang apa yang KLA tahu.Kadang-kadang kita nampak masakkan yang senang dimasak,tetapi ada juga yang belum tahu memasaknya dan malu untuk bertanya.Biasalah,kalau bab malu,mesti lah belajar dengan pakcik google,orang lain tak tahu...Lagipun resepi-resepi ini untuk koleksi KLA sendiri juga.Nak masak lagi diwaktu akan datang senang,rujuk resepi kat blog sahaja.


Resepi Mee Goreng Basah,Mee Goreng,Kasihlestariabadi

Mee Goreng Basah

Bahan-bahan :
1/2  Paket Mee Kuning
2 Biji Bawang Merah (Ditumbuk)
1 Biji Bawang Putih (Ditumbuk)
4 Biji Cili Padi (Ditumbuk)
1 Sudu Sos Tiram
1 Sudu Kicap Pekat
1 Sudu Sos Tomato
1 Fishcake
Minyak
Garam
Air

Cara-cara
1-Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan ditumbuk sehingga sebati
2- Masukkan sos tiram,kicap pekat,sos tomato,fishcake dan garam.Kacau sebentar.
3-Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
4- Bila sudah mendidih,masukkan mee dan kacau sehingga sebati.Masak sehingga tinggal sedikit kuah nya.Dah nama mee goreng basah,kena nampak basah-basahnya.



Selamat Mencuba


Thursday 18 September 2014

Resepi Telur Puyuh Masak Lada Hitam

Assalamualaikum...

Asyik KLA berjalan di bahagian telur di sebuah pasaraya,KLA terpandang kan telur puyuh.Rasanya macam dah lama KLA tak makan telur puyuh.Kalau dapat masak sambal telur puyuh sedap juga ini.

Resepi Telur Puyuh Masak Lada Hitam,Telur Puyuh,Lada Hitam,Senang,Sedap,


Tapi bila sudah balik rumah,semasa nak masak,baru perasan tak ada cili kering yang sudah di blend.Dalam keadaan nak cepat,KLA memutuskan nak cuba masak telur puyuh masak lada hitam.Tak pernah masak,tetapi dalam masak,tak salah mencuba.

Telur Puyuh Masak Lada Hitam

Bahan-bahan
15 Biji Telur Puyuh direbus
3 Biji Bawang Merah (Ditumbuk atau dihiris)
1 Biji Bawang Putih (Ditumbuk atau dihiris)
3-4 Cili Padi (Ditumbuk atau dihiris)
1 Sudu Sos Tiram
2 Sudu Sos Lada Hitam
Minyak
Air
Garam

Cara-cara
1- Panaskan minyak dan gorengkan telur puyuh.KLA suka rasa ada kulit sikit kat telur tu apabila digoreng.Angkat dan ketepikan
2- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk atau dihiris tadi sehingga sebati.
3- Masukkan sos tiram,sos lada hitam dan sedikit air.Gaul sehingga sebati.
4- Masukkan telur puyuh yang sudah digoreng tadi dan biarkan mendidih
5- Siap dan sedia untuk dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA




Wednesday 17 September 2014

Resepi Nasi Goreng Cili Padi

Assalamualaikum...

KLA masak nasi goreng!!

Asyik kongsi resepi lauk aje.Ubah selera sikit,hari ini KLA nak kongsi resepi nasi goreng cili padi.Pada yang suka makan pedas-pedas mesti suka.KLA dulu tak makan pedas,tapi bila berjiran dengan makcik johor,selalu pula makan masakan dia yang pedas-pedas,terus jadi suka.
Sekarang,kalau masak tak pedas memang tak boleh.Mesti nak pedas juga.


Nasi Goreng Cili Padi,Cili Padi,Nasi Goreng,Kasihlestariabadi

 Bahan-bahan :

Nasi Putih
2 Biji Bawang Merah (Dimayang atau tumbuk)
1 Biji Bawang Putih (Dimayang atau tumbuk)
7-8 Cili Padi (Dimayang atau tumbuk)
6 Ekor Udang
1 Biji Telur
Garam

Cara-cara :
1- Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dimayang atau tumbuk sehingga sedikit garing.
2- Masukkan udang yang dipotong kecil.Biarkan sebentar hingga udang masak
3- Masukkan nasi dan goreng.Kacau sehingga sebati.
4- Masak dan sedia untuk dihidangkan
5- Goreng telur mata dan makan bersama nasi.Kalau nak masukkan dalam nasi sewaktu memasak tadi boleh juga.Terpulang pada selera masing-masing.


p/s: Nak masukkan sayur boleh juga.KLA tak masukkan kerana kebetulan tak ada stok sayur ketika nak memasak.


