Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Sunday, 17 March 2013

Qaseh Farra Giveaway


(Klik pada banner untuk sama-sama join!)

Syarat nya senang aje iaitu follow blog-blog sponsor,like facebook sponsor...

Tarikh GA : 12 Mac hingga 12 April

Jom ramai-ramai join!!

Mini GA Suka Suka Lestari

Seperti yang dijanjikan.......

tora datang lagi.
Mini GA datang lagi ....

Memandangkan sambutan menggalakkan program "Segmen Tambah Follower!!~~KasihLestariAbadi~~"
aku buat program baru lak iaitu 

"Mini GA Suka Suka Lestari"

Tujuan:Menambahkan kenalan+follower blog...

Syarat Penyertaan: 
1)Buat entri bebas yang bertajuk Mini GA Suka Suka Lestari
2) Letak banner di bawah dalam entri yang dibuat serta link kan ke entri ini.


3)U all kena follow blog + add Friend
      Blog:Kasih Lestari Abadi
              Rumpai Laut Lestari
     FB: Rumpai Laut Lestari
4)Letak URL entri kalian ke ruang komen di bawah.Yang letak URL di ruang komen sahaja yang akan dianggap peserta

Tempoh Mini GA:
10 Mac 2013 - 17 Mac 2013

Pemenang:
3 orang pemenang hadiah misteri
Pemenang yang join dengan memenuhi syarat penyertaan akan dipilih menggunakan random.org

Ayam Masak Sambal

Ahak...resepi lagi...Sejak ada blog nih semangat nak memasak sambil mencuba pelbagai resepi menjadi-jadi...at least boleh menambahkan skill memasak aku...huhuhuuu...

Resepi aku yang simple simple aje lagih...tak hebat mana pun.Orang kata asas memasak..Slow slow tambah skill...

Oklah...kali ni aku nak kongsi resepi Ayam masak sambal


Bahan-bahan:

5/6 ketul sederhana ayam (gaul garam+kunyit dan goreng)
1 ulas bawang besar (potong bulat-untuk hiasan)
5 sudu cili giling
2 sudu kicap manis
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
lobak merah
garam
gula

Bahan-bahan untuk dikisar:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 
1/2 cm halia

Cara-Cara:

1- Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau 
2-Masukkan cili giling dan goreng sehingga pecah minyak.
3-Kemudian masukkan kicap manis,sos cili,sos tomato,sos tiram
4-Masukkan lobak merah dan bawang besar.Jangan lupa masukkan garam dan gula
5-Bila kuah dah sedikit pekat,Masukkan ayam goreng
6-Siap dan sedia dihidangkan

Selamat Menjamu Selera....bye

Last day Mini GA Suka Suka Lestari

Hari ni hari terakhir 
Mini GA Suka Suka Lestari....

Ayuh join!!masih sempat lagi...


Klik pada banner untuk join



Thursday, 14 March 2013

Mee Hoon Goreng Lada Hitam


Mee hoon goreng lada hitam

Bahan:
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
3 ekor sotong
1 inci halia
5 batang cili padi
2 sudu sos lada hitam
1 batang lobak merah (size sederhana)
1 biji telur


Cara:
1.Tumbuk atau kisar bawang merah,bawang putih,lada hitam,cili padi,halia
2.Tumis kan bahan-bahan yang ditumbuk seketika
3.Masukkan sotong dan pecahkan telur
4.Masukkan lobak merah,sos lada hitam dan mee hoon.
5.Jangan lupa masukkan sedikit garam
6.Sedia dihidangkan....

Selamat Menjamu Selera

Tuesday, 12 March 2013

Kedai barangan baby online

Hi....aku tengah mencari 'kedai-kedai' yang menjual barangan baby secara online,kedai yang aku maksudkan ialah mana-mana laman web,facebook,blog ler....


So siapa-siapa yang biasa shooping online atau tahu mana-mana 'kedai' tuh sila tinggalkan web diaorang di ruangan komen kat bawah nih ok!

Barangan baby sahaja!

Monday, 11 March 2013

Malu nak luah...

Aku seorang pemalu...
Malu nak luah apa yang aku rasa...
Terutama bila aku sedih...down...


Hanya Allah yang tahu....huhuuhhuuu

Kawan-kawan selalu luah kat mana ye tika ada masalah?

Saturday, 9 March 2013

Apa itu motor halus?

Asyik post entry resepi aje...Kali ni aku nak sembang pasal kanak-kanak lak...
Ada segmen mengenai kanak-kanak coz aku kerja di taska.So,sambil aku study ilmu kanak-kanak tuh,aku kongsi ler sekali kat sini


Motor halus merupakan salah satu kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan,jari-jari tangan,jari kaki,kaki,bibir dan lidah.Ianya juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dengan koordinasinya dengan mata.

Kemahiran kanak-kanak menggunakan gerakan tangan dan jari untuk melakukan sesuatu aktiviti dinamakan ‘dexterity’. Kemahiran ini turut melibatkan kebolehan mengkoordinasi mata dengan otot kecil tangan. Kemahiran ini paling banyak digunakan dalam proses tumbesaran kanak-kanak. Semasa kecil kanak-kanak telah mula belajar untuk memegang sesuatu pada tapak tangan mereka. Perkembangan ini berterusan sehingga mereka dapat menulis, melukis atau melakukan tugasan seperti memasang butang baju atau mengikat tali kasut dengan baik.


Aktiviti-aktiviti yang mampu meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak:

~~main tanah liat, pasir, air dan cat air
~~meniru cara haiwan 4 kaki bergerak (merangkak)
~~menolak kereta sorong
~~memicit tiub atau botol
~~mengangkat beg, bakul atau kotak (dengan beban yang sesuai)
~~bermain tarik tali
~~memasang dan mencabut sepit pakaian
~~menggunakan sudu, penceduk, senduk untuk memindahkan bahan
~~menyanyi dengan gerak tangan
~~membuka/menutup botol
~~menjahit kadbod atau membuat rantaian manik
~~bermain lego/blocks
~~mengutip duit syiling, butang, kad
~~menguis tutup botol