Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Thursday, 14 March 2013

Mee Hoon Goreng Lada Hitam


Mee hoon goreng lada hitam

Bahan:
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
3 ekor sotong
1 inci halia
5 batang cili padi
2 sudu sos lada hitam
1 batang lobak merah (size sederhana)
1 biji telur


Cara:
1.Tumbuk atau kisar bawang merah,bawang putih,lada hitam,cili padi,halia
2.Tumis kan bahan-bahan yang ditumbuk seketika
3.Masukkan sotong dan pecahkan telur
4.Masukkan lobak merah,sos lada hitam dan mee hoon.
5.Jangan lupa masukkan sedikit garam
6.Sedia dihidangkan....

Selamat Menjamu Selera

Tuesday, 12 March 2013

Kedai barangan baby online

Hi....aku tengah mencari 'kedai-kedai' yang menjual barangan baby secara online,kedai yang aku maksudkan ialah mana-mana laman web,facebook,blog ler....


So siapa-siapa yang biasa shooping online atau tahu mana-mana 'kedai' tuh sila tinggalkan web diaorang di ruangan komen kat bawah nih ok!

Barangan baby sahaja!

Monday, 11 March 2013

Malu nak luah...

Aku seorang pemalu...
Malu nak luah apa yang aku rasa...
Terutama bila aku sedih...down...


Hanya Allah yang tahu....huhuuhhuuu

Kawan-kawan selalu luah kat mana ye tika ada masalah?

Saturday, 9 March 2013

Apa itu motor halus?

Asyik post entry resepi aje...Kali ni aku nak sembang pasal kanak-kanak lak...
Ada segmen mengenai kanak-kanak coz aku kerja di taska.So,sambil aku study ilmu kanak-kanak tuh,aku kongsi ler sekali kat sini


Motor halus merupakan salah satu kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan,jari-jari tangan,jari kaki,kaki,bibir dan lidah.Ianya juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dengan koordinasinya dengan mata.

Kemahiran kanak-kanak menggunakan gerakan tangan dan jari untuk melakukan sesuatu aktiviti dinamakan ‘dexterity’. Kemahiran ini turut melibatkan kebolehan mengkoordinasi mata dengan otot kecil tangan. Kemahiran ini paling banyak digunakan dalam proses tumbesaran kanak-kanak. Semasa kecil kanak-kanak telah mula belajar untuk memegang sesuatu pada tapak tangan mereka. Perkembangan ini berterusan sehingga mereka dapat menulis, melukis atau melakukan tugasan seperti memasang butang baju atau mengikat tali kasut dengan baik.


Aktiviti-aktiviti yang mampu meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak:

~~main tanah liat, pasir, air dan cat air
~~meniru cara haiwan 4 kaki bergerak (merangkak)
~~menolak kereta sorong
~~memicit tiub atau botol
~~mengangkat beg, bakul atau kotak (dengan beban yang sesuai)
~~bermain tarik tali
~~memasang dan mencabut sepit pakaian
~~menggunakan sudu, penceduk, senduk untuk memindahkan bahan
~~menyanyi dengan gerak tangan
~~membuka/menutup botol
~~menjahit kadbod atau membuat rantaian manik
~~bermain lego/blocks
~~mengutip duit syiling, butang, kad
~~menguis tutup botol

Monday, 4 March 2013

Sotong Masak Lada Hitam

Eh...kata busy...tapi sempat lak masak...hahhaaa...nih aje cara nak hepikan diri...masak...masak....


Bahan-bahan:

Bahan A
300g Sotong
1 Bawang Besar-dipotong bulat
3 Sudu Sos Lada Hitam
1 Sudu Lada Hitam-ditumbuk

Bahan B
3 Ulas Bawang Merah-dihiris
2 Ulas Bawah Putih-dihiris
3 biji cili padi

Cara-cara:
~~Panaskan minyak dan tumis bahan B hingga layu
~~Masukkan bahan A
~~Kacaukan rata dan biarkan mendidih
~~Tutup api dan sedia dihidangkan.

Selamat mencuba.... 

Saturday, 2 March 2013

Mini GA bakal menjelma!!



Mini Giveaway bakal menjelma....

Tunggu!!!!

Roti Sardin Roll

Dah lama tak post entry...arrggghhh tak tahu nak cakap macam mana sibuk..nak nangis pun rasa takde nak keluar...no life...cuma try to think positive!....Jom layan sarapan pagi aku hari ini...


Simple sarapan pagi...

Bahan-bahan:
Roti Sandwich
1 Tin Sardin (Kecil)-hancurkan ikan
1 Biji Bawang Besar-Potong dadu
2 Ulas Bawang Putih-Potong dadu
2 Cili padi-mengikut kepedasan yang diingini
2 biji Limau Nipis
2 Biji Telur


Cara-cara:

Inti
~~Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga layu
~~Masukkan sardin,air perahan limau nipis dan cili padi
~~Biar seketika dan tutup api.Biarkan sejuk

Sandwich
~~Nipiskan roti
~~Masukkan inti sardin secukupnya
~~Gulung roti dan gunakan putih telur untuk melekatkannya di hujung roti.
~~Pukul telur dan celupkan roti yang sudah digulung tadi ke dalam telur.
~~Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.

p/s:Kalau nak gaul dengan serbuk roti pun boleh...;)

Wednesday, 27 February 2013

Mini GA sempena 2nd Anniversary

Join GA lagih!!...yuhuuu....


Senang aje nak join GA nih...Syarat utama ialah follow blog beliau(Klik di sini)...Ok dah lama follow..;)

Syarat kedua buat entry bertajuk "Mini GA sempena 2nd Anniversary"...ok dah buat

Syarat ketiga...ceritakan kenangan manis anda dengan insan tersayang...emmm terfikir jap nak tulis pasal siapa dan apa...fikir punya fikir...citer pasal geng2 waktu aku belaja degree dulu ler...Geng aku terdiri daripada 5 boy and 4 girl...Perkenalan kami bermula ketika minggu orientasi...Alhamdulillah walaupun kami semua berlainan jurusan,kami berjaya menjadi sahabat seperti sebuah keluarga yang berkongsi segala suka duka...Almaklum ler,masing-masing jauh daripada keluarga,harapkan sahabat2 ni ler itu menolong di waktu susah...Rapatnya kami hinggakan tiada rahsia antara kami tak kira lelaki atau perempuan.
Perasaan sayang yang terbit dalam diri terhadap sahabat2 ku ini membuatkan aku sememangnya merasa mereka inilah 'kenangan manis' aku yang takkan aku lupakan hingga akhir hayat...Thanks sahabat...

Wokeh....itu jer kisah aku...simple but sweet for me...;)

Jom kawan-kawan join Mini GA nih...

p/s:Harap dapat hadiah buku 'Diari seorang diplomat hikmah yang tersembunyi' coz aku sememangnya minat dengan penulisan 'Mawarnafastari"