SELAMAT MENCUBA




Sunday 14 September 2014

Resepi : Cucur Jagung Udang

Assalamualaikum....

Sudah lama pula KLA tak kongsi resepi kan?Hari ini KLA akan cuba untuk berkongsi resepi setiap hari...cuba ok..

Pagi semalam,KLA terfikir,rasa macam sudah lama pula KLA tak makan jagung.Jagung tu kalau dapat buat cucur ke,bubur ke,rebus sahaja ke kan best.Sekali pada petangnya,ada jiran bagi jagung mentah.Ini namanya rezeki.KLA pun pilih untuk masak cucur jagung udang.Tengok bahan-bahan kat dapur pun lengkap.Jom kita layan resepi cucur jagung udang

Resepi Cucur Jagung Udang,Cucur,jagung,udang,senang,mudah

Bahan-bahan

2 Jagung ( ambil isinya)
5-6 Ekor udang ( kalau nak rasa lebih udang tambah lagi banyak-potong kecil)
2 Cawan tepung gandum
3-4 cili padi ( boleh untuk tidak letak jika tak mahu pedas-ditumbuk)
Sedikit daun kucai
Sedikit garam
Sedikit Kunyit
Air

Cara-cara
1- Campurkan semua bahan di atas dan air dimasukkan secara sedikit demi sedikit sehingga bancuhan sebati.
2- Goreng dan siap untuk dihidangkan...semudah 123


Hidangan ini sesuai dihidangkan pada waktu petang.



ANDA PATUT TAHU DAN BACA :





Monday 25 August 2014

Resepi : Cornflakes Coklat

Assalamualaikum...

Bila dah bosan tak tahu nak buat apa di hujung minggu,KLA pun masuk ler dapur tengok apa yang ada.Sekali terpandang lebihan bahan-bahan buat kuih time raya hari tu,Apa lagi,KLA terus fikir nak buat Cornflakes Coklat kerana senang dan cepat.

Cornflakes Coklat,Mudah,Senang,Cepat

Bahan-bahan :
1- Sekotak cornflakes
2- 1 bar coklat masak

Cara-cara : 
1- Panaskan air untuk cairkan coklat masakan secara double bowl
2- Bila kesemua coklat dah cair,masukkan cornflakes dan gaul sehingga sekata.
3- Siap....Cepat dan Senang

KLA tak masukkan dalam cup kecil-kecil kerana rancang nak makan semasa tengok tv,mengadap laptop.Tapi kalau anda nak buat untuk perayaan,seelok nya masukkan ke dalam cup supaya lebih kelihatan kemas.

SELAMAT MENCUBA!!

Saturday 31 May 2014

Resepi : Kek Marble

Assalamualaikum....

Rasanya dah lama KLA tak kongsi resepi masakan....
Kali ini KLA cuba buat kek pula...asyik masak lauk aje...sekali sekala cuba ubah angin...

Hidup pun kena berubah juga,tak boleh asyik berada di zon selesa...kadang kala perlu lakukan perubahan...;)

Resepi,Kek Marble,Sedap,Senang,Jimat,lembut,gebu

Tetiba KLA terasa nak buat kek marble...bila ada kesempatan tadi,terus sahaja KLA buat.Bahan nya dah lama beli,tapi untuk membuatnya yang terhad...asyik sibuk dengan kerja...

Ok ler,KLA tak nak coletah banyak...Jom terjah resepi Kek Marble

Bahan-bahannya...

8 Biji Telur
225g Gula Kastor
340g Mentega Tanpa Garam
255g Tepung
1 1/2 Sudu Teh Baking Powder
1 1/2 Sudu Teh Esen Vanila
2 Sudu Besar Serbuk Koko
1/4 Sudu Teh Garam

Cara membuatnya....

1. Pukul mentega dengan menggunakan mixer hingga gebu
2. Dalam bekas berasingan,pukul telur kuning bersama gula sehingga ringan dan pastikan gula itu hancur.
3. Kemudian masukkan telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega
4. Pukul dengan mixer sehingga semuanya sebati
5.Di dalam bekas berasingan pula,pukul putih telur sehingga tidak jatuh apabila diterbalikkan
6. Masukkan sedikit demi sedikit adunan putih telur ke dalam adunan mentega dan telur kuning tadi.Gaul sehingga sebati
7. Masukkan pula tepung,baking powder,esen vanilla,garam.Gaul lagi sehingga sebati.
8. Ambilkan 1/2 daripada adunan dan masukkan ke dalam bekas berasingan.Campurkan serbuk koko ke dalam salah satu adunan itu.
9. Masukkan adunan koko dan adunan mentega ke dalam loyang secara berselang seli.
10. Apabila siap,masak adunan ke dalam oven dengan suhu 160 degree celcius selama 40-50 minit atau sehingga masak.

Selamat mencuba.....PEACE..;)

Thursday 17 April 2014

Resepi : Ayam Masak Sosej Bersos

Assalamualaikum....

Nyummy...nyummy...

KLA tak mahu cerita banyak,KLA nak kongsi resepi ayam masak sosej bersos...Simple tapi menyelerakan


Bahan : 

1 Keping Potongan Dada Ayam
4 Batang Sosej
2 Ulas Bawang Putih ( Dipotong Mayang)
3 Ulas Bawang Merah ( Dipotong Mayang)
1 Inci Halia ( Dipotong nipis)
4 Sudu Sos Tomato
4 Sudu Sos Cili
1 Ulas Bawang Besar ( Dipotong Bulat)
1 Cili Merah ( Dipotong Panjang)
Garam

Cara-cara :

1) Tumis bawang putih,bawang merah,halia 
2) Kemudian masukkan ayam dan masak hingga empuk (pastikan ditutup)
3) Setelah empuk,masukkan sosej,sos tomato,sos cili,bawang besar,cili merah hingga sebati
4) Masukkan garam dan gula secukupnya.
5) Siap....senang...sesuai untuk orang bujang...




Sunday 13 April 2014

Resipi : Ayam Masak Kicap (Lada Hitam)

Assalamualaikum....

Hahahaa...Hari ni KLA tak tahu nak bagi nama apa kat masakan KLA...
Campur itu,campur ini...terus terhasil....

KLA kalau masak suka campur sahaja apa yang terlintas..lepas tu,masak pedas-pedas...Masakan KLA kalau tak pedas memang tak sah ler...;)


Ok...layan resepi KLA yang KLA namakan masakan Ayam Masak Kicap ( Lada Hitam).

Bahan-bahan :
Dada Ayam (potong kecil-kecil)
2 Ulas Bawang Merah (dimayang)
1 Ulas Bawang Putih (dimayang)
4 Cili Padi (dipotong kecil)
1 Sudu Sos Tiram
1 Sudu Kicap Pekat
2 Sudu Sos Lada Hitam
Sedikit Lobak Merah
Sedikit Bebola Ikan
1 Sudu Tepung jagung (Dibancuh dengan air)
Gula

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang merah,bawang putih dan cili padi. Masak sehingga naik bau.
2.Masukkan sos tiram,sos lada hitam,kicap pekat dan sedikit air.Kacau sehingga sebati.
3.Kemudian masukkan ayam,lobak merah,bebola ikan dan biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung.
5.Bila masakan dah mendidih dan kuah sedikit pekat boleh lah ditutupkan api.
6.Siap untuk dihidang.

Enjoy....Smile.....

Saturday 5 April 2014

Resepi : Sosej Dan Bebola Ikan Goreng Bersama Telur

 Assalamualaikum

Rasanya dah lama KLA tak kongsi resepi kan...KLA sedikit sibuk menyebabkan kurang KLA masak...
InsyaAllah,selepas ini KLA akan usahakan untuk selalu berkongsi resepi...nyummy...nyummy...

Jom layan resepi sosej dan bebola ikan goreng bersama telur...panjang lak nama resepinya...


Bahan-bahan:

4 Batang Sosej
10-15 Biji Bebola Ikan
4 Biji Cili Padi
Lobak Merah
1 Biji Telur
2 Biji Bawang Merah ( Dimayang)
2 Ulas Bawang Putih  ( Dimayang)
Garam
Minyak

Cara-cara : 
1) Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dimayang.
2) Masukkan bebola ikan dan sosej.Gorengkan sekejap
3) Kemudian masukkan lobak dan cili padi.
4) Pecahkan telur dan kacau sebentar.
5) Masukkan garam dan gaul hingga sebati....
6) Taraaaa....Siap untuk dihidangkan.

Selamat Menjamu Selera!!




Monday 17 February 2014

Resepi : Sotong Masak Asam

Assalamualaikum


Bahan :

1/2 kg Sotong
2 Biji Bawang Merah ( Dipotong mayang)
1 Biji Bawang Putih  ( Dipotong mayang)
4 Biji Cili Padi ( Dipotong )
1 Biji Bawang Besar (Potong Bulat)
2 Biji Lada Merah
1 Cm Halia
Air Asam Jawa
Garam

Cara : 

1. Sotong di potong kecil-kecil dan toskan
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah,bawang putih,cili padi,halia.
3. Apabila bahan tumis sudah garing,masukkan sotong dan sedikit air asam.Jangan lupa masukkan sedikit garam.
4.Setelah sotong masak,masukkan lada merah dan bawang besar.Kacau sehingga sebati dan siap untuk di hidang....

Selamat Mencuba resepi yang tak seberapa ini.....;)

Saturday 1 February 2014

Resepi : Kerang air asam

Assalamualaikum...

Rasanya dah lama KLA tak kongsi resepi kan....KLA sibuk,tak sempat nak terjah dapur...;)

Macam biasa,resepi KLA simple simple ajer...

Kerang Air Asam



Bahan :
1 Kg Kerang ( Rebus dan buang kulit)
2 Biji Bawang Besar ( Dihiris halus)
2 Biji Tomato ( Dihiris halus)
10 Biji Cili Padi ( Dihiris halus)
2 Biji Cili Merah ( Dihiris halus)
Air Asam Jawa
Garam
Gula

Cara-cara :
1. Rebus kerang dan ketepikan...Buang kulit setelah sejuk
2. Buatkan air asam.Campurkan sedikit garam dan gula
3.Satukan semua bahan-bahan yang dihiris dan kerang ke dalam air asam...Gaul sebatikan
4.Sedia dimakan....;)



Wednesday 18 December 2013

Resepi : Ikan Pari Goreng Cili Padi

Assalamualaikum....

Sesi dapur KLA
Jom layan resepi ikan pari goreng cili padi...

Resepi,Ikan Pari,Goreng Cili Padi

Bahan : 
Ikan Pari 
2 Biji Bawang Merah - ditumbuk
1 Biji Bawang Putih-ditumbuk
7-8 Biji Cili Padi - ditumbuk
1 Biji Bawang Besar - dipotong bulat
1 Biji Cili Merah - dihiris
Sedikit air asam jawa
Kunyit
Garam
Minyak

Cara:
1. Sapukan ikan pari dengan sedikit kunyit dan garam dan goreng separuh masak.
2.Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan air asam jawa,bawang besar,cili merah dan kacau
4. Masukkan garam dan gula serta gaul semua.
5. Siap.....

Simple ajer but nyummy...

JOM JANA DUIT SAMPINGAN DENGAN WALIT AS-SUNNAH

Thursday 14 November 2013

Resepi : Omelette Sardin

Assalamualaikum...

Bosan asyik masak telur dadar cara sama?Jom...kita masak cara lain pula...

KLA nak kongsi resepi omelette sardin...letak sardin dalam masakan telur...



(maaf ler...rupa tak lawa,tapi best!!)

Bahan-bahan :

1 Tin Sardin Kecil
3 Biji Telur
4 Biji Cili padi - dihiris
2 Biji Bawang Merah - Dimayang

Cara:
1. Asingkan ikan sardin dan kuah.Hancurkan ikan sardin tersebut.
2. Pecahkan telur dan pukul.
3. Masukkan ikan sardin yang telah dihancur tadi,bawang merah,cili padi,garam
4. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng seperti biasa.
5.Sedia untuk dihidangkan...



Monday 11 November 2013

Resepi : Paprik Seafood

Assalamualaikum....

Jom terjah sesi resepi dapur bersama KLA..
Untuk hari ini,KLA nak kongsi resepi paprik seafood yang KLA masak...

Resepi,Seafood,Paprik Seafood,Kasih,Lestari,Abadi

Bahan-bahan :
-Sotong,Udang
- 3 Ulas Bawang Merah - Dimayang
- 1 Ulas Bawang Putih - Dimayang
- 1 Inci Halia - Dimayang
- 4 Biji Cili Padi - Dihiris
~ 5-6 Tangkai Cili Kering - Dikisar
2 Sudu Sos Tiram
~ 3 Biji Jagung Sayur
~ Lobak Merah
~ 1 Biji Tomato
~ 2 Sudu Bancuhan Air Tepung Jagung
~ 3 Helai Daun Limau Purut
~ Minyak
~Garam
~ Sedikit Air

HOT : Belanja RM100,dapat pulangan tunai sehingga RM30

Cara-cara :
~ Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dimayang sehingga naik bau.
~  Masukkan pula cili kering yang sudah dikisar dan kacau sehingga pecah minyak.
~ Selepas itu,masukkan sotong,udang dan sos tiram.
~ Bila dah sebati,masukkan jagung sayur,lobak merah,cili padi,tomato,daun limau purut dan sedikit air.
~ Jangan lupa masukkan garam secukupnya.
~ Masukkan bancuhan air tepung jagung mengikut kepekatan yang dikehendaki.
~ Tunggu sehingga mendidih...Taraaaa....Dah masak.Siap untuk dihidang.

Cuba lain-lain resepi:

~ Masak Sardin Bersosej
~ Telur Bungkus
~ Sambal Telur Hancur dan Bubur Nasi
~ Ikan Pari Air Asam 
~ Sambal Belacan

Sunday 3 November 2013

Resepi : Masak Sardin Bersosej

Assalamualaikum...

KLA masak sardin aje....Kebetulan ada sosej yang belum habis lagi,KLA pun masukkan sekali sosej kedalam masakan sardin.

Jom kita terjah resepi nya....

Resepi,Sardin,Sosej,Masakan

Bahan :

1 Tin Sardin Kecil 
3 Batang Sosej
2 Biji Bawang Merah (Dipotong mayang)
1 Biji Bawang Putih (Dipotong mayang)
3-4 Biji Cili Padi (Dipotong mayang)
1 Sudu Cili Kisar
Air
Garam
Minyak

Cara-Cara :

1. Panaskan minyak,dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
2. Kemudian,masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sardin,sosej,cili padi,air (secukupnya) dan garam.
4. Tutup api setelah ianya masak/mendidih...

SIAP......

Monday 21 October 2013

Telur Bungkus

Assalamualaikum....

Rasanya dah lama KLA tak kongsi resepi...
Dapur KLA kini kembali...;)

Ok,entri kali ini KLA nak kongsi resepi telur bungkus.
KLA buat mengikut citarasa KLA...;)


Bahan-bahan:

2 Biji Telur
250g Isi Ayam (potong dadu)
3 Ulas Bawang Merah (ditumbuk)
1 Ulas Bawang Putih (ditumbuk)
2 Sudu Cili Kisar
4 Cili Padi (dipotong kecil)
1 Sudu Sos Cili
1 Sudu Sos Tiram
Sedikit Lobak Merah (Dipotong dadu)
Garam

Cara-cara:

Untuk Inti Ayam
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang merah,bawang putih hingga naik bau.
2.Kemudian masukkan cili kisar hingga pecah minyak
3.  Masukkan pula sos cili,sos tiram,ayam dan sedikit air.Kacau hingga sebati.
4. Last,masukkan lobak,cili padi dan garam secukupnya.Masak sehingga kuih menjadi pekat atau sedikit kering.Angkat.

Untuk Telur Bungkus
1.Pecahkan telur,masukkan garam dan kacau sehingga sebati.
2.Panaskan kuali dan masukkan minyak.Pastikan semua permukaan kuali diliputi dengan minyak.
3. Masukkan telur ke dalam kuali dan ratakan telur ke semua permukaan kuali.
4.Setelah telur masak,masukkan inti ayam yang telah dimasak tadi di bahagian tengah-tengah dan bungkus.
5.Kalau ada skill power,terbalikkan ler telur tu dan telur bungkus akan menjadi nampak lebih kemas.Macam gambar KLA di bawah,KLA tak terbalikkan coz takde skill...ekekke...



Enjoy masak!!